"Aku terima nikahnya, Nur Syafira Alana binti Azman dengan mas kahwinnya sebanyak tiga ratus ringgit tunai."
Air mata aku menitis usai mendengar pengakuan suara garau itu. Bukan sebab gembira, jauh sekali bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar tetapi disebabkan benci! Ya, aku benci mendengar akad yang telah suara itu lafazkan. Kalau bukan disebabkan rasa hormat pada ibu dan ayah, mahu saja aku lari. Macam yang telah Amry lakukan pada aku....
Hari ini sepatutnya menjadi hari yang paling bersejarah dalam hidup aku dan juga amry. Ya hari ini merupakan hari dimana kami bakal disatukan sebagai suami isteri. Tapi panas yang aku sangka berpanjangan rupanya hujan di tengahari. Tanpa apa-apa sebab yang aku sendiri tidak pasti dia menghilang begitu saja. Kejamnya kau amry...
Dan kini aku sudah sah menjadi isteri kepada Adam Haidar. Lelaki yang selama ini aku anggap sebagai abang. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Bermimpikah aku?
Amry Hakim, dimanakah lelaki itu pergi? Tegarnya dia melarikan diri disaat akhir, membiarkan aku terkontang-kanting tanpa jawapan yang pasti. Kenapa dia pergi? Adakah aku yang tersilap mencintai seseorang selama ini. Allah, sungguh aku tidak kuat. Jika betul ini mimpi, sedarkanlah aku dari mimpi nyeri ini Ya Allah.
YOU ARE READING
Takdir Cinta Kita
RomanceTakdir yang menemukan mereka, takdir jugalah yang telah memisahkan mereka. Dan mampukah sekali lagi takdir kembali menyatukan mereka? Kalau kau yakin berpisah itu takdir. Maka kau harus yakin, bertemu kembali pun takdir. Kalau cinta ini yang telah m...