MENGEMOP lantai memang memenatkan. Gunalah mop secanggih mana pun, pinggangnya pasti sakit. Tak tergamak mahu membiarkan Kak Hasnah terbongkok – bongkok mengemop lantai ruang tamu yang besar itu. Iyalah... besarnya mengalahkan rumah Is sendiri. Tekaknya sedikit dahaga dan batang mop terus disandarkan ke tepi peti ais. Mug milik Tuan Danial diambil dan diisi dengan air sejuk. Lega sungguh. Is memandang Kak Hasnah yang membulatkan matanya sambil memandang mug di tangan Is.
"Apanya yang bulat sangat mata Kak Hasnah tu?. Sejak Is ke sini dah dekat sepuluh kali Is nampak mata Kak Hasnah begitu. Jangan kak... nanti besar tak boleh tutup – tutup, tak ke haru biru nanti?" sengih Is. Kak Hasnah memuncungkan pula mulutnya. Is bantai gelak.
"Akak cuba tengok muka akak dekat cermin tu. Dahlah mata jadi bulat, mulut muncung pula macam tu, dah rupa minah gatal minta cium free je" mengekek Is ketawa. Mug yang masih di tangan disuakan ke mulutnya sekali lagi.
"Esok saya nak Kak Hasnah jangan hidang mug saya lagi. Nanti saya beli yang baru" suara yang tiba – tiba menerpa penjuru telinga Is membuatkan mug itu beralih tangan. Is melintasi Tuan Danial.
"Macamlah mug dia tu hebat sangat" sempat lagi dia bersungut dan belum pun sempat dia jauh, kakinya tersadung batang mop yang kebetulan jatuh melintang sebelum dia pergi. Mujur Tuan Danial sempat menarik leher bajunya daripada belakang. Is memegang lehernya yang hampir tercekik. Mulutnya sudah pun ternganga kerana menahan kesakitan akibat dijerut dengan leher bajunya sendiri.
"Tuan Danial cekik saya kenapa?"
"Ok... saya tolak awak semula"
"Ni dah macam mengambil kesempatan supaya pembunuhan ini nampak seperti pembunuhan tanpa niat. Tuan Danial terlepaslah kan?. Jangan ingat saya boleh diamkan kalau saya mati. Saya jadi hantu cekik Tuan Danial sampai kiok" terjegil biji matanya memandang wajah Tuan Danial.
"Orang lain mati nak masuk syurga. Awak mati nak jadi hantu?. Ha... baguslah kalau bahagia jadi ahli neraka sebab saya tak pernah dengar hantu masuk syurga. Jadi kalau awak mati tak payahlah susah – susah saya nak buat tahlil. Awak sendiri yang tak nak ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Awak nak jadi hantu!" sinis sekali kata – kata Tuan Danial hingga kepala yang tidak gatal pun Is garu.
"Danial... kenapa kata dekat Is begitu?" Tuan Hashim bersuara daripada belakang. Segera perbalahan tadi dihentikan. Tuan Danial keluar untuk terus ke pejabat. Tuan Hashim senyum lebar melihat Is yang sedikit keliru dengan kata – katanya sendiri tadi.
'Ish... tak mahu aku jadi hantu. Aku nak masuk syurga' dia menggeleng kepala dan masuk ke dalam biliknya. Tuan Hashim dan Kak Hasnah berpandangan sesama sendiri dan teersenyum malu. Ada garis ceria pada senyuman Tuan Hashim setiap kali memandang Kak Hasnah...senyuman penuh makna
KERETA yang baru sahaja dicuci di lap dengan kain bersih, getah paip yang panjang itu di campak ke tepi. Memang Tuan Danial gemar membelai keretanya. Rasa puas cuci sendiri tetapi kalau dia sibuk,dia akan menghantar keretanya ke car wash centre sahaja. Is yang sedang mengemas ruang tamu sekali sekala mengintai anak teruna Tuan Hashim itu di sebalik tingkap yang ditutupi langsir.
Kain lap di tangan Tuan Danial terjatuh dan dia membongkok untuk mengambilnya. Sebaik sahaja Tuan Danial melangkah, kakinya tersadung getah paip yang dicampaknya tadi. Tuan Danial jatuh dan nasib baik tangannya sempat menahan tubuhnya daripada jatuh tersembam.
Is terpaksa menahan tawa. Lelaki yang nampak hebat dan maskulin pun kalau jatuh tetap buruk rupanya!. Is berlari ke dapur apabila Tuan Danial mahu masuk ke dalam rumah. Tawanya meletus sebaik sahaja masuk ke dalam tandas. Padan muka kau, Tuan Danial!.
Tuan Danial masuk ke dalam rumah dan terus mengambil suratkhabar untuk dibacanya. Tuan Hashim sudah pun keluar pagi – pagi lagi. Is yang sedang menyusun pinggan untuk Tuan Danialnya makan tengahari mula bercerita dengan Kak Hasnah.
"Kak Hasnah tahu tak?" Is mula bercerita. Tuan Danial mula pasang telinga. Mata sahaja memandang suratkhabar tetapi dia lebih berminat mendengar cerita Is.
"Tak tahu" jawab Kak Hasnah dengan jujur.
"La... memanglah tak tahu sebab kalau akak tahu buat apa saya cerita?" Is geleng kepala
"Siapa suruh tanya?. Bila Kak Hasnah jawab kata macam tu pula. Kak Hasnah nak Danial halang dia daripada kacau akak ke?" Tuan Danial menyampuk. Suratkhabar di tangan masih diangkat dan dibaca.
"Kak Hasnah tahu tak... tadi Tuan Danial jatuh tersungkur terlanggar getah paip depan rumah. Punyalah kelakar muka dia. Donald duck pun tak mengaku sedara sedarah lah!" sengaja dikuatkan suaranya. Suratkhabar yang sedikit rendah itu ditinggikan dan hampir ke wajahnya. 'Kurang asam!. Nampak pula dia' geram Tuan Danial.
"Tak sangka pula awak selalu intai saya" balas Tuan Danial. Erk... Is masuk dalam jerat sendiri. Is yang tahu dia sedang direnung tajam oleh Tuan Danial membelakangkan Tuan Danial untuk mengemas meja makan.
"Saya tak kisah, tapi jangan sampai tergoda dengan saya sudahlah. Saya takut awak buat apa – apa kat saya nanti. Maklumlah, muka saya jadi Donald duck pun awak teliti ini kan pula benda lain" sengih Tuan Danial. Suratkhabar diletak ke sisi. Sengaja dia menyengetkan badan sambil merenung Is yang sudah pun memandangnya.
"Nampak garfu ni, cucuk kang!" garfu diangkat.
"Apa – apalah Is oi. Cuma nak ingatkan , tak baik intai anak teruna orang balik langsir macam tadi. Siap sengih – sengih. Suka ye tengok saya tertonggeng – tonggeng basuh kereta"
"Danial!!!!!!!!" jerit Is. Kali ini dia sudah mendapatkan Danial yang masih di sofa dan merenungnya.
"Malulah tu, itulah orang tak kenakan, nak mulakan dulu. sekarang siapa malu?. Saya nampak awak melalui cermin kereta saya tau. Senyuman... menakutkan!" Tuan Danial sengaja menambah perisa. Kak Hasnah gelak besar.
"Kak Hasnah tahu tak, tu belum dia menahan jerit sebab teruja tengok saya dengan kacaknya mengelap kereta. siap gigit dinding dengan cermin tingkap lagi!" makin berasap telinga Is mendengar fitnah terang – terangan itu. Is sudah tak tahu nak buat apa lantas dipandangnya garfu di tangan. Dicucuknya bahu Tuan Danial dengan garfu. Walaupun tak kuat mana namun masih terasa sakitnya.
"cucuk saya dengan garfu buat apa?" marah Tuan Danial.
"Diamlah..." Is masuk ke dalam dapur. Kak Hasnah sampai terhenjut – henjut bahunya ketawa. Tuan Danial nai ke biliknya untuk mandi sebelum makan tengahari. Dalam pada dia mahu ke tingkat atas pun sempat lagi dia menyanyi mengikut iramanya sendiri.
"Oh Danial... kamu seksi kamu menawan, Hati Is kini tertawan... aduhhhh... tak tahan lagi!!"
"Diamlah Donald Danial!!!!!". Tuan Danial ketawa besar. Lantaklah Is, nak menjerit ke histeria ke... janji aku menang.
YOU ARE READING
Tuan Daniel
RomanceCinta yang diatur oleh keluarga tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali Bernama Daniel telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah.dan alangkah 'sengalnya'menjadi pembantu rumah yg serba tidak tahu membuat kerja rumah.Terjalinkah c...