Bab 2

10 1 0
                                    

"Hal apa yang Am nak bincang dengan Sya?"

"Weekend ni Sya ada buat apa-apa ke?"

Soalan aku dibalas dengan soalan kembali oleh Amry.

"Rasanya takde. Kenapa? Tanya aku kembali.

"Weekend ni jom pergi rumah Am, jumpa family Am.

Ya walaupun sudah 4 tahun aku mengenali Amry, keluarganya  langsung tidak pernah aku jumpa. Bukan sombong tapi masa tidak mengizinkan, keluarganya tinggal di Australia dan baru sahaja pulang dan menetap kembali disini.

"Seganlah Am." Balasku.

"Nak segan apa, mama yang suruh Am ajak Sya kerumah weekend ni katanya nak kenal juga bakal menantunya ni. Boleh ya, weekend ni Am ambil Sya kat rumah okay."

Kalau sudah Amry  katakan begitu apa lagi yang aku hendak katakan jadi ikutkan sahaja.

Aku mengenali Amry sejak aku tahun pertama lagi di Uitm, dia merupakan senior yang banyak membantu aku dalam hal yang kurang aku ketahui. Dari situ kami mula rapat sampai sekarang. Sekarang Amry sudah mula bekerja di syarikat abangnya manakala aku pula sekarang sedang di tahun akhir. Cepat betul masa berlalu.

Baju kurung yang disarungkan ditubuh aku teliti melalui cermin. First impression sangat penting, maklumlah nak jumpa bakal mak mentua. Aku mengenakan baju kurung berwarna pastel serta bawal yang serona dengan bajuku. Setelah berpuas hati dengan penampilanku, aku turun kebawah. Dilihat Amry sudah mula menungguku. Setelah berpamitan dengan kedua ibubapaku. Kami terus bertolak ke rumah keluarga Amry.

Sampai sahaja di perkarangan rumahnya, Amry terus mengajakku untuk masuk ke dalam.

"Am, kejap. Siapa lagi yang ada di rumah?"

"Mama, along dengan anak dia je, Aish. Kenapa, Sya nervous ke?" Tanya Amry kembali.

Aku hanya menganggukkan kepala sahaja. Gila tak nervous, mahunya mama dia tak suka aku macam mana?

Amry hanya senyum melihat gelagakku yang sedikit gemuruh itu sebelum kembali menyambung kata.

"Dah jom masuk, jangan risau mama okay je, dia tak makan orang pun."

Belum sempat kami masuk, kedengaran suara mama Amry di muka pintu depan menyuruh kami masuk. Agaknya lama sangat kot kami sembang kat luar tadi sampai-sampai mamanya pun perasan.

Sampai sahaja kami di muka pintu hadapan, mamanya bersuara.

"Buat apa sembang lama sangat kat depan kereta tu, panas. Kenapa tak masuk dalam je."

"Sya ni ma, nervous katanya." Amry menjawab bagi pihakku.

"Apa khabar aunty?" Kataku seraya usai bersalam dengan Puan Azra mamanya Amry."

"Baik, Alhamdulillah. Tak payah nak aunty-aunty sangat, panggil mama aje Sya, tak lama lagi pun jadi menantu mama juga kan. Dahlah jom masuk, apa pula sembang kat depan pintu ni pula. Jom Sya masuk, tak payah segan-segan." Sambung Puan Azra seraya mengamit tanganku untuk masuk ke dalam.

"Duduk Sya."
Kata Puan Azra sejurus kami masuk kedalam.

"Makmah, sini kejap. Ini kenalkan Syafira bakal isteri Amry." Panggil Puan Azra kepada pembantu rumahnya.

"Sya, ini Makmah. Pembantu kat rumah ni, Makmah ni banyak tolong mama uruskan rumah ni terutamanya jaga si Aish tu, kalau harapkan mama seorang memang tak laratlah nak layan kerenah nakal si Aish tu. Oh ya Mah, mana Aish? Tanya Puan Azra selepas usai sesi memperkenalkan aku dengan Makmah.

"Ada kat atas Puan dengan daddy dia." Jawab Makmah kembali.

"Tolong panggil along turun ya, cakap Sya dah sampai." Pinta Puan Azra.

"Baik Puan."

"Aish, be careful. Wait for daddy."

Dilihat seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mungkin agakku sedang berusaha untuk turun tangga untuk menuju kearah kami, diikuti dibelankangnya seorang lelaki, mungkin ayah kepada budak tersebut.

Setelah sampai ke tempat kami, lelaki itu duduk disebelah Amry manakala budak kecil itu yang ku kira namanya Aish duduk di tepi Puan Azra.

Sekali lagi Puan Azra memperkenalkan ku dengan penghuni lain dirumah ini.

"Sya, ini Adam. Abang Amry. Mereka berdua ni dua beradik aje. Yang kat sebelah mama ni pula cucu mama, Aish Mateen anaknya Adam."

"Sayang, go salam aunty Sya." Sambung Puan Azra kepada Aish.

"Baik nenek." Jawab Aish.

Aish Mateen sangat petah bercakap walaupun baru berusia tiga tahun. Dia dilihat matang walau pada usianya. Amry ada beritahuku sebelum ini yang Aish sudah kehilangan ibunya sejak kecil lagi, mummynya meninggal saat selepas melahirkannya. Sekarang dia dibesarkan dengan hanya kasih sayang daddy, nenek dan paksunya, Amry.

"Daddy, it's that mummy?" Sangat polos pertanyaan Aish kepada daddynya. Ya aku tak salahkan Aish kalau dia bertanyakan soalan itu pada daddynya, anak sebesar itu apa yang dia faham tentang mummynya sudah tiada lagi di dunia ini.

Adam dilihat serba salah setelah mendengar soalan Aish, aku hanya mengukirkan senyuman untuknya cuba menyampaikan yang aku faham situasinya.

"No sayang, it's paksu future wife". Jawabnya kepada Aish.

"But Paksu, can i call Aunty Sya mummy?" Tanyanya pula pada Amry.

Belum sempat Amry menjawab, Puan Azra terlebih dahulu berkata.

"No Aish, instead of mummy why don't you call aunty Sya as Maksu?"

"No, i don't want call her maksu." Dilihat Aish sudah mula menunjukkan rajuk.

Untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan, ditambah lagi dengan muka cemberut Aish, aku terus bersuara bagi mengusir rajuk Aish.

"Takpe mama, Sya tak kisah kalau Aish nak panggil Sya mummy pun. Itu pun kalau abang Adam izinkan."

Aku pasti Amry juga tidak kisah jika anak buahnya memanggilku mummy. Sekadar panggilan sahaja bukan betul-betul pun kan.

Takdir Cinta KitaWhere stories live. Discover now