“Hana, try check balik semua barang tu. Takut nanti ada tertinggal, susah pulak. Passport, visa. Nanti tak pass imegresen menangis mengongoi kau," Izham Munif berkata. Lengan baju kemejanya dilipat hingga ke siku. Jel disapukan pada rambutnya sebelum digayakan secara messy. Cukup bergaya penampilannya petang itu. Kemeja biru navy dipadankan dengan jeans putih. Kaca mata rayban dipakai menambahkan lagi karisma.
Penampilan seorang public figure.
Hana sebaliknya hanya membatukan diri. Buku resepi di tangannya dibelek penuh minat. Helaian rambutnya yang terlepas dari tocangan di kepala diselitkan ke belakang telinga. Langsung tidak mempedulikan manusia yang masih membebel itu. Sesekali helaian naskah yang ditatap itu diganti.
Izham bercekak pinggang. Dia mendengus kegeraman. Sepupu merangkap adik angkatnya itu langsung tidak memberi sebarang respond terhadap dirinya. Diam tidak berkutik.
"Woi. Hang ingat aku bercakap dengan tiang!" Izham yang kegeraman membaling seekor beruang panda ke arah Hana yang berbaring silang kaki ala-ala bos besar. Perfect timing bagi seorang Izham Munif bila seekor anak patung panda dicapai oleh tangan panjangnya tika itu.
Dia masih diabaikan.
"Haura Rihannnnaa!"
Hana akhirnya mengangkat muka. Dia bangun dari berbaring dengan duduk. Ear phone terjatuh dari salah satu telinganya. Dengan muka tidak berdosa, dia memandang ke arah Izham yang jika boleh diukur tahap kegeramannya melalui termometer atau alat saintifik yang lain mungkin alat tersebut akan menemui ajalnya sendiri.
"Sorry..Izz panggil Hana ek."
Sememangnya, seorang Hana telah diculik deria pendengarannya dek kerana lalai dengan godaan dunia. Dan sememangnya lagi membuatkan Izham menepuk dahinya yang licin tanpa sebarang anasir liar yang mencacatkan kekacakkannya.
Diingatkan,. Izham Munif seorang public figure.
"Pergi check barang Hana. Nanti ada yang tertinggal. Kau tu bukan boleh percaya sangat. Tak pasal-pasal takleh sambung belajar. Takleh sambung belajar takpe, nanti kau kena cop pati pulak. Pastu kena hantar balik Malaysia naik kapal dengan mamat bangla ke yang pendatang haram mana-mana tu. Nak?" Izham melabuhkan punggung di sebelah Hana. Panggilan dari smartphone android nya disahut. Cuti-cuti Malaysia pun ada klien business jalan. Jangan ditanya buisness yang diusahakannya, Izham belum bersedia untuk berkongsi.
Hana memikirkan perihal apa yang diperkatakan abang angkat nya itu tadi. Tidak jadi sambung belajar ke perancis mungkin perkara yang sering diperkatakan dalam doa solat hajatnya setiap hari. Andainya dia meninggalkan visa mungkin hajatnya termakbul.
Namun sesekali tidak, berhimpit dengan manusia pelbagai bangsa mungkin dengan pelbagai bau exotic bukan sesuatu yang didambakan. Mungkin boleh jadi sesuatu yang ingin disimpangkan dari melalui jalan hidupnya selagi bergelar manusia yang masih waras.
Mungkin juga dirinya sendiri mengangkat bendera putih menjadi tahanan pendatang asing tanpa izin tanpa paksa rela andai yang menjadi tahanan ahli kumpulan penyanyi korea selatan kegemarannya yang berwajah plastik campur daging itu.
•••••
"Adik, ingat pesan umi. Jaga solat. Solat tu penting dimana pun kita berada. Jaga maruah, jaga diri, adik kena ingat tu perempuan. Elok-elok sikit kat negara orang tu. Simpan hati, adik pergi sana untuk berjihad. Niat dalam hati nak menuntut ilmu fisabilillah," umi Khaleeja mengenggam jemari Rihanna. Ketika itu, Honda Accord yang dipandu Izham sedang membelah lebuhraya menuju ke lapangan terbang antarabangsa di sepang dengan kelajun 80 km/j. Mereka tidak perlu bergelut dengan masa. Masa masih belum mencemburui mereka.
YOU ARE READING
Mr. Heartbreaker | sedang diedit
RomansaHaura Rihanna. Baginya mencederakan dirinya sendiri adalah satu-satunya cara dia mencicip rasa bahagia. Namun, pertemuannya bersama Izham Munif serta bonda lelaki itu, umi Khaleeja berjaya menariknya dari terus dibayangi masa silamnya yang kelam. M...