For You

26 2 0
                                    

Sebaik sahaja loceng berbunyi, aku terus berlari keluar dengan terujanya lalu ke kantin. Seperti biasa aku telah membawa bekalan makanan yang telah disedia khas buat Suga bersamaku.

Apabila kakiku melangkah ke kantin. Kelihatan mereka sudah berada di meja yang selalu mereka duduk semsa waktu rehat. Kehadiranku telah berjaya membuatkan mereka berhenti makan lalu merenung wajahku. Ketika itu aku baru sedar yang Suga tida di situ. Aku pun tercari-cari.

“ Cari Suga ke?” Jimin menanyakan soalan tersebut dengan nada memerli

“Iyelah. Takkan cari kau pulak.”

Muka Jimin yang riang terus bertukar menjadi muram.

“Sorry Jimin. Aku melawak ja tadi hehehe.”

“Tak pa benda dah jadi. Btw Suga dekat kelas dia.” Jimin

“Thank you weyh”

Jimin hanya tersenyum kepadaku. Lantas aku berjalan pantas ke kelas Suga yang berada di tingkat 3.

Sebaik sahaja kakiku menjejak ke kelas Suga, kelihatan Suga sedang tekun membuat kerja sekolahnya. Lalu aku menegur Suga.

“Hai awak !”

Tetapi dia hanya menghiraukan aku. Lalu menghulurkan bekalan yang aku bawa.

“Saya dengar kebelalangan ni awak jarang keluar rehat macam selalu. So saya bawaklah bekal untuk awak. Lagipun saya buat ni sendiri tau makanan kegemaran awak pulak tu.”

Suga masih lagi mengabaikan aku.

“Awak....”

Tiba tiba Suga menghentak pen hitam yang dipegangnya di atas meja. Matanya tajam menembusi anak mataku. Aku terpaku dengan tindakkannya.

“Boleh tak kau jangan kacau aku ! Kau tak nampak ka aku tengah buat kerja. Sibuk sangat nak prihatin pasal aku apa hal !” Suga menengking aku dengan nada yang tinggi.

“Saya cuma nak....”

“Kau keluar sekarang !”

“Saya minta...”

“KELUAR !!!”

Aku memadang Suga sekilas sebelum aku berlari keluar. Tubir mataku terasa panas. Tanpa aku sedar, air mataku mengalir. Jimin menegurku.

“Kau okay tak ?” tanya Jimin dengan penuh kerisauan

“Aku okay.” aku menjawab dengan suara gagap

Tanpa membuang masa aku membuka langkah laju meninggalkan Jimin. Air mataku mengalir dengan deras. Sungguh aku terasa dengan tindakan Suga.

Dandelion Flower || SugaWhere stories live. Discover now