"Ana! Cepatlah sikit! Nanti Puan Suraya tahu kita masih ada kat luar dia belasah kita," Sofia menarik tangan rakannya itu. Kegelapan hampir menangkup cekerawala. Langit lazuardi telah digantikan dengan kanvas bercorakkan warna merah keemasan.
Gadis itu berlari sekuat hati. Mengerahkan segala sisa tenaga melangkah laju. Tangannya masih tidak lepas menggenggam tangan sahabat sepermainan nya itu.
"Sofi, Ana penat lah. Kita berhenti sekejap boleh. Lagipun ahli sihir tu bukannya ada kat rumah dah sekarang," Ana menarik tangannya dari genggaman sofiya. Dia berhenti seketika, mengambil nafas yang panjang.
Sofia turut pegun di tempatnya. Hatinya berdebar-debar. Andainya mereka tidak ralit bermain sebentar tadi, mungkin mereka tidak lambat pulang ke rumah. Berkemungkinan besar dia akan dihukum oleh ibu tirinya yang sememangnya benci akan dirinya.
Kanak-kanak yang berusia enam tahun itu akhirnya terduduk. Mengetahui apa yang akan terjadi kepadanya sebentar lagi, dia meraung. Meratap hiba kepada dirinya sendiri yang sentiasa menjadi mangsa kekejaman ibu tirinya itu.
"Jangan lah sedih Fia. Saya kan ada," Ana yang tadinya berdiri memeluk sahabatnya itu. Dia tahu segalanya tentang seorang Sofia. Tentang sakit perit yang dialami sahabatnya itu.
Sofia berhenti dari terus meraung. Dia memandang wajah temannya yang jelas terlakar riak simpati itu. Ana menyapu sisa air mata yang mengalir di pipi sofia dengan ibu jarinya. Senyuman terukir di bibirnya.
Sofia turut tersenyum walaupun dalam keadaan yang payah. Setelah kematian ayahnya, dia telah dibesarkan oleh ibu tirinya, Suraya selepas ibu kandungnya sendiri meninggalkan ayahnya dan berkahwin dengan lelaki lain. Wanita yang disangkanya dapat memberi kasih sayang seorang ibu kepadanya itu rupanya hanya dusta semata-mata. Selepas kematian ayahnya, wanita yang sebelum ini suci dan mulia pekertinya itu berubah personalitinya. Dia kerap sekali dipukul dan di lakukan seperti orang tiada hati dan perasaan. Makannya juga kadang-kadang langsung tidak diberikan.
"Sofia!"
"Sofia abang kau! Aku pergi dulu!" Ana bangun lalu berlari meningalkan temannya itu. Adam pula berlari menuju ke arah adik tirinya itu.
"Abang?"
"Cepat balik mama dah mengamuk!"
••••••
"Dasar anak sial. Menyusahkan aku je. Kau memang tak faham bahasa ke? Aku dah cakap kan dekat kau yang jangan balik lewat dari aku. Kau ingat rumah ni hotel ke apa," suara tempikan Suraya bergema sekitar rumah agam itu. Tubuh kecil yang mengongoi itu ditendang beberapa kali sambil diperhati tiga anaknya. Entah syaitan mana merasuknya. Ayfa dan Qayla, anak kembar tersenyum sinis memandang saudara tirinya itu. Mereka puas. Sofia memang dibenci oleh mereka walaupun Sofia itu anak kandung suami ibunya. Hanya Adam yang memandang penuh simpati. Hendak ditolong dia tidak mampu. Jauh sekali untuk menghalang. Bibirnya sendiri pecah ditampar ibunya suatu tika dahulu saat dia mencuba menjadi hero. Entahlah, kadang-kadang dia sendiri tertanya-tanya statusnya dalam keluarga itu. Layanan yang diberikan si kembar jauh lebih baik berbanding dirinya.
"Dasar anak haram. Dah la gila. Menyusahkan aku je. Jangan haraplah kau dapat makan malam ni. Kau tidur kat situ. Adam, Ayfa, Qayla. Masuk, biar budak sial ni tidur sini," Suraya menolak anak-anak nya ke dalam rumah. Pintu dihempas lalu dikunci dari dalàm.
Sofia bangun memeluk tubuh. Perutnya terasa sakit dan senak. Tambahan lagi keadaannya yang lapar tidak menjamah makanan sejak tadi. Caci maki yang dilemparkan langsung tidak menjejas emosi nya.
Hanya satu yang bermain di mindanya.
Sakit.
'Jasmine Sofia…'
Gadis itu menoleh ke belakang.
'Ikut aku…'
Dia ketakutan bercampur keliru. Namun, tangan yang dihulur disambut jua.
Wajah disebalik topeng hitam itu tersenyum sinis.
Adam Alfean yang melihat berubah kaku. Dulang berisi makanan yang dipegangnya terhempas. Sofia yang berubah secara drastik itu ditatap kosong.
Right now, I'm in a state of mind
I wanna be in like all the time
Ain't got no tears left to cry
So I'm pickin' it up, pickin' it up
I'm lovin', I'm livin', I'm pickin' it up
YOU ARE READING
Mr. Heartbreaker | sedang diedit
RomanceHaura Rihanna. Baginya mencederakan dirinya sendiri adalah satu-satunya cara dia mencicip rasa bahagia. Namun, pertemuannya bersama Izham Munif serta bonda lelaki itu, umi Khaleeja berjaya menariknya dari terus dibayangi masa silamnya yang kelam. M...