BAB 02

1.8K 96 4
                                    

"AWAK rasa ni cat ke benda lain?" Soal Sarah kepada Alexander. Sebaik sahaja Alexander pulang ke rumah, Sarah terus mendapatkan dia dan menyoal tentang tulisan di atas keretanya tadi.

        "Rasanya ni cat biasa. Darah ada beza sikit." Jawab Alexander. Melihat wajah Sarah yang kerisauan, Alexander memegang kedua tangannya. "Jangan risau sangat awak. Nanti tak elok buat kesihatan."

        "Saya takutlah. Kalau jadi benda buruk lagi? Saya dah tak sanggup awak." Ujar Sarah dengan raut muka risau. Alexander memeluk dia lalu mengusap lembut belakangnya seperti seorang ibu menenangkan anaknya ketika menangis.

       "Jangan takut. Saya ada. Dah-dah." Alexander berkata dengan lembut. Selang beberapa saat kemudian, pelukkaannya dileraikan.

        "Saya dah apply cuti dan dah kena approve." Alexander tersenyum lebar. Bila cuti dah kena approve, maknanya bolehlah diorang melawat keluarga dia nanti. Tiba-tiba satu idea muncul di dalam kepala Alexander. "Awak, apa kata kita pergi rumah anak yatim piatu dulu baru pergi rumah mama. Nanti boleh kita kenalkan anak angkat kita terus."

        "Boleh. Saya setuju. Tapi bilik dia belum ready lagi." Sarah memonyokkan muka. Memang excited nak ambil anak angkat tapi bilik tetamu diorang belum dikemaskan lagi untuk jadi bilik tidur anak angkat diorang nanti.

      "Takpe. Kita pun belum pasti nak ambil anak angkat lelaki or perempuan kan?  Nanti kita decorate sama-sama dengan dia nanti. Ikut taste dan kesukaan dia. Kalau kita yang hias, nanti tak kena taste dia macam mana?" Ujar Alexander.

      Sarah mengangguk kepala faham. Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Alexander itu. Biarlah anak angkat diorang yang pilih hiasan bilik dia macam mana nanti.

      "Pasal baju-baju dia semua, nanti kita beli sekali dengan hiasan bilik tidur nanti." Tambah Alexander. Sarah mengangguk kepala faham.

     "Baiklah. Saya setuju."

_______

DUA hari berlalu dan kini tiba masanya untuk mereka ke rumah anak yatim piatu untuk mengambil anak angkat. Kedua-dua mereka sangat teruja untuk mempunyai anak. Pasangan mana yang tak teruja kalau nak dapat anak? 

       Perjalanan dari rumah mereka ke rumah anak yatim piatu mengambil masa lebih kurang 55 minit. Agak jauh tapi berbaloi. Sepanjang perjalanan itu,  Sarah tersenyum. Alexander suka tengok senyuman Sarah. Jadi sekali sekala dia leretkan pandangan matanya kepada Sarah sebelum mengalihkannya ke arah jalan raya pula.

        Sebaik sahaja tiba di destinasi, mereka terus masuk ke dalam bangunan rumah anak yatim piatu itu. Di dalam, suasananya sangat meriah. Kanak-kanak berlari dengan riangnya. Ada juga yang hanya memerhati sahaja.

       "Puan Sarah dan Encik Alexander?" Tiba-tiba ada menyebut nama mereka berdua. Serentak mereka menoleh ke arah suara itu. Seorang wanita yang berada dalam umur lingkungan 40 an mendekati mereka. Di bibirnya terukir senyuman.

        "Ingatkan korang tak datang. Saya Juliyah. Panggil je makcik Yah." Makcik Yah berkata dengan mesra.

        "Maaf lambat datang makcik Yah. Ada jem sikit tadi." Ujar Alexander. Dia menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman dengan Makcik Yah. Dengan senang hati Makcik Yah menyambut tangan Alexander. Selepas itu giliran Sarah pula.

       "Hari tu cakap tak pasti nak ambil anak angkat lelaki or perempuan kan? Takpe. Nanti lepas ni taulah." Ujar Makcik Yah.

       Sarah dan Alexander saling berpandangan lalu tersenyum. Mereka meminta Makcik Yah membawa mereka untuk memilih anak angkat. Makcik Yah membawa mereka ke pejabatnya lalu memberi 15 keping fail. Kesemua fail itu mengandungi informasi anak-anak yatim piatu di rumah itu. Satu per satu dibelek Sarah dan Alexander.

       Selesai memeriksa fail itu, Makcik Yah memberi lagi fail yang lain. 15 minit berlalu dan akhirnya ada profile yang menarik perhatian Sarah.

       "Yang ni makcik? Masih available?" Sarah memberi fail anak yatim piatu yang dia mahu. Makcik Yah memeriksa fail itu. Dia tersenyum sedih lalu mengangguk kepala.

       "Ya, masih. Tapi Jessica dah remaja. Tahun ni dia genap 15 tahun. Takpe ke?" Soal Makcik Yah. Sarah mengangguk kepala.

        "Kami okay je. Kan awak?" Soal Sarah kepada Alexander. Alexander mengangguk kepala setuju.

       "Tapi kan makcik, kenapa dalam fail tu tertulis yang Jessica dah 9 kali diambil sebagai anak angkat. Apa jadi dengan keluarga angkat dia sebelum ni?" Soal Sarah dengan hairan. Kalau diorang dapat mengambil Jessica sebagai anak angkat, mereka akan jadi keluarga yang ke 10.

       "Sebenarnya Puan Sarah, semua keluarga yang ambil Jessica sebagai anak angkat, tak ngam dengan dia. Baru dua bulan, diorang hantar Jessica balik di sini. Lagi-lagi selepas tahu latar belakang dia." Jawab Makcik Yah dengan jujur. Sarah dan Alexander semakin hairan.

       "Maksud Makcik Yah?" Soal Alexander pula.

       "Dulu sebelum Jessica datang di sini masa umur dia 10 tahun, dia sebenarnya ditemui di dalam satu rumah di tempat yang jauh dari kawasan bandar. Dia ditemui di rumah lama dia. Menurut polis yang jumpa dia, Jessica sedang duduk di tepi mayat mak dengan ayah dia. Badan dia pula penuh dengan darah. Mulanya polis suspek dia yang bunuh ibu dan ayahnya sebab masa dijumpai, Jessica langsung tiada kecederaan, cuma badan dia penuh dengan darah. Ketiadaan bukti kukuh, Jessica terlepas dari pertuduhan itu." Makcik Yah bercerita ringkas tentang latar belakang Jessica. Hati Sarah menjadi sebak. Rupanya dia dan Jessica ada persamaan. Mereka berdua kehilangan orang tua akibat dibunuh.

        "Kami nak dia." Ujar Sarah dengan serius.

          "Awak serius?" Soal Alexander pula. Bukan dia tak nak ambil Jessica,  cuma dia mahukan kepastian dari isterinya itu. Masih banyak anak angkat yang boleh diambil.

         "Saya pasti."

         "Kalau macam tu biar makcik panggilkan Jessica datang ke sini." Makcik Yah berdiri lalu meninggalkan Alexander dan Sarah berduaan di dalam pejabatnya.

        "Awak nak dia sebab awak rasa kesian kan?" Soal Alexander kepada Sarah.

        Angguk. "Ha'ah. Saya nak ambil dia sebagai anak angkat. Mesti susah bila tak dapat rasa kasih sayang sebenar dari mak dan ayah kandung. Saya nak bagi dia perasaan bila ada mak dan ayah yang permenant." Jawab Sarah jujur. Alexander mengusap kepala Sarah.

      Selang beberapa minit berlalu dan akhirnya Makcik Yah muncul semula dengan seorang gadis remaja. Gadis itu mempunyai rambut lurus yang panjangnya melebihi bahu sedikit. Rambut depannya merupakan style bang. Matanya pula agak sepet dan berkulit cerah.

     "Jessy, ini pasangan yang nak ambil awak sebagai anak angkat. Perkenalkan diri awak." Arah Makcik Yah kepada Jessica. Jessica tunduk hormat. Dengan wajah yang blank tanpa perasaan, dia memperkenalkan dirinya.

      "Saya Jessica. Umur saya 15 tahun." Ujarnya ringkas. Selalunya orang lain akan gembira kalau dapat keluarga angkat, tapi Jessica tidak. 9 kali diambil sebagai anak angkat, 9 kali juga dia dihantar semula ke sana. Semuanya gara-gara masa lalunya sahaja.

      Sarah dan Alexander saling berpandangan lalu mengangguk kepala serentak. Sarah yakin dia membuat pilihan yang betul. Dia faham kalau Jessica tidak gembira. Mungkin dia risau yang dia akan dipulangkan semula ke rumah itu. Namun itu tidak akan terjadi. Sarah yakin.

  - BERSAMBUNG -

"Parenthood. Parenthood requires love, not DNA." - Sarah Benjamin

SARAH IIWhere stories live. Discover now