Sesampai saja di dalam office dia masuk ke pejabat Firhat untuk memberikan idea yang bernas kepada Firhat.
Knock knock, knock knock.
‘Masuk. ’kata Firhat.
‘Fir aku ada idea untuk kau. Aku harap apa yang aku plan ni berhasil.’kata Azwan terus duduk tanpa diminta.
‘Okay, apa idea kau. Aku harap kau bukan bagi aku idea yang bukan-bukan pula. ’kata Firhat.
‘Takkan punya. Aku yakin punya. ’kata Azwan.
‘Okay, apa dia?? ’.kata Firhat.
‘Aku nak kau ikut aku p reunion sekolah aku...’kata Azwan belum habis ayatnya dah dicelah oleh Firhat.
‘What?? Kau gila, tu reunion untuk sekolah kau kan?? ’.kata Firhat.
‘Eee, tu lah kau. Aku belum habis cakap kau dah potong ayat aku. ’kata Azwan dengan muka bengangnya.
Firhat hanya diam dan menganggukkan kepalanya tanda arahan bagi meneruskan Azwan bercakap.
‘Nanti reunion tu, bukan setakat reunion. Sekali dengan reseption khawin ketua kami. So, majlis tu akan mengundang ramai orang..bukan setakat kami bekas pelajar tapi orang lain juga.’kata Azwan panjang lebar.
‘Okay, so kau nak aku buat apa?? ’kata Firhat.
‘Kau carilah awek buat calon isteri kau. Kau nak yang kaya ada, yang orang biasa-biasa pun ada.Sebab isteri ketua kami tu merupakan seorang model, mesti banyak kawan-kawan dia yang cun datang kan. ’kata Azwan.
‘Kau ni, aku tak pandanglah level tu macam mana.. Janji dia menepati citarasa ibu aku. ’kata Firhat.
‘okay, kalau macam tu kau ikut ak k. Apa macam deal?? ’.kata Azwan.
‘ Okay, deal. ’kata Firhat.
Hari yang ditunggu pun telah tiba. Pesta yang bertemakan masquarade itu memeriahkan lagi suasana. Hana yang bertemakan warna biru muda ditambah dengan kerlipan lampu mencantikkan lagi dirinya yang dilitupi shawl berwarna biru gelap. Walaupun di pesta nanti dia memakai topeng, tetap kelihatan cantik dilihat.
‘Nana, aku takutlah. Ramai orang kat sini. Aku baliklah. Lelaki pun banyak kat pesta ni. ’kata Hana sambil cuba untuk berlalu pergi.Tapi ditahan oleh Nana. Mereka berdua pergi menaiki kenderaan yang sama.
‘Ehh, kau ni.. Memanglah ada lelaki, tu kan tetamu pengantin.Lagipun yang ramai sangat tu dari kalangan kita juga. Kau janganlah balik. Kalau kau balik..nanti aku balik naik apa?? ’kata Nana.
‘Okaylah, aku ikut kau. Tapi kita jangan lamalah kat sini. ’kata Hana geram kerana tidak dapat melarikan diri.
‘Yalah. Kau ni, nak enjoy sikit pun tak boleh. Bukan selalu kita pergi parti. ’kata Nana dengan muka menyampah.
YOU ARE READING
" Terjatuh Ku Pada Cintamu"
RomanceMenceritakan seorang perempuan miskin yang bernama Ayu Raihana. Gadis yang hanya berpelajaran sehingga ke tingkatan enam.Gadis yang cantik Dan solehah. Tetap tidak percaya pada Cinta. Bertemu dengan jejaka kacak dan kaya yang bernama Firhat Hakimi...