Bab19 Merajuk?

15.5K 1.1K 173
                                    

"kau nak ke mana?" soal Najiha yang elok terbaring di depan tv sambil mengunyah keropok lekor yang entah bila dia beli.

Kat 7Eleven ada keropok lekor ke?

"aku nak beli top4,"jawab aku sambil menyarungkan kasut nike bewarna peach aku.

"aik asal tak beli je masa pergi 7E tadi?" soal Najihah hairan.

Aku diam seketika sebelum mengeluh pendek dan memandang wajahnya. Boleh tak kau diam Najihah? Aduh....

Disebabkan aku terasa nak melalak pasal kes terserempak dengan tunang aku dan perempuan yang aku syak skandal dia tadi. Sumpah aku down

Dahla Harraz cancel nak hantar aku ke kondo Najihah. Aku ingatkan penting sangat. Huh,

Group discussion ke....Dating?

"woi iliya!" jerit Najihah bila aku dah start diamkan diri tapi berdiri kaku .

"mengelamun apa hah? Fikir kan tunang eh? Hiks" usik Najihah sampai keropok lekor tersekat kat celah gigi dia pun dia tak sedar.

"ish, dahla aku keluar jap. Jangan tunggu aku !" kata aku . Sempat aku oles liptint di bibir di hadapan cermin yang disediakan di tepi pintu utama.

"kau nak aku teman tak? Dah nak pukul 10 dah ni. Kau sure ke boleh pergi sorang sorang?" soal Najihah yang sudah bangun dari pembaringannya sambil memandang aku.

"takpe, aku okey. Don't worry la" kata aku cuba menyedapkan hati dia. Okay bila Najihah cakap macam tu aku rasa berdebar pulak. Tak terfikir pula bahaya apa kalau aku pergi turun sekarang.

Semata mata nak beli top4.

Tapi aku bukan nak beli top4 pun,aku nak tenangkan fikiran je, memang tak ar aku nak bersendu dalam bilik depan Aqis. Ish..

Lepas aku kejadian tadi Aqis tak tegur aku sangat. Dia tegur benda penting je. Dia tahu aku tengah broken kot hiks.

Nasib baik juga Aqis tak spoil cerita dekat yang lain. Mahu diorang risaukan aku sampai taknak kasi aku jumpa Harraz lagi hah!

"kunci rumah ada dalam pasu biru tu. Kau ambiklah,aku takut aku tertidur time kau balik. Aku ni tidur mati. Memang bermalam kat luar la kau"kata Najihah dan aku menyelukkan tangan ke dalam pasu itu. Kunci kecik bewarna emas aku ambil dan simpan dalam poket.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Thankyou,please come again"

Camtu erk bunyi 7E? Arh abaikan.

Keluar sahaja dari pintu 7Eleven. Aku terus menuju ke bangunan kondo itu. Sempat aku menggores daki daki kelabu kat kertas top4 tu sambil berjalan .

Langkah pula aku perlahankan. Jarak 7E dengan bangunan tu takdela jauh sangat. Ada la ambil masa 10 minit. Lepastu nak naik lif lagi,nak jalan cari pintu lagi. Cukup 20 minit.

King 👑
Is Calling...

Ceh, baru nak call? Asal kau tak call dari petang tadi je hah!?

"time aku keluar 7E tadi bukan nak kejar. Puih,lelaki semua sama" kata aku perlahan dengan nada yang agak sebak.

Terus aku accept call dia. Sempat aku menangkap beberapa bunyi anjing menyalak dekat jalan yang aku guna dengan geng aku tadi.

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now