Termengah-mengah Tengku Ismahanim atau lebih senang dipanggil Is masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat milik papanya, Tengku Khalil.Beg pakaiannya dicampak ke atas sofa tanpa memperdulikan pandangan Tengku Khalil dan satu – satu adiknya, Tengku Hatta. Roti yang baru sahaja dipegang diletak semula. Tengku Khalil menghampiri anak sulungnya yang sudah pun terbaring selesa di atas lantai terrazzo rumahnya. Tengku Hatta geleng kepala berkali – kali. Buat kerja menyusahkan diri!,
"Penatnya papa!" adu Is sambil mengeluh berat. Kipas di atas kepala dipandang kosong. Setelah beberapa minit dia bangun semula.
"Jadi?" soal Tengku Khalil yang duduk bersilang kaki di atas sofa dan tubuh Is yang sedikit susut dipandang sekali lalu.
"Jadi apanya... tak jadilah!. Tak mahulah Is dengan anak Tan Sri Jalal tu. Pandai – pandai sahaja papa kata dia lelaki hebat, maskulin dan bergaya. Pengotor adalah. Papa tahu tak?" Is bangun dan kemudiannya duduk di sebelah Tengku Khalil.
"Dia layan Is ni macam perempuan simpanan. Maaflah papa... kalau lelaki begini papa nak jodohkan dengan anak papa ni, batalkan sahaja. Sudahlah tu, kedekut!. Penat tau jadi orang gaji tapi dibayar lima ratus sahaja" terbeliak mata Is bercerita.
"Cukuplah tu. Buat shopping beli kasut" perli Tengku Hatta. Ah!... malas mahu Is peduli dengan cakap – cakap Tengku Hatta. Mahu mengutuk sahaja kerjanya.
"Dah... Is masuk bilik, berehat. Malam ni papa nak bincang sesuatu" sengih Tengu Khalil. Dari corak senyumannya sahaja Is dapat mengagak. Dengan siapa pulalah Tengku Khalil mahu menjodohkannya. Dah macam orang dulu – dulu pula.
Setelah selsesai menjamu makan malam bersama papa dan adiknya, Tengku Khalil cepat – cepat menunjukkan sekeping foto buat anaknya. Is mengambilnya. Dia perhatikan betul – betul wajah lelaki di dalam foto itu. Kacak dan senyumannya manis tapi... adakah dia lelaki yang baik untuk dibuat suami?. Tengku Hatta tak mahu ikut masuk ampur. Sudah lima orang lelaki ditolak oleh kakaknya setelah dia pergi berkhidmat sebagai orang gaji pada calon – calon suaminya. Tengku Hatta kata kakaknya itu dah rupa perempuan zaman dulu – dulu. Iyalah, sejak berpisah dengan Hady dia benar – benar memilih.
"Ok... handsome, papa" sengih Is. Kakinya dihayun ke depan dan ke belakang. Tergelak Tengku Khalil mendengarnya. Dia belum tahu siapa Tuan Danial Bin Tuan Hashim tu. Biar masa yang mencorak sejarah antara anaknya dengan anak Tuan Hashim.PERJANJIAN dan kata sepakat dijalinkan. Tengku Khalil berjanji dia akan merahsiakan siapa Is sebenarnya sepeti biasa, Is akan melamar orang gaji Tuan Danial untuk bekerja di rumahnya. kalau tidak, tidak akan ada kekosongan untuk dia masuk berkhidmat sebagai pembantu rumah di dalam rumah Tuan Danial Bin Tuan hashim itu. Mujurlah, dia tidak pernah bertemu muka dengan Tuan Hashim.
Pintu rumah Tuan Hashim diketuk berkali – kali. Jujur, ada debaran di lubuk hatinya. Is menyentuh lengan bajunya.
'Nasiblah kau Hatta... terpaksalah aku pinjam baju kau lagi. Takkan aku nak pakai baju aku jadi orang gaji' bicara is sendiri. Pintu rumah terbuka. Wajah lelaki di dalam gambar itu benar – benar membuatkan bibir Is tersenyum secara automatik.
"Ye cik... nak apa?" soal Tuan Danial. Is masih lagi memandang. Bibir yang masih lagi tersenyum itu tidak mampu mengeluarkan walau sepatah perkataan melaluinya. Tuan Danial menggeleng kepala.
"Sengih dah macam kerang busuk. Jual kerang agaknya. Maaf. Saya tak makan kerang" pintu ditutup dan Is sedikt terkejut. Amboi... bukan main sombong lagi kau ye?. Is getap bibir kuat – kuat. Mahu sahaja dia berpatah balik tetapi nalurinya kuat menyuruhnya membalas dendam. Apa salahnya kalau tinggal seminggu dan kenakan Tuan Danial yang sombong ni cukup – cukup. Pintu diketuk lagi dan dengan cepat pintu terbuka. Seorang wanita dalam lingkungan lewat 30 an membuka pintu.
"Ini pembantu rumah baru ye?" soalnya dan cepat – cepat Is mengangguk. Baik cepat angguk. Tak mahu ditutup pintu sekali lagi malah cepat – cepat kakinya melangkah masuk walaupun belum dipelawa. Tersenyum lebar Kak Hasnah memandang gelagat anak muda itu. mata Is terarah pada Tuan Danial yang sibuk mengemas begnya di sofa. Tidak sedikit pun menoleh ke arah Is yang sedang merasakan dirinya itu sangat ayu walaupun cuma memakai baju t-shirt milik Tengku Hatta.
YOU ARE READING
Tuan Daniel
RomanceCinta yang diatur oleh keluarga tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali Bernama Daniel telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah.dan alangkah 'sengalnya'menjadi pembantu rumah yg serba tidak tahu membuat kerja rumah.Terjalinkah c...