bab 6

2.2K 59 2
                                    

TUAN Danial yang singgah sebentar di pejabat Is datang dengan membawa sekotak coklat perisa strawberry. Bukan main menyengih lagi Is. Diletak kotak coklat itu baik-baik di atas almari sudut. Kalau pekerja dia nampak, ada sahaja yang ringak mulut memintanya.

     “Minggu depan majis pertunangan” ujar Tuan Danial.  Matanya merenung sepasang mata Is yang kelihatan bersinar-sinar.

     “Wah, bertunang ke?” punggungnya mulai jauh daripada tempat duduk sebaik sahaja Is bangun dan merapati Tuan Danial yang sedang membaca buku yang baru diambilnya dari atas meja Is.

     "Bertunang?" sekali lagi Is menyoal. Bukannya apa, teruja benar rasanya.Tuan Danial hanya menumpukan perhatiannya pada buku yang dibacanya.
     "Kita? Bestnya! Seronok sangat" senyum Is
     "Jangan nak perasan. bukan kita tapi papa dan Kak Hasnah"
Is terperanjat tambah kecewa.
     "Habis, kita?"
     "Sepuluh tahun lagi agaknya. tunggu otak awak betul-betul centre dulu"
     "Ha?"
     "Jangan nak terperanjat sangatlah. baru sedar ke otak tu tak pernah centre" kerlingan Tuan Danial ibarat anak panah yang menembusi saluran nafas Is. Kejam betul Tuan Danial.

     “Dah tua pun kan? Tak payahlah bertunang, kahwin saja terus” usul Is. Tuan Danial senyum sinis dan kemudiannya berdiri. Butang kot hitamnya dikancing semula.

     “Sila akap benda yang sama depan Tuan Hashim ye, Tengku Ismahanim”

Terdiam Is saat itu.  Nak mati cakap macam tu depan Tuan Hashim? Elok-elok nak jadi menantu terus jadi menantu tak jadi.  Is hanya mengekori langkah Tuan Danial dengan ekor matanya. ‘Eleh, ingatkan nak aku dan dia bertunang. Buat buang rasa teruja aku saja tadi’ cebik Is duduk di kerusinya dengan wajah masam mencuka dan kemudiannya tersenyum pula. Gembira tak terkata apabila mengenangkan Kak Hasnah yang bakal menjadi ibu tiri Tuan Danial.  Senang nak kawtim!


TENGKU Khalil hanya mendengar celoteh anak daranya yang sudah hampir setengah jam berlalu. Nak gelak pun ada. Ada pula nak dimarahnya Tuan Danial sebab tak pinang dia. Tengku Khalil sendii geleng kepala. Takkan dia nak paksa Tuan Danial melamar anaknya? Tengku Hatta gelak panjang di sofa. ‘Kakak siapalah yang tak senonoh sangat ni’ macam tan nak mengaku kakak pun ada.

     “Alah, takkan papa nak paksa Tuan Danial tu pinang kamu, Is” akhirnya bersuara juga. Is melepok depan Tengku Khalil. Lutut Tengku Khalil disentuhnya. Mula buat drama.

     “Pa, jangan dengar drama swasta pa” kata Tengku Hatta awal-awal. Tahu sangat kakaknya yang suka berdrama.

     “Is dah 26. Dah tiba masanya untuk Is membina keluarga yang bahagia. Macam nil ah, kalau Tuan Danial tu berlagak sangat biar Is kahwin dengan Pakcik Usman jual air tebu tu saja” Is meletak kepalanya ke lutut papanya.

     “Khalil, aku tak kisah jadi menantu kamu” sahut Pak Usman dari depan pintu. Tengku Hatta gelak besar. Is menekup mulutnya dengan telapak tangan. Bila masa pulalah Pak Usman ni datang.

     “Masuk Bang Usman. Bawa kertas cadangannya?” soal tengku Khalil dan tersenyum sinis memandang langkah Is yang bukan main laju lagi.

     “Masuklah, Pak Usman... Abang iparku!” sengaja Tengku Hatta menguatkan suaranya. Is yang masih beum sampai ke tingkat atas turun semula dan sempat lagi menunjukkan buku limanya pada Tengku Hatta.

     Is duduk di atas katil dan fikirannya jauh melayang. Kalaulah Tuan Danial hanya mempermainkannya sahaja? Jika Nell tetap berada di hati Tuan Danial dan intanya masih belum kuat untuk mengikis rasa cinta yang entah atau tidak itu.

Tuan DanielWhere stories live. Discover now