"Syafira, kamu belum siap lagi ke tadi kata dah lewat nak ke kolej" panggil ibu sambil mengetuk pintu bilik aku.
Jam di tangan aku kerling sekilas sebelum aku membuka pintu bilik. Ibu yang sekarang berada di hadapan bilik, aku sapa dengan senyuman.
"Dah ibu, dah siap ni. Nasib baik ibu kejut tadi kalau tak matilah Sya nak menjawab dengan sir hallis nanti."
Ibu hanya mengelengkan kepala melihat gelagat anak daranya yang seorang ini sebelum kembali menyambung kata.
"Dah, jomlah turun sarapan dulu. Ibu dah siapkan, jamah sikit sebelum pergi kelas."
Aku hanya mengiyakan sebelum mengikut ibu untuk turun sarapan.
Usai sarapan, aku terus bergegas ke kolej. Dari rumah ke kolej tidaklah memakan masa yang lama, hanya mengambil masa 15 minit itupun jika tidak jammed atau waktu puncak. Kereta myvi yang ayah hadiahkan sempena aku dapat menyambung pelajaran itu aku gunakan sebaik mungkin, mujur juga ada kereta ini untuk memudahkan aku berulang alik ke kolej.
Sampai saja ke kolej, aku terus menuju ke kelas. Jam tangan sekali lagi aku kerling, 8.50 am. Nasib baik aku sempat sampai, ada masa 10 minit lagi sebelum kelas dimulakan. Masuk sahaja ke dalam dewan kuliah, aku melihat Alia yang melambaikan tangannya sambil menunjukkan tempat duduk itu aku hampiri.
"Hai lewat kau harini, apa cerita?" sapa Alia ketika aku sampai ke tempat yang didudukinya.
"Kut ya pun bagilah aku duduk dulu, ini belum apa-apa dah sembur."
Alia hanya senyum sambil memerhatikan aku yang mengambil tempat duduk disebelahnya itu.
"Aku lewat bangun tadi, lepas subuh aku sambung tidur balik. Semalam aku siapkan assignment yang sir Hallis minta submit harini tu." Jawab aku sambil melilarkan pandangan sekitar dewan kuliah.
Suasana dalam dewan kuliah itu menjadi senyap tiba-tiba sejurus sir Hallis masuk untuk memulakan kelas. Perbualan aku dan Alia juga terhenti disitu. Tumpuan kembali difokuskan pada sir Hallis yang sudah hendak memulakan pembelanjaran.
Kelas sir Hallis tamat tepat jam 12 tengahari. Kelas seterusnya adalah pada pukul 3 pm. Sempatlah rehat sebelum kelas seterusnya dimulakan. Aku dan Alia menuju ke cafe untuk mengisi perut sebelum aku mengikutnya ke biliknya untuk solat zuhur. Alia tinggal di kolej kediaman sejak masuk ke sini disebabkan rumahnya yang jauh dari universiti, lain pula bagiku yang berulang alik ini.
Ketika bermalas-malasan di katil Alia, telefonku berdering minta dijawab. Aku melihat nama pemanggilnya sebelum menjawab, senyuman terus terukir dibibir sejurus melihat nama pemanggilnya.
"Hello Am." Sapaku memulakan perbualan.
"Hai, Sya dah habis kelas ke?"
"Ya, dah. Sekarang kat bilik Alia sambil tunggu next class pula. Am kat mana ni, dah lunch?"
"Baru nak keluar lunch ni dengan along. Nanti dah habis kelas bagitahu, Am ada something nak cakap. Okaylah nanti lepas kelas Am call balik"
Amry mematikan talian sejurus aku menjawab okay. Perkara apa agaknya yang Amry ingin bincangkan dengan aku ni, bunyi macam serius saja. Tak senang duduk aku dibuatnya.
"Kau kenapa macam kucing hilang anak je, gelisah semacam" tegur Alia yang mungkin pelik melihat aku begitu.
"Tak, Am"
"Kenapa dengan Amry?"
"Dia cakap nak bagitahu something lepas kelas nanti, bunyi macam serius je."
"Kau nak risau kenapa, adalah tu dia nak bincangkan."
"Tapi"
Belum sempat aku ingin menghabiskan kata Alia terlebih dahulu menyampuk.
"Daripada kau duduk fikir bukan-bukan macam ni baik kau ambil telefon, call Amry tu terus tanya dia benda apa yang dia nak bincangkan tu."
"Taknak lah aku, nanti apa pula kata dia."
"Haa, dah tu duduk diam-diam."
Habis sahaja kelas pada petang itu, aku terus whatsapp Amry untuk memberitahunya yang kelasku sudah habis. Tetapi setelah 10 minit, masih juga tiada respon darinya. Mungkin dia masih di office agaknya. Tanpa menunggu lagi respon dari Amry, aku terus menuju ke kereta yang diparking di bangunan fakulti itu untuk pulang ke rumah.
Masuk sahaja dalam laman rumah, kelihatan kereta Amry elok diletakkan di bahagian depan garaj rumahku. Usai parking kereta, aku terus masuk ke dalam rumah. Kelihatan Amry yang sedang berbual bersama ibu di ruang tamu rumah itu aku hampiri. Aku mengambil tempat duduk disebelah ibu. Dilihat Amry masih berpakaian pejabatnya dengan kemeja berwarna biru muda dilipat lengan bajunya separa siku, cuma tali lehernya saja yang sudah tidak dipakainya.
"Berbuallah dulu, ibu ke dapur dulu. "Usai berkata, ibu terus ke dapur.
"Am buat apa kat sini?"
"Takda, saja nak jenguk ibu tadi kebetulan Am melawat tapak projek dekat-dekat area rumah Sya jadi dah alang-alang Am singgah kejap."
"Oh ingatkan Am datang nak bincang perkara yang Am cakap tadi."
"Itu pun salah satu sebab juga sebenarnya."
YOU ARE READING
Takdir Cinta Kita
RomanceTakdir yang menemukan mereka, takdir jugalah yang telah memisahkan mereka. Dan mampukah sekali lagi takdir kembali menyatukan mereka? Kalau kau yakin berpisah itu takdir. Maka kau harus yakin, bertemu kembali pun takdir. Kalau cinta ini yang telah m...