Hikayat Hang Bwatpetu

52 1 1
                                    

Penumbuk yang digenggam padu itu dipacu laju ke arah rahang kanan Jebat. Terjelepok Jebat jatuh bergolek menurun anak tangga. Darah mula menitis dari siku yang terkena hirisan selumbar anak tangga kayu.

Bibir Tuah tersenyum sumbing. Gigi kuning yang masih menjadi rumah kepada sisa makan malam semalam masih melekat di celahan. Hujung lidah Tuah meraba celahan gigi, mungkin tak selesa.

Kuda peliharaan Sultan Melaka juga turut terjelir. Penat memapah keseluruhan berat Sultan Melaka. 'Memapah' bukanlah perkataan yang sesuai, tapi faham-faham sajalah. Kalau dikata angkut, nanti dianggap muatan berat pula.

Buku lima besi yang berwarna emas dikeluarkan dari tengkolok Sultan Melaka. Tuanku Sultan mengibas tangannya, menguis, sebagai isyarat memanggil hambanya untuk membantu Tuanku turun dari kuda.

Terherot-herot mulut muncung hamba itu menampung berat Tuanku Sultan. Entah apa yang dicarut dalam kepala.
Sehingga habis menggeletar seluruh badan hamba, barulah Sultan Melaka berjaya bertapak di tanah hina.

Empat jemari kanan Tuanku Sultan merogol lubang buku lima. Dikemaskan dalam genggaman yang diulit dendam kesumat.
Misai dipintal dalam gerak perlahan.

Sultan Melaka genggam umbun kepala Jebat yang masih melutut dan menarik rambutnya agar kepala Jebat mendongak. Sesudah sudah, posisi itu nampak mirip seperti kebanyakan adengan dalam video porno.

Debuk!!!
Dingin besi buku lima itu mencacah di pipi Jebat. Mata Jebat dipejam rapat sebelum tibanya genggaman itu ke pipinya.

Bersembur darah bercampur liur. Pekat dan likat. Ada serpihan gigi juga yang diludah keluar ke atas pasir halaman pondok latihan itu.

"Amacam wa punya letop? Ada bisa lagi ka?" serak suara KL Gangster itu dilontar Tuanku Sultan.

Jebat ketawa sinis. Tuah hanya memerhati dari anjung pondok. Seperti seorang bapa yang memerhatikan anak-anaknya bermain Bayblade di laman rumah, senja hari.

"Lu punya letop sudah ada sikit slow la bhai. Itu macam... lu punya adik dalam," Jebat ketawa terbahak-bahak. Mulutnya menjuih kepada apa yang searas matanya semasa menutur ayat terakhir tadi.

Tuanku Sultan faham benar maksud Jebat itu.

Satu lagi tumbukan hinggap ke rahang Jebat. Dia terbaring. Terlentang.

"Lu tengok itu lu punya anjing...," jari Jebat menunding ke Tuah. Sambung, "Lu punya adik sudah manyak slow, sampai lu punya mistress minta lu punya anjing hantam sama dia."

Jebat terbahak ketawa lagi. Badannya menggulung ketika perutnya ditekan akibat senak gelak.

Celaka punya Jebat.
Ada ke patut dia petik aku. Bila masa entah aku dihentam Tuah. Eyhh, tak hamak aku walau badan sasa berketak-ketak itu merayu meminta.

Bukan selera aku.

Biar Tuanku Sultan sudah tua, aku setia pada yang itu. Tak, bukan yang itu -Sultan Melaka. Maksud aku yang itu -wang dan emas.

Lantai anak tangga berkeriut serentak Tuah menapak menurun tangga. Revolver 561 warna matte black dengan kemasan retakan emas itu tersemat di pinggang kiri.

Beralun perut boyot beliau apabila kakinya menyentuh tanah.

Tuah senyum.
Bibir merah jambu itu sinis mencucuk rona wajah Tuanku Sultan.

"Kau jangan fitnah. Aku tak pernah bersama Tuah!" laung aku dari belakang punggung kuda. Risau kalau-kalau fitnah itu berlarutan. Maklumlah, aku cantik dan rupawan. Memang ramai yang tergilakan. Kalau dibiar gosip liar ini terus meliar, punahlah reputasi aku.

Tuah terdiam.
Matanya melirik ke arah aku.
"Dinda jangan sok tidak tau yaa. Kita pernah bermadu asmara di bawah purnama merah dalam sangkar Ikan Patin di hulu muara sana," kata Tuah.

Dialeknya campur Siam dan Indonesia. Pelik benar lidahnya.

"Wahai Kuda. Aku sudah selamatkan kamu dari lubang najis. Tendanglah perempuan di belakang kamu itu and consider we're equal," tutur Tuah lagi.

Belum sempat aku mentafsir kata Tuah, tiba-tiba datang satu objek keras menerpa muka berkulit mulus ini.

Ladam kuda.

Kebas bibirku rasa. Kepala berpinar-pinar. Cahaya matahari berbalam-balam masuk ke mata. Ahh, aku sudah terpelanting kira-kira lima meter dari bontot kuda. Celaka.

Berkibas ekor kuda itu, gembira dia melihat tendangannya berjaya menghantar aku ke sini.
Gelang emas kecil di pergelangan kanan terputus entah kemana.

Ketawa Jebat tersembur lagi. Kali ini bersama ludah dan muntah liur serta darah. Dia seraya menolak tanah dia berpijak untuk membantunya bangun.

"Cong cei cing coi hui sui jamai jun kunsun," kata Jebat dalam bahasa Cina. Aku faham Cina, tapi aku tak faham Cina yang ini. Tapi aku pura-pura faham. Sebab hanya aku dan Jebat yang pandai berbahasa Cina.

"Lohh. Apaan sih kamu?! Bahasa apa itu cong cei cing coi...?" gertak Tuah.

"Itu jampi!" laung aku.
Tuanku Sultan naik berang. Semakin berang. Semakin semakin berang.
Tambah aku lagi, "Itu jampi Cina Jawa, jaga-jaga Tuanku!"

Fitnah aku sampai ke telinga Tuah dan Sultan Melaka.

Tuah keluarkan revolver matte black yang kemas di pinggang tadi lalu terus diacu ke benak kepala Jebat.

"You son of a that-B-word-I-shouldn't-say-infront-of-this-stupid-ass-horse," jerit Tuah sebelum manarik picu.

Pasir halus dari laman itu berterbangan. Burung pipit di dahan Mangga sana terbang mencicit. Ikan di muara sungai berkocak lari.
Ibu Jebat di dapur terjatuhkan pinggan. Apabila dikutip pinggan itu, telunjuknya luka oleh serpihan.

"HANG BUAT APA TU!" Jerit pengarah dari belakang tabir.

KOLEKSI CERPEN SATU MUKA SURATTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang