Bab 39 Talak 3?

14.8K 879 325
                                    

"awak..saya takutla nak masuk" ujar iliya sambil menggenggam kedua belah tangannya yang berada di atas riba.

"takde apa lah,selagi saya ada no ones can hurt you"pujuk Harraz, seatbelt dibuka sebelum memandang rumah kayu yang bersaiz sederhana di depan mata.

Aku menghela nafas perlahan dan memandang Harraz yang tersenyum ke arah aku di sebelahnya.

"everythings gonna be alright " tuturnya dan menggerakkan mata memberi isyarat supaya aku dan dia bersama sama keluar dari kereta.

Aku gagahkan juga untuk senyum,Harraz dah cuba bagi semangat pada aku. Takkan aku nak hampakan dia.

"jom" terus Harraz keluar dari kereta diikuti denganku.

Sampai sahaja di tangga kayu,aku memandang satu persatu selipar di bawah tangga . Rasa nak juling pula mata aku bila selipar si kembar sihir dengan maklong ada jugak .

Aku menaiki tangga mengikuti jejak Harraz yang mendahului di depan aku.

Sampai sahaja di muka pintu,Harraz berhenti dan itu membuatkan aku mengangkat kening memandangnya.

"aku dah kata aku tak setuju dengan wasiat mak mertua kau tu!" bergema suara opah membuatkan aku terkedu.

Apa kaitan dengan arwah nenek?

"entah,iliya tu baru setahun jagung ada hati nak dijodohkan"kini suara maklong pula kedengaran

"tapi mak,ni keputusan walid juga. Dia dah setuju dengan cadangan arwah mama"ujar Umi yang sudah menekur merenung lantai

"opah..tak suka saya ke?"suara Harraz pula menyentak lamunan aku yang dari tadi mengendap pintu.

Aku merenung Harraz buat beberapa saat sebelum tersenyum nipis.
"opah tak kenal awak lagi"

"kau tengok apa dah jadi. Dia pukul anak aku lepastu sekarang bawa lari anak kau . Boleh pula kau duduk senang lenang macamni. Tak risau ke dekat anak kau !?"maklong meninggikan suara,bergerak gerak anak matanya menjeling umi yang sudah mengangkat muka.

"mama, tengokni. Sakit pipi Suraya tau" adu Suraya yang dari tadi berpura pura sedih memeluk lengan maklong.

Aku berdecit,
"sial betul"

"shh" Harraz suruh aku diam. Aku mencebik,sampai bila aku dengan dia nak duduk depan pintu ni?

"kaklong, Lin kenal Harraz tu macam mana. Kaklong jangan memandai nak tuduh Harraz macam tu"bergetar suara umi. Retak seribu hati aku mendengar suara umi yang menahan sebak. Disebabkan aku,umi selalu kena makian opah dengan maklong.

"ah ye,nanti kalau anak kau mengandung jangan nak menangis pula yer?" sinis nada Maklong .

"Maklong!" akhirnya aku menjerit nyaring dan melangkah masuk ke dalam rumah.

"ha baru reti nak balik. Ingatkan tak reti nak balik"kata Maklong dan memeluk tubuh memandang aku.

"iliya nak balik ke apa tu bukan urusan maklong. Maklong jangan masuk campur urusan keluarga iliya boleh tak!?" naik suara aku dan maju melangkah ke arah maklong

"jangan kurang ajar iliya"tegur opah. Aku berdecit sinis. Sumpah aku penat dengan semua ni

"opah dari dulu tak puas hati dengan kami. Walaupun maklong burukkan keluarga kami opah tetap diam. Apa salah iliya opah sampai opah benci sangat dekat kami?" bertakung tubir mata aku memandang opah yang berwajah dingin memandang ke arah lain.

"tunang kau mana!? Suka hati nak pukul anak aku. Memang keturunan kurang diajar ke?" aku meraup wajah. Pandangan aku makin kabur,ya aku menangis.

"eh anak kau tu yang biadap. Kalau kau nak tahu,anak kau tu dahla suka dengki dengan aku. Suka mencuri barang aku. Lepastu nak dekat tunang aku. Eh aku memang dah lama sabar dengan kau la!"

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now