MASUK hari ni, dah 3 hari sejak kem itu berlalu dan kehilangan Farrah, masih kami menunggu akan resultnya. Abang terus suruh Amelia bermalam kat rumah aku. Bukan apa, nanti kalau hari cuti, mama pergi salon, papa pergi office, abang pulak pergi kerja. Siapa nak jaga April? Harapkan bibik, memang taklah. Silap haribulan bibik pulak yang lost karang.
Abang dah minta izin parents Lia. Nasib baik diorang bagi tau. Sebab at least Lia pun selamat jugak. Jadi aku tidur sebilik, mandi sejamban -tapi tak satu masa-, makan semeja dengan Lia. Sampaikan tengok Lia je, rasa sedih tu menyengat. Teringat kat arwah Farrah. Arwah dulu baek orangnya. Ehhh belum arwah lagi. Statusnya tak diketahui. Huhuhu Farrahhhhhhh. I mush u.
Saat aku melangkah keluar dari kereta di pintu utama sekolah, semua memandang kami. Mungkin tidak menyangka kami akan datang seawal ini. Takkan tak trauma kot?
Kami berjalan tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Mesti dah kecoh satu sekolah siak.
SAMPAI sahaja dihadapan pintu kelas, aku melangkah dengan muka rilek. Padahal dalam hati bagai ribut taufan. Semua memandang kami dengan pandangan pelik.
"April! Farrah dah dijumpai!" Jerit Jungkie dari belakang.
"Serius ah? Kat mana hospitalnya? Jom gi sekarang!" Aku mengheret Amelia dan Jungkie terus ke pagar sekolah semula. Datang tadi cam model en, slow motion. Bila patah balik, lintang pukang macam kena kejar rimau!
Pada masa yang sama, Shah yang baru sahaja hendak keluar daripada kereta aku tolak masuk balik dan menyerbu masuk ke dalam keretanya. Jiminie masuk ke pintu pemandu bahagian depan.
"Uncle, bawak kitorang pergi Hospital -truuuuutt- Cepat!" Arah Jiminie. Kereta Vellfire hitam itu meluncur laju ke destinasi yang ingin dituju. Hotel, Trivago.
Tiberrrrr."Korang ni kenapa?" Marah Shah. Tadi tak berkesempatan nak marah. Aku tolak dia sampai hujung pintu sana duh. Bunyi lagi dia terhantuk. Shiyan baby kite nii. Uhuk.
"Diorang dah jumpa Farrah!" Aku berkata, happy. Dia tersenyum melihatku. Okeyy, awkward.
"Oh. Okey." Katanya sambil membetulkan kedudukannya.
"FARRAH!!!!!!" Aku memeluk Farrah yang sedang makan apple dengan muka ilek dia tu.
"Oh. Hye korang. Nak apple?" Soalnya, macam tiada apa apa berlaku.
"Thanks, but no thanks. Kau okey tak babe? I misss you so so much!" Kataku kemudian memeluknya lagi.
"Aku okeylah."
"What happend to you?" Amelia menyoal risau.
"Haritu, aku pergi tandas dengan Sarah pastu..."
"Okey aku taknak dengar. Yang penting kau selamat sekarang." Aku memotong percakapannya.
"Eyy kau ni potong line ah." Marah Amelia. Aku hanya tersengih.
"Korang tak betul betul selamat lagi." Raphael muncul di sebalik langsir wad. Seb baik wad peribadi. Boleh main serbu je reramai.
"Okey, Sean Raphael. Nanti nantilah kau story-mory oright?" Malas nak layan diorang ni. Merepek.
"Bila kau dapat keluar wad ni?"
"Dalam dua tiga hari lagi boleh ah." Aku tersenyum mendengarnya.
"Aku nak pergi beli air jap. Lia, you stay here jaga my baby boo." Kataku sebelum ke pintu wad. Aku membuka pintu dan secara spontan, seorang manusia bermask dan berbaju Alan 'Berjalan' menikam perutku menggunakan combat knife dalam PUBG tuh. Mana sia dia beli?! Aku cari tak jumpa pun!
Darah keluar melimpah ruah. Auchh. Rasa macam kena senggugut siak. Aku rasa pening sebelum tumbang atas lantai. Takkan tumbang tepi dinding pulak en?
"APRIL!"
"HOW can this thing happen?! Aku dah cakap jaga dia elok elok kan?!" Kedengaran suara yang sangat aku kenal menengking seseorang. Semua diam ... bukan 'anjing', tapi diam.
Aku membuka mata perlahan lahan.
"Abang." Suaraku amat perlahan, namun berjaya ditangkap oleh telinga abang.
"Ap. Are you okey?" Soalnya, bodoh yang amat. Dah nampak aku terlantar atas ni, tanya lagi okey ke tak. Mestilah tak! Patu kalau orang lain, mesti jawab, 'okey.' Kepala lutut dia okey. Acah strong lah tu. Ni nak mula buat dosa nih. Agas betullah.
"Nampak macam Ap okey ke? Nak Ap buat sarkas dulu baru tahu okey ke tak ek?" Sinisku bertanya. Abang nampak sangat risau. Oh, ini sangat first time!
"Yelah. Abang sorry. I dont know you hurt. If i know, long time ago dah i protect you. Not need this stupid boyses." Mula dah MangLish dia tuhh. Namun tidak lupa ,enghadiahkan jelingan maut ke arah geng Raphael. Waitt ... abang kenal diorang ke?
"Brother, you know this stupid boyses ke? Larhh not telling me early early!" Gila aku tak join MangLish dia.
"Eh, of course i know. They are your kelasmate kan? Who lah yang doesnt know tuh." Ohh kenal sebab kelasmate. Ingatkan sebab apa tadi.
"Yeahh. But not all because sparuh of them not brilliant like me ah, brother." Abang hanya mengiakan kata kataku.
"Dahla cakap macam tu, Qasyah." Mama dan Papa masuk ke dalam wad aku. Huaaaa mamaaaaaaa.
"Abang ajar, ma." Aku mula menuduh abang. Semua geng Raphael melangkah keluar, memberi privasi kepada kami.
"Ehh. Dia yang ajar kita dulu. Kalau tak, takdenya abang yang anak buah Melbourne ni pandai cakap gitew." Abang berkata, riak. Eleh. Nak sebut sebut nama Uni pulak. Ceh.
"Dahh. Ni mama ada bawak puding milo dengan buah watermelon milk favourite April." Mama pun mula masuk air. Kami semua tergelak.
"Papa? You dont want talk like us ke? Mohle joinnn." Aku menghasut papa. Sekali lagi, kami tergelak dengan kelakuan aku yang serba cacat nih.
"Abang keluar kejap ek." Kami mengangguk kemudian sambung berborak.
"Kau pergi warning white." Sekali arahan, semua bergerak menuju ke tempat istimewa.
YOU ARE READING
[COMPLETED] My Knight In Shining Amour
القصة القصيرةCerita ni mengarut dan pendek . Ekhem . Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kisah yang menceritakan kisah hidup orang yang mengisah- eh eh ehhh . Ahh bace jelah . One more thing aku suka main tukar ii. Mohon menangis. aku pandang dye . Karut . " t...