Peristiwa di mana aku didenda oleh Cikgu Jaesuk sudah aku lupakan.Tetapi,kata-kata dia masih lagi terngiang-ngiang di otak fikiran aku.Sumpah,hati aku betul-betul terhiris.Kata-katanya sungguh tajam macam pisau yang baru sahaja diasah.
Aku berjalan pulang ke rumah sebaik sahaja selesai membeli keropok dekat koperasi selepas tamatnya waktu persekolahan pada hari ini.Sekali lagi aku rasa sakit hati bila nampak adegan dia sedang berciuman dengan seorang gadis.Gadis tersebut merupakan salah satu daripada Queenka di sekolah ini.
Aku melajukan langkah aku supaya aku sampai cepat ke rumah dan bolehlah aku berbaring di dalam bilik aku.Dalam perjalanan pulang,tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki merampas keropok milik aku lalu membuka plastik keropok tersebut dan menyumbat sekeping keropok ke dalam mulutnya tanpa keizinan aku.
"Awak kenapa ambil keropok saya? Saya tak beri pun dekat awak" Tanya aku kepada lelaki yang sedang membuat muka tidak bersalah dia tu.
"Sebab aku lapar.Sedap juga keropok murah ni eh"
Aku menjelingnya lalu merampas semula keropok yang dicurinya tadi lalu menyambung semula perjalanan pulang ke rumah.Rumah aku dari sekolah agak jauh dalam lingkungan 3 hingga 4 kilometer macam tu.Tapi aku sanggup jer ulang alii dari rumah ke sekolah sebab nak dapatkan ilmu dan.
Usha dia.
Lelaki yang mencuri keropok tadi mengikuti aku daripada belakang.Dengan perasaan yang geram,aku berpaling ke arahnya dan memijak kakinya dengan muka tak bersalah.Dia mengerutkan dahinya mungkin tanda yang kaki dia sakit akibat pijakan cantik dari aku.
"Awak kenapa ikut saya"
"Bila pulak aku ikut kau ni,rumah aku memang lalu kawasan ni lah"
Darah aku bagaikan terhenti mengalir seketika sebaik sahaja mendengar jawapan yang keluar daripada mulutnya.Pipi aku sedikit kemerahan akibat rasa malu.
"Er kalau macam tu,saya minta maaf" Kata aku lalu berlangkah pergi dengan tergesa-gesa.Langkah aku tersekat sebab lelaki tadi memaut tangan aku.Aku memandangnya dan menarik semula tanganku.
"Haha awak ni comel lah" kata lelaki itu.
Apa? Comel? Kau kata aku comel? Kau buta ke?
"Awak salah tengok ke? Muka macam ni awak cakap comel.Hahahaha kelakarlah awak ni"
"Tak,memang betul pun awak comel.By the way,nama saya Kang Daniel" Dia memperkenalkan dirinya lalu menghulurkan tangannya.
"Err,Choi Eun Min imnida" kata aku lalu menyambut hulurannya dengan teragak-agak.
"Cantik nama awak,secantik tuannya"
"Dahlah,saya nak balik cepat ni" Kata aku lalu melepaskan tangannya dan berjalan pergi.Dia tidak menghalang aku sebaliknya berjalan di belakang aku.
YOU ARE READING
Crush ♔︎
Fanfiction✅Annoying ✅Kejam ✅Jahat ✅Savage Itulah sifat yang ada pada crush aku . [ status ;; complete ] ❁ start - 25.07.19 ❁ end - 25.07.19 !! : Maafkan saya sekiranya cara penulisan terlebih hingusan.