Crush •• special

273 24 4
                                    

"Appa!" sergah seorang kanak-kanak yang berumur lingkungan 5 tahun, kepada seorang lelali yang sedang menghirup minuman coklat panas.Sungguh hangat diminum terutamanya pada suhu malam yang dingin itu.

Appanya terkejut dengan sergahan tersebut sehingga menyebabkan cawan yang dipegangnya terjatuh ke lantai.Nasibnya sangat baik kerana cawan tersebut hanya diperbuat daripada plastik.

"Yah Min Jung, habis air appa tumpah" Dia berdiri lalu mengcekak pinggang memandang anaknya yang sedang tersengih itu.Dia membuat simbol 'peace' kepada appanya.

"Mianhae appa.Nanti Minmin suruh eomma tolong lapkan"

"Banyak hensem muka anda.Ahh takda takda, kesian eomma Minmin tu.Dia kan tengah sarat mengandungkan adik Minmin, tak kesian ke dekat eomma?"

"Minmin ada idea"

"Apa dia?"

"Appa pejamlah mata dulu"

"Hmmm?" Jimin hanya layankan sahaja karenah anak sulungnya itu.Dia menunggu jawapan daripada Min Jung tetapi Min Jung mengambil masa yang lama untuk bercakap.

Kerana rasa curiga, Jimin membuka matanya akan tetapi kelibat Min Jung langsung tidak kelihatan.Batang hidung pun tiada.

"Bertuah punya anak" Jimin mengambil mop lantai di dapur lalu mula menanggalkan kesan kekotoran coklat yang melekat, dengan muka tidak puas hati.

Seusai itu, Jimin masuk ke dalam biliknya dengan hati yang bengkak kerana dipermainkan oleh anaknya sendiri.Kelihatan Eun Min sedang menyikat rambutnya di hadapan cermin.

Cantik! Getus hati Jimin.Dia berjalan mendekati istetinya lalu memeluk erat pinggang gadis tersebut.

"hmm wanginya rambut sayang"

"ish, ada ada sahaja la awak ni.Ni kenapa muka masam macam cuka ni?"

"anak awak buli saya tadi"

"heyy tengoklah anak siapa.Anak awak kan, memanglah nakal macam appa dia" Eunmin berpusing menghadap Jimin lalu mencuit hidung suaminya itu.

"Ala awak ni, sama jer macam Minmin.Dahlah, saya nak tido la" Jimin mula meninggalkan Eunmin lalu mendekati katil kemudian berbaring.Dia memejamkan matanya rapat sambil memuncungkan mulutnya.

"Lahai, laki ke anak aku tu.Manja semacam, alahaiiiiii." Eunmin menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia berbaring di sebelah Jimin lalu memeluknya erat.Mereka pun mulai bermimpi.

Mereka pun mulai bermimpi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Crush ♔︎Where stories live. Discover now