"JUNGKOOK!" jerit Y/N dari bilik kuat kedengaran di seluruh bungalow milik keluarganya.
Jungkook yang sedang minum air teh panas tersembur terkena muka seorang tukang gaji yang sedang mengelap meja .
"Aku baru lap meja ni.... dah kena lap balik dngn muka2 aku sekali" detik kata hati si tukang gaji yang malang itu
"...." jungkook yang malu itu terdiam seribu bahasa.
"Tak mengapa. Tuan muda pergi laa dekat cik muda" kata tukang gaji yang kira-kira berumur 40-an itu sambil mengelap mukanya dngn apron putih yg terikat kemas di pinggangnya.
Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum menunduk 90 darjah ke arah tukang gaji itu.
"Saya minta maaf sangat-sangat!" dengan itu jungkook berlalu pergi sepantas kilat menaiki tangga menuju ke bilik y/n
"Ye Sayang? kenapa ni?" tanya jungkook sebaik sahaja tombol pintu dipulas menampakkan y/n yang sedang menangis di depan cermin
"Tengok ni!" Y/N menyelak rambutnya menampakkan bekas hentakan yang dilakukan oleh heejeung .
"Kenapa Y/N bukak pembalut luka tu? Belum baik lagi ni" kata jungkook sedikit marah.
"Emmm!!!" y/n menoleh ke arah cermin semula untuk melihat luka di dahinya.
Luka tu takdelah nampak sangat sebenarnya sebab dia ada dekat tepi sikit. sebab warna merah dan sedikit kekuningan akibat dari bengkak dan ubat, luka tu menyerlah sedikit dari dahi y/n yang besar tu.
"Y/N?" jungkook memegang bahu y/n dan memusingkan gadis itu menghadapnya
"Jungkook tak marah y/n tau tadi. Jungkook cuma risau kalau luka tu terdedah dekat kuman and jadi makin melarat" jelas jungkook seraya mencium dahi jendul y/n
"ouchh.. sakit lahh!" y/n memukul dada perkasa milik jungkook dengan manja. pipi gadis itu bertukar merah, malu dicium agaknya
"Tak kena pun luka tu... hehehhe" jungkook ketawa membuat y/n tersenyum
"Jom ikut jungkook"
jungkook menggenggam erat tangan y/n membawanya ke bilik air. jungkook menunjukkan gesture 'tunggu sekejap' dan berlalu keluar untuk mengambil sesuatu.
"Apa jungkook buat agaknya?" omel y/n sendirian musykil dengan apa yang bakal jungkook lakukan
"Ahhh!!! jungkook nak buat apa dengan gunting tu!" jerit y/n sebaik sahaja jungkook melangkah masuk ke dalam bilik mandi dengan sebuah gunting dan sikat di tangan kanannya.
"y/n duduk sini" jungkook menepuk-nepuk bangku bulat di hadapannya . y/n tanpa banyak bertanya terus duduk di bangku itu
"Pegang ni"
y/n mengambil gunting dan sikat dari tangan jungkook dengan segera. Jungkook mengambil lagi satu bangku dan sehelai kain.
kain itu dibuat untuk menutup uniform sekolah y/n. Jungkook segera menggambil tempat di hadapan y/n. kaki mereka seperti puzzle. kaki y/n terletak betul2 di antara kaki jungkook yang besarnya 2 kali ganda dari kaki gadis itu.
"Duduk diam-diam tau y/n" kata jungkook sebelum mengambil semula gunting dan sikat dari y/n.
Jungkook memulakan kerjanya untuk memotog rambut depan y/n. mahu dijadikan bangs katanya
setelah beberapa minit....
"Wahhh!!! Pandainya Jungkook potong!" puji y/n sambil membelek belek rambut barunya di hadapan cermin.
Jungkook tersenyum melihat y/n
"So? dah ready nak pergi sekolah my princess?" tanya jungkook sambil menghulurkan tangannya
Y/N mengangguk lalu mencapai tangan jungkook.
TBC.....
YOU ARE READING
You Know That ILY‼️ [JJK|Malay]
FanfictionY/N merupakan seorang yang berjiwa keanak-anakan. Adakah jungkook akan menjaga Y/N seterdaya dan semampunya?