Bab20 ex?

14.7K 1K 49
                                    

Nampak sahaja kereta encik tunang terus iliya melajukan langkah ,tangan setia memegang kedua belah tali beg sekolahnya.

Dia membuka pintu kereta sebelah penumpang dan berdiri statik seketika di situ.

Harraz yang elok membuang lada di celah gigi terkejut,terhantuk kepala dia di stereng dibuatnya. Terlepas cermin di tangan.

Dia menguak rambutnya kebelakang sebelum tersenyum senget memandang cik tunang yang terkebil kebil di pintu kereta.

Adeh,dia nampak ke aksi tak senonoh aku tadi?

Iliya pula tersenyum kekok memandang Harraz sebelum menunduk memandang bawah.

Harraz lagi lah,malu tak boleh bawa bincang.

Dia menoleh ke arah jam di keretanya.

6.50a.m

Harraz berdehem sebelum membetulkan tempat duduknya,tali pinggang dipasang tanpa memandang iliya yang masih berdiri statik di pintu.

"tercegat apa lagi? Masuklah" kata Harraz dengan nada suara yang agak mendatar.

"er..awak marah saya ke?" soal iliya ketika kereta Harraz mula membelah jalan raya.

"kenapa saya nak marah awak?"soal Harraz pula. Pandangannya ditumpukan ke jalan.

"tak la saya tanya je" jawab iliya perlahan.

"awak makan apa tadi?"soal iliya selamba mengeluarkan tisu dan dihulur ke arah Harraz.

"mana ada makan,saya tak makan lagi"jawab Harraz menipu.

Naik senyuman nakal iliya sambil merenung Harraz yang sudah merah padam wajahnya.

"habistu lada kat gigi tu datang dari mana?"

"eee janganla tegur!"kata Harraz geram. Wajah nakal iliya dijeling sekilas. Dasar ini budak. Ada juga aku tinggal tepi jalan kang.

"yelaaa,nampak malu sangat dah tu hahahah"usik iliya lagi sebelum memeluk tubuh memandang jalan .

"asal kereta tu duh?" soal iliya sambil berkerut dahi. Dia memandang kereta kancil di hadapan kereta Harraz.

Dari tadi slow namampus,dahla sedap je dia potong kereta orang. Kalau laju tak apa la pula.

"dari tadi bagi signal. Dia nak masuk mana sebenarnya" rungut iliya lagi.

"bisingla,mulut potpet potpet. Ada salotep mulut tu kang"

"mana ada! "

"ada"

"kalau ye saya suka potpet pon tak salah"
Jawab iliya bengang. Kalau kat luar kereta ni dah lama dia wwe si Harraz ni

"rimas tau orang potpet ni,entah entah ex tinggalkan awak sebab awak suka membebel. Dia rimas"jawab Harraz tanpa bertapis. Tak toleh kiri kanan dia punya sembang.

Bunyi sahaja perkataan ex tu terus iliya tersentak,dia memandang Harraz lama dengan ekor matanya.

Bukan nak pujuk balik,dia tak tahu ke ayat dia tu amat menggores hati ini ha?

"ouh" jawabnya berjauh hati. iliya memandang kereta kancil yang memberi signal kiri tapi bergerak ke arah lorong di sebelah kanan.

Bodo punya kereta,aku sumpah kau jadi kereta penyu.

Mahu sahaja di bash sekarang tapi Harraz macam tak okay pula. Tapi tadi okay je. Takkanla aku usik dah naik hantu.

Gurau jer. Tu nak marah huh. Siap kaitkan ex aku. Siapa lagi,mesti si Aqim tu. Dahla aku tak boleh move on lagi dengan mamat tu. Boleh pula Harraz pergi mention.

[C] Tunang Paling Sweet Where stories live. Discover now