BAB 04

1.4K 75 0
                                    

SARAH kembali dengan sebuah kotak ditangan. Kotak itu dibungkus rapi dengan pembalut hadiah berwarna ungu. Dia tidak sabar untuk memberi Jessica hadiah itu. Dia duduk di kerusi sebelah suaminya lalu meletakkan hadiah itu di hadapan Jessica.

         "Bukalah." Arahnya dengan perasaan teruja. Macam dia pula yang terima hadiah sebab terlebih gembira.

        Perlahan Jessica mencapai kotak hadiah itu. Dengan cermat dia membuka pembalut hadiah yang membaluti hadiah tersebut. Usai membuka hadiah itu, Jessica agak terkejut sebab ternyata Sarah menghadiahkan dia sebuah telefon pintar berjenama Samsung A10. Salah satu produk keluaran Samsung yang terbaru. Dia memandang hadiah itu dan wajah Sarah silih berganti.

           "Jessy suka? Mama harap Jessy suka. Kebetulan Makcik Yah cakap Jessy takde phone." Sarah berkata. Alexander yang berada di sebelah dia mengangguk kepala setuju.

          "Kami dah save number kami dalam phone baru Jessy. Setting semua dah settle. Jessy tinggal on dan guna." Tambah Alexander. Mujur dia menurut sahaja permintaan Sarah sehari sebelum mereka ke rumah anak yatim piatu untuk membeli hadiah.

            "Cik dan encik nak jual saya?" Soal Jessica dengan tiba-tiba. Serentak Sarah dan Alexander saling berpandangan. Terkejut dengan soalan Jessica yang tiba-tiba itu.

           "Kenapa pula kami nak jual Jessy?" Soal Alexander kembali. Jessica diam membisu. Dia tidak menjawab soalan Alexander. Takut dimarahi oleh lelaki itu.

            Sarah menjadi risau. Adakah keluarga angkat Jessica pernah cuba untuk menjualnya? Kalau betul, mereka tidak layak dipanggil manusia. Hati Sarah menjadi sakit. Walaupun dia baru mengenali Jessica, perasaan sayangnya sudah dalam terhadap remaja itu.

         "Maafkan saya." Ujar Jessica lagi.

         Sekali lagi Sarah dan Alexander saling berpandangan. Mereka mengambil keputusan untuk tidak menyoal Jessica lebih. Kalau soalan Alexander tadi tidak dijawab, ada kemungkinan jika disoal lagi, dia tidak akan menjawab.

        "Sambung makan. Lepas ni baru Jessy baru boleh main handphone sambil kita hias bilik. Boleh?" Soal Sarah. Jessica mengangguk kepala lalu meletakkan kotak telefon pintar itu ke tepi pinggannya dan menyambung makan.

------

SEUSAI makan, Sarah menyuruh Jessica menunggunya di dalam bilik tidurnya. Manakala dia dan Alexander mengemas dapur. Jessica menuruti perintahnya tanpa bantahan.

          "Awak rasa Jessy tak suka saya?" Soal Sarah tanpa menoleh ke arah Alexander yang sedang sibuk membalas chat. Selepas selesai mengangkat pinggan mangkuk ke singki dan melap meja makan, Alexander terus menghadap telefon pintarnya untuk membalas chat penting.

       "Apa sayang mengarut ni? Bagi Jessy masa untuk menyesuaikan diri. Sayang pun tau kan yang dia 9 kali dikembalikan ke rumah anak yatim piatu. Maybe dia rasa kita akan buat benda yang sama. Kita kena buat Jessy rasa yang kita tidak akan buat perkara yang." Jawab Alexander jujur.

        Sarah diam membisu. Sebenarnya ada beberapa persoalan di dalam kepalanya mengenai Jessica. Namun dia tidak menyoal semua itu kepada Alexander. Risau kerja suaminya bertambah lagi. Cukuplah dengan kerjanya di balai polis.

         "Err sayang." Panggil Alexander.

         "Ye?"

         "Mula besok saya kena buat kerja lebih dekat balai. So maknanya saya kena bermalam untuk beberapa di sana untuk buat kerja ni." Ujar Alexander. Dengan pantas Sarah berpaling ke arahnya.

         "Alah kita baru ambil Jessica. Luangkanlah sikit masa untuk dia. Takkan cuti yang awak apply sehari je?"  Balas Sarah. Dia menarik muka masam. Baru je dia ingat nak buat parti ke. Atau jalan-jalan dengan Jessica untuk merapatkan lagi hubungan mereka.

        "Sorrylah awak. Bukan saya tak nak luangkan masa dengan anak kita cuma kerja ni emergency sangat. Bolehlah? Please." Rayu Alexander.

      "Isy! Yelah! Telanlah kerja awak! Nah sambung kerja mencuci pinggan mangkuk ni!" Arah Sarah dengan nada suara merajuk. Dia meletakkan span yang dipegangnya ke atas singki lalu mencuci kedua tangannya. Selepas itu dia keluar dari dapur lalu ke bilik Jessica.

       "Merajuk pula dah. Haih kembar tak guna. Time ni jugak kau nak aku kerja lebih masa masa. Tak pasal-pasal bini merajuk. Aku jumpa kau, memang aku sumbat kau dalam tong sampah." Alexander bermonolog seorang diri di dapur. Dia menghampiri singki lalu menyambung kerja Sarah tadi. Mujur pinggan mangkuk itu hanya perlu dibilas sahaja lagi. Jadi tidaklah dia perlu mencucinya dengan sabun lagi.

        Manakala di dalam bilik tidur Jessica, Sarah sedang mengeluarkan selimut yang baru dibeli untuk Jessica dari dalam plastik. Dia berusaha supaya tiada bunyi kuat terhasil supaya Jessica tidak terbangun dari tidur lenanya. Selepas itu dia berjengket mendekati katil Jessica dan memakaikan remaja itu dengan selimut.

      "Goodnight, sayang." Bisiknya perlahan lalu dia berjalan ke arah pintu masuk bilik Jessica. Dia memadam lampu lalu melangkah keluar dari bilik tidur dan menutup pintu bilik Jessica dengan perlahan-lahan. Dia ke dapur semula.

        "Eh kata nak hias bilik." Ujar Alexander sebaik sahaja Sarah melangkah masuk ke dalam dapur. Alexander sedang melap pinggan yang baru selesai dicuci untuk disusun di atas rak pinggan mangkuk.

        "Jessy dah tidur." Jawab Sarah ringkas. Dia duduk di kerusi meja makan.  "Oh ya. Apa kes yang korang sedang handle sampai awak kena stay dekat balai?"

       "Kes culik dan jual. Kes ni complicated sikit. Clue takde.  Saksi pun macam takleh harap. Bagi keterangan kabur sangat. Adrian cakap tadi, ada fail baru diterima. Katanya setiap mangsa culik dia akan jadi cacat sikit. Ada yang hilang jari, ada juga yang hilang satu telinga selepas dijual. Padahal dalam profile diorang, sempurna fizikal. Bila mangsa berjaya diselamatkan, takde sorang pun yang nak buka mulut pasal suspek. Macam mulut diorang kena gam gajah." Jawab Alexander jujur. Sebenarnya diorang tak dibenarkan memberitahu kes dalam balai; terutama yang sedang panas dalam penyiasatan, namun dia percaya Sarah.

        "Dah berapa mangsa diselamatkan?" Soal Sarah lagi. Alexander mengangkat 3 jari. Sarah mengangguk kepala faham.

       "Mungkin mangsa diugut oleh suspek. Sebab tu tak buka mulut." Ujar Sarah lagi.

         Alexander mengangguk kepala setuju. "Yup. Menurut team yang handle kes ni sebelum kami, mangsa akan memggeletar ketakutan apabila disoal apa-apa yang berkaitan dengan suspek. Muka diorang akan pucat semula."

         Keadaan menjadi senyap seketika di dalam dapur mereka. Masing-masing sedang berfikir tentang kes ini.

         "Awak, tidur jom. Saya tengah gatal ni." Ajak Alexander dengan senyuman gatal. Sarah hanya menjulingkan matanya ke atas. Mula dah mamat ni mengada. Sarah bangkit berdiri lalu tersenyum jahat.

       "Alang-alang dah rajin nak basuh pinggan mangkuk tu, sapu ruang tamu tau. Saya lupa nak kemas ruang tamu hari ni. Selagi tak siap, jangan masuk bilik. Goodnight sayang." Sarah berkata dengan senyuman jahat. Dia keluar dari dapur dan tidak memperdulikan rungutan Alexander.

  - BERSAMBUNG -

"Antara kerja atau keluarga, saya lebihkan pentingkan keluarga. Namun kadang-kadang saya terpaksa mengetepikan mereka demi tanggungjawab saya sebagai pelindung masyarakat." - Alexander Yong

SARAH IIWhere stories live. Discover now