"JESSY sayang..." Sarah memegang kedua belah tangan Jessica dengan lembut. Matanya memandang tepat ke arah anak mata Jessica. Bibirnya menguntum senyuman.
"Sayang, kalau sayang nak bagitau mama apa-apa, bagi tau je okay? Jangan risau mama takkan tinggalkan sayang macam keluarga sayang sebelum ni." Sarah berkata dengan lembut. Harapannya tinggi melebih langit ke tujuh untuk Jessica meluahkan apa yang terpendam di dalam dirinya lebih lagi. Tangan Jessica di usap.
"Tadi mama ada pergi jumpa Makcik Yah."
Sebaik sahaja nama Makcik Yah disebut, Jessica menggengam tangannya. Badannya menjadi keras seolah dia takut. Sarah menjadi hairan namun dia hanya mendiamkan diri.
"Ada budak ni badan dia penuh lebam. Makcik Yah cakap lebam tu disebabkan budak tu bergaduh. Budak-budak suka bergaduh eh?" Soal Sarah. Sekali lagi Jessica menjadi takut. Perasaan aneh di dalam diri Sarah semakin kuat. Dia harus memancing Jessica untuk bercakap.
Jessica hanya berdiam diri. Sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan buka mulut. Kedua belah tangannya digenggam rapat.
"Jessy takut Makcik Yah? Makcik Yah tu... Jahat ke?" Tebak Sarah. Sarah menyangka Jessica akan menggeleng kepala namun sangkaannya meleset apabila Jessica perlahan-lahan menangguk kepala. Namun selepas itu dia menggeleng kepalanya semula. Jessica mengulang perbuatan ini beberapa kali. Sarah menjadi bingung. Ya atau tidak.
"Kita jumpa Makcik Yah nak? Mesti Jessy rindu kan?" Ajak Sarah. "Kebetulan mama ada kerja outstation. Papa pun. Jadi alang-alang melawat, apa kata Jessy bermalam di sana semalam dua. Nak?"
"Tak nak!!" Jessica tiba-tiba menjerit. Membayangkan apa yang terjadi sebelumnya, membuatkan dia takut. Ketakutan itu menusuk hingga ke tulang putih.
Sarah yang terkejut sedikit akibat jeritan Jessica tadi menenangkan diri sebelum bercakap semula. Dadanya diurut-urut. Dia menghembus nafas lalu menyoal Jessica, "Tapi kenapa? Jessy tak rindu Makcik Yah?"
"Saya... Saya..."
"Jessy boleh tolong mama tak?" Soal Sarah dengan lembut. Jessica memandang ke arahnya dengan wajah tertanya-tanya. Sarah menguntum senyuman lembut. "Boleh jujur dengan mama? Mama tau Jessy takut mama akan tinggalkan Jessy, tapi Jessy jangan takut. Mama dan papa takkan tinggalkan Jessy. Mama janji dan bersumpah. Kalau Jessy bagitau mama, mama akan bagitau cerita mama pula."
Keadaan senyap seketika. Jessica berfikir sejenak. Suara Sarah tadi seolah dia jujur dan ikhlas. Patutkah dia membuka diri kepada Sarah?
"Makcik Yah ada cakap yang Jessy pernah mengaku Jessy bunuh ibu bapa Jessy. Betul ke?" Soal Sarah. Sebaik sahaja soalan itu meluncur keluar dari mulutnya, Jessica memandang ke arahnya dengan muka terkejut. Jessica mengangguk kepala.
"Ya, saya yang bunuh diorang. Tapi ada sebab. Puan, tolong jangan hantar saya balik dekat Makcik Yah. Saya takut..." Tiba-tiba Jessica merayu. Air mata mula bergenang. Sarah menenangkannya. "Kalau puan nak buang saya, buanglah saya tepi jalan ke. Saya lebih rela merempat tepi jalan berbanding balik ke rumah anak yatim piatu tu. Tolong. Saya merayu."
Hati Sarah menjadi sakit. Dia sedih melihat Jessica. Sarah memeluk Jessica dengan erat.
"Kan mama dah cakap mama takkan tinggalkan Jessy. Jessy anak mama dengan papa. Walaupun bukan darah daging, tapi kami tetap anggap Jessy macam anak kandung." Sarah meleraikan pelukkannya lalu mencium dahi Jessica dengan lembut. "Tak semua orang sempurna. Mama dengan papa pun tak sempurna. Sayang Jessy!"
"Boleh bagi saya sedikit waktu? Saya janji saya akan cuba ceritakan apa yang berlaku." Ujar Jessica. Sarah mengangguk kepalanya.
"Boleh."
Tiba-tiba pintu bilik wad Jessica dibuka, Alexander dan Adrian masuk dengan uniform kerja mereka. Rambut mereka didandan sama. Cuma yang berbeza, Adrian memakai beg sandang. Kalau tak kenal mereka, sudah tentu susah nak bezakan. Namun bagi Sarah ianya perkara yang mudah untuk bezakan kembar polis itu. Lain kes pula bagi Jessica.
"Hai." Serentak Alexander dan Adrian menyapa Jessica. Jessica hanya mengangguk kepala perlahan. Masih bingung. Air matanya dikesat.
"Tu papa," Sarah menunjuk ke arah Alexander. "Tu Pakcik Ad," dia menunjuk ke arah Adrian pula. Sekali lagi Jessica hanya mengangguk.
"Pakcik lagi hensem kan?" Adrian memuji dirinya.
"Eleh perasan." Alexander membalas lalu menjulingkan matanya ke atas. Maka bermulalah pertarungan tentang siapa lagi hensem di hadapan Jessica.
"Korang dahlah tu. Sayang, nak tidur luar?" Ugut Sarah kepada suaminya. Alexander terus mendiamkan diri lalu menggeleng kepala. Dia tersenyum kambing.
"Oh ya nah," Adrian mengeluarkan sebuah patung teddy bear pink lalu menyerahkannya kepada Jessica. "Welcome to the squad! Harap Jessy suka patung."
"Terima kasih." Ucap Jessica.
"Sarah, fail yang awak nak tu rasanya dah tertimbun nun jauh di bawah fail-fail dekat stor ofis. Nanti saya tanya atasan tapi saya rasa kalau setakat nak ambil untuk dibaca boleh sebab bukan classified sangat." Ujar Adrian kepada Sarah pula. Sarah mengganguk faham.
"Oh kalau dapat, tolong check eh. Tu salah satu kunci untuk tanda tanya di dalam kepala saya ni."
"Saya faham."
_______
"SAYA peliklah awak." Sarah berkata kepada Alexander. Dia memandang ke arah pintu masuk wad Jessica. Di dalam Jessica ditinggalkan bersama Adrian. Alexander dan dia meminta diri untuk keluar sekejap.
"Pelik kenapa? Awak ni tak habis-habis nak pelik ye." Ujar Alexander dengan senyuman nakal. Namun senyumannya pudar selepas Sarah mencubit bahunya. "Sakit! Sakit!"
Sarah membuka cubitannya. Geram. "Tau takpe. Jessica takut dengan Makcik Yah. Bila saya mention nama dia, Jessica akan jadi takut. Lepas tu saya sajalah cuba ajak dia pergi sana. Lepas tu saya tipu pasal kerja OT dan saya nak dia bermalam di sana."
"Lepas tu?"
"Dia jadi makin takut. Laju dia menolak. Siap menjerit lagi. Lagi satu, masa saya pergi sana, ada sorang budak ni banyak lebam dekat badan. Makcik Yah cakap tu akibat daripada bergaduh." Sarah dipintas oleh Alexander.
"So awak tak percaya?" Soal Alexander. Dia menyilang tangan di dada.
Angguk.
"Awak rasa tu kesan dari dipukul?" Soalnya lagi.
Sekali lagi angguk.
"Bila saya soal Jessy, dia angguk geleng bila disoal sama ada Makcik Yah ni jahat atau tak."
Kedua-dua bahu Sarah dipegang Alexander. "Sayang, normallah kalau budak-budak ada lebam. Mungkin diorang bergaduh kuat ke. Jatuh mungkin."
"Kesan lebam yang banyak sangat? Mustahil!"
"Awak ni banyak fikir sangat. Kita selesaikan pasal keluarga Jessy dulu. Dahlah jomlah masuk. Nanti Adrian mengumpat pasal kita pula kat dalam. Entah apa yang dia ceritakan dekat Jessy sekarang. Kuat sangat gelak dia." Ajak Alexander. Dia memegang tangan kanan Sarah lalu memimpinnya masuk ke dalam bilik wad Jessica semula. Suasana di dalam bilik wad Jessica lebih ceria dari sebelumnya. Adakah ini petanda baik?
- BERSAMBUNG -
YOU ARE READING
SARAH II
RomanceKehidupan Sarah selepas berkahwin dengan Alexander memang bahagia. Namun oleh kerana dia adalah seorang bekas peneman di kelab malam, dia masih dihina oleh masyarakat sekeliling. Tak cukup dengan itu, akibat pengambilan pil perancangan berlebihan, d...