Ini adalah kisah tentang apa yang kau orang panggil suicide.
Namanya Bella, Natansya Nabilla. Cantik orangnya, rambut brown. Jeans season dan converse highcut. Tiada kesan tindik di cuping telinga.
Bella ni rapat dengan aku, sangat rapat. Memandangkan dia tak ramai kawan, mungkin cuma aku pilihan yang dia ada untuk luahkan perasaan.
Dia ada boyfriend, Farhan namanya. Aku kenal, tapi aku tak anggapnya sebagai kawan, hanya kenalan. Jumpa pun cuma beberapa kali. Masa dia ambil Bella dari kafe kolej
Perasaan aku pada bella, hanya neutral. Tiada perasaan lebih dari kawan. Dua orang kawan baik yang menongkah arus kepercayaan kebanyakan.
Tapi, serius dia cantik.
27 July,
Bella call aku, ajak jumpa. Kami berdua lepak Teluk Chempedak, sampai pukul 2 pagi. Bella cakap, Paan minta putus. Bella menangis malam tu. Teruk, teresak.
Melentur tubuh Bella sambil memeluk lututnya sendir. Telapak tangan aku lalukan ke belakang badannya. Melurut, mengusap supaya emosinya reda.
Paan minta putus pagi tu, via whatsapp.
"Kita putus ye, Sorry Natansya"
Cuma itu message yang Paan hantar. Call tak dapat, whatsapp pun tak lepas. Paan off phone.
Tahu apa yang lagi lancau? 29 July adalah tarikh 4th anniversary diorang. Bella betul-betul fuck up malam tu.
So, Bella kata she need some good pills. Dan aku pun provide some of those. Rumah sewa aku kosong time tu, jadi aku pun on.
Last Bella ambil benda ni tahun 2013. Sama dengan aku. Just one shot, then she fly. Really high.
Tak, bukan secara literal. Malah, berbiji dia telan.
Aku tak ambil. Aku betul nekad nak stop dulu. Lagipun bukan aku yang broken, kenapa perlu aku ambil semula...
Lagipun aku ada plan lain. Nak puaskan nafsu aku yang dah seminggu tertahan. Bella subjek aku malam itu. Tapi aku batalkan niat tu.
Tak sampai hati la pula. Sumpah aku tak makan dia malam tu. Ringan-ringan pun tidak. Walaupun tidur sesofa.
28 July,
Aku bangun jam 2 petang. Tengok bella masih lagi tidur. Aku tepuk peha dia, suruh bangun. Tapi dia lena, terlalu lena.
Aku mandi, pergi kedai. Belikan nasi kukus bungkus. Aku balik, dia masih lagi tidur, pukul 3. Matahari pun sudah menghulur terik. Aku kejutkan, dia bangun dan pergi mandi.
Kitorang makan sesama petang tu. Best sangat. Walau cuma nasi bungkus, walau cuma air kosong. Moment yang aku tak akan pernah lupa.
"Aku nak bunuh diri jelah," ujar Bella, sambil ketawa
"Make sure it fast," balasku, fikir yang Bella cuma bergurau.
Bella keluar dar rumah aku pukul 7pm. Lepas dia mainkan beberapa lagu pakai gitar kapok aku. Build Me Up Buttercup.
Pukul 1 pagi, Paan call aku. Tanya tentang lokasi Bella. Aku cakap aku tak tahu. Bunyi paan macam orang terdesak malam tu.
Paan kata yang dia sebenarnya ada dekat depan rumah sewa Bella. Tapi Bella tak ada. Dah sejam tunggu, phone Bella pun off.
Paan jelaskan, yang sebenarnya scene 'clash' tu hanya anniversary prank. Fuck. Aku cuma gelak. Memang itupun yg aku buat all the time.
Then, aku pergi rumah Bella, tengok tercegat paan dengan hadiah teddy bear dan belon biru. Muka takut paan aku masih ingat.
Aku cari Bella, dari TC sampai ke Gambang. Paan tunggu di rumah Bella. Semua kawan Bella aku dah call, cuma 4 call. Itu saja jumlah kawan Bella tak termasuk aku.
Aku contact adik Bella, via DM IG. Bella tak ada kat rumah family, JB. Jadi, aku buat keputusan untuk balik rumah dan tidur.
29 July,
Adik bella DM aku nombor phone dia, suruh call.
Aku call, adik dia beritahu aku, "Kak Bell dah meninggal. Lemas kat Gambang."
Telefon bimbit terlucut dari telapak tangan.
Bella mati. Lemas kat Air Terjun Berkelah. Polis jumpa diari dalam bag sandang dia. Dan beberapa botol kaca...
Aku pergi, tengok jenazah. Apa yang aku boleh gambarkan, ianya bukan jasad seorang manusia, pucat.
Polis jumpa diari. Dalam tulisan terakhirnya, aku quote;
"Suicide is not the end, it is a start to a chain reaction-K9"
Something that i told her. Long time ago...
Dalam diari tu juga polis jumpa beberapa ayat yang menyatakan Bella nak bunuh diri. Selain dari itu, ada contact number Dr Fadilah, kaunselor Bella.
Dalam diari, Bella tak tulis kenapa dia nak bunuh diri. Jadi polis ambil keterangan Dr Fadilah.
Dr Fadilah tunding jari sepenuhnya kepada ayah Bella. Bella had an depression. Sexual abuse by her own father. Gila.
Tapi sexual abused tu stop waktu Bella umur 16 tahun. But she still traumatized. Dia cuma cerita kat Dr Fadilah. Aku dan Paan pun tiada menahu tentang itu.
Dr fadilah tak mahu report sebab perkara tu dah stop. Dr cuma tolong bella dari segi spritual. Lagipun hanya itu yang Bella perlukan.
Ayah Bella kena tahan. 15 tahun, 12 sebatan tak silap aku. Polis clasified case bella as mati mengejut.
Paan rasa bersalah. Call aku, menangis beberapa kali.
Mak bella start murung. Hilang suami dan anak serentak. Dia rasa bersalah sebab Bella kena abuse di luar pengetahuan dia. Padahal mereka hidup sebumbung.
Dua bulan lepas tu, Mak bella bunuh diri. Diikuti dengan Paan, 3 minggu lepas mak bella.
Oktober,
Aku termenung. Terkenangkan perkara yang terjadi. Fikirkan apa yang terjadi.
Bella pernah cerita tentang Dr. Fadilah. Dr. Fadilah tu lecturer Bella. Cuma sekali aku jumpa dia, time aku ambil Bella dari ofice Dr.
Jarang dia buka pasal Sexual Abuse yang dia pernah alami. Cuma sekali dua ia menjadi topik berbual. Mungkin dia tak selesa.
Kenapa Air terjun Berkelah? Jauh nak masuk kedalam tu. Sudahlah malam.
Kehidupan. Aku makin faham tentang kehidupan. Aku makin faham tentang suicide. Suicide bomber.
Sebenarnya, Bella tak bunuh diri dia sahaja. Bella bunuh Paan. Bella bunuh mak dia. Orang yang rapat dengan dia pasti mati.
Sama macam suicide bomber. Dalam radius tertentu, orang sekeliling pasti mati. Makin dekat seseorang itu dengan subjek, makin dahsyat mayatnya jadi.
Yang jauh dari subjek, mungkin menderita cacat seumur hidup. Traumatized, depressed.
Adik bella adalah orang yang terkena serpihan bom itu. Cacat, tiada sentuhan keluarga lagi...
Dr Fadilah, rasa bersalah kerana tidak melaporkan perkara tersebut. Cacat. Terpaksa hidup dalam kekesalan.
Aku, cacat. Hilang fungsi hati. Tokotsubo. Dimana hati mengecil kerana impulse elektrik terlalu kuat di hati.
Hati aku berlurah. Bella pembunuh.
Aku dengar banyak depressed sekarang kan. Suicidal.
Satu je aku nak pesan, bila kau terfikir untuk bunuh diri, cuba tengok sekeliling kau. Orang yang concern pasal diri kau.
Cuba kau bayangkan kau adalah suicide bomber, kau berada dalam crowd orang-orang yang sayang kau. Then, boom!!! You pull the trigger.
Pernah kau fikir macamana keaadaan orang sayang kau tu? Bergelimpangan.
Your death is a beginning to others' suffer. Death, is never an end.
![](https://img.wattpad.com/cover/196061958-288-k20393.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
KOLEKSI CERPEN SATU MUKA SURAT
HumorSebuah Cerita Pendek dan Singkat dengan Tema yang bercampur.