Crush •• 2

631 44 1
                                    

Pembelajaran pada hari ini,langsung tak masuk dalam otak aku.Walaupun sekecil habuk yang berterbangan akibat perbuatan manusia yang tidak bettanggungjawab.

Sepanjang pembelajaran berlangsung,aku hanya duduk termenung memikirkan bagaimana aku nak bagitahu yang aku suka dia.

Mujur sahajalah tak terkantoi yang aku termenung oleh guru-guru yang mengajar di hadapan.Kalau tidak,malu sahaja yang aku akan dapat nanti.

Dan mata pelajaran terakhir sebelum berakhirnya waktu persekolahan,aku tetap termenung.Kalini,kantoi pula oleh Cikgu Jaesuk yang aku tak memberikan sepenuh perhatian kepada ajarannya.Jasad jer yang ada,roh terbang melayang entah kemana.

Cikgu Jaesuk mendenda aku untuk berdiri di luar sehingga waktu mengajarnya habis.Jadi,aku hanya menurut perintahnya sahaja.Sebelum aku keluar daripada kelas,aku dapat lihat beberapa orang kawan sekelas aku sedang berbisik-bisik.

Sedang asyik berdiri di tepi kelas,crush aku tiba-tiba sahaja melalui koridor itu bersama kawannya.Aku memandang ke arah tempat lain supaya dia tidak mengecam muka aku.Aku harap-harap yang dia tidak akan perasan yang aku sedang didenda.Namun,sangkaan aku meleset apabila dia tiba-tiba mendekati aku dan berkata sesuatu.

"Wow,budak miskin kena denda dengan cikgu lah.Ni mesti sebab kuat berkhayal yang dia akan jadi kaya lepastu dapat husband yang kacak,prihatin dan baik dengan dia.Budak miskin tak sedar diri hahahaha..Idiot"

Seusai berkata demikian,dia dan kawannya berlalu pergi meninggalkan aku.

Kata-katanya bagaikan menghiris hati aku sebanyak yang mungkin.

Idiot? Aku kena denda sebab berangan pasal kau lah,bodoh.

Crush ♔︎Where stories live. Discover now