"Heh banyak siall homework kena buat. Susah betul nak tengok aku hidup senang" rungut Rexo bersendirian. Dia pulak yang memang dari lahir asli pemalasnya.
"Kau kalau dah spesies pemalas tu, homework dua soalan pun kau kata banyak." Tiba tiba Jeon Jungkook muncul dari belakang.
"pahal ko tiba tiba kat sini?"
"Kenapa? Tak boleh?"
Macam ni lah dua beradik ni. Gaduh sebab benda kecik je. 😑
"Hanat hanat sekalian, mohon senyap. Eomma nak layan Descendants of the Sun ni. Nak tengok Joong ki oppa. Uwuuu"
"Kook, aku rasa kau kena cari laki lah kat eomma. Macam dah gila sangat je kat Joong kaki tu." bisik Rexo tapi macam nak cerita kat satu kampung.
"Woi eomma dengar la ko ngumpat apa! Biarlah aku hidup single macamni. Takde siapa ganggu."
"Ye takde siapa ganggu tapi kitorang ni terganggu bila eomma tengok kdrama yang ada oppa handsome handsome." balas Jungkook.
Mana taknya, asal ada pelakon yang handsome sikit je, datanglah sawan tak tentu arah dia tu.
"Apa kata eomma dengan Pakcik Babu yang bukak kedai runcit kat Daegu tu. Dia kan ex jiran kita. Eomma still contact dengan dia. So its not a problem" kata Rexo sambil mengenyitkan matanya.
"Eeee taknak aku duda tua tu. Biar eomma kawin dengan Joong Ki la. Baru sweet." Eomma nya dah macam orang tak betul kat atas sofa bila sebut nama Joong Ki. Tah apa-apa si Joong Ki tu baca sebelum drama ni dikeluarkan.
Jungkook dan Rexona dah bertahun kena macamni. Asal drama baru keluar je mesti eomma dia cari hero nya dulu. Kalau handsome, mula lah keluar perangai kurang normal tu. Nak buat macammana, hampir 14 tahun eommanya hidup menyingle.
Flashback
Kedengaran bunyi seorang bayi perempuan menangis di dalam wad bersalin.
"Encik Jeon, boleh masuk ke dalam wad. Isteri encik dah selamat melahirkan anak encik. Tahniah." Terukir senyuman di bibir Tuan Jeon apabila mendengar berita itu. Tuan Jeon tidak bersama isterinya di dalam wad bersalin atas beberapa faktor tertentu. Dengan terujanya Tuan Jeon berlari masuk ke dalam wad, dahlah cleaner baru mop. Nasib baik tak jatuh.
Namun senyuman Tuan Jeon mati apabila melihat anaknya.
"Encik, err... ada apa apa masalah ke?" soal seorang jururawat disitu.
"APA NI! NI BUKAN ANAK AKU. KENAPA BURUK SANGAT! TAK PERNAH AKU JUMPA BAYI SEHODOH NI. AKU TAK TERIMA DIA ANAK AKU!" jerit Tuan Jeon di dalam wad itu bagaikan orang hilang akal.
Seorang jururawat menenangkan beliau. Haih wad bersalin pun tak reti nak kawal, diam boleh tak.
"Abang....." Tak dapat nak digambarkan perasaan Jeon Deodor apabila suaminya menghina anak sendiri.
"Ni anak kita bang.. Dia comel je ni. Kenapa abang jadi macamni?"
"Tak, ni bukan anak aku. Aku tak ada anak sehodoh ni. Dia bukan anak aku. Deodor! Baik kau mengaku, ni anak siapa?" marah Tuan Jeon.
"Erm izinkan saya bertanya, otak Tuan Jeon ada masalah atau masa kecik hilang ke...? Kenapa cakap macam takda otak ni?" soal Doktor Seokjin. Dia menekan nekan kepala Tuan Jeon dan berkata "Keras lagi. Confirm ada otak ni."
Nurse EunHo memandang Doktor Seokjin dengan pandangan ngko-dah-kenapa-.
"Saya mintak encik keluar dulu ya, isteri tuan akan mengalami tekanan atau stres jika tuan terus meninggikan suara begini." arah Doktor Seokjin.
Perasaan Puan Jeon Deodor tak usah cakaplah, memang sedih yang amat. Suami herdik anak sendiri? Tak ke sakit tu.
"Puan okay?" Soalan doktor ni buat aku rasa nak cepuk cepuk je muka kauu. Memang tak ok lah.
Puan Jeon hanya terdiam. Tak mampu dia nak kata apa apa.
Seminggu kemudian,
"Jeon Deodor. Mulai hari ni, kau dengan aku dah tak ada apa apa. Esok kita pergi mahkamah, kita cerai."
Hanya sebab rupa anaknya yang kurang cantik dimatanya, dia ingin bercerai. Lelaki jenis apa tu?
Jeon Deodor tidak menjawab apa apa. Nanti lagi teruk dia kena. Dia lagi rela bercerai daripada hidup dengan lelaki macam tu.
End Flashback
Kisah itu Jeon Rexona telahpun diketahui oleh Rexo sejak kecil. Rexo tidak kisah langsung. Malah tidak mahu berjumpa dengan ayahnya yang bodoh itu.
Ada sekali tu, Tuan Jeon datang rumah melutut sebab menyesal. Ah kau, mentang mentang sekarang Rexo dah jadi model terkemuka, baru mengaku anak. Masa kecik biasalah tu, besar besar lain jugak mukanya nanti.
Tbc....
Siapa yang jumpa ff ni muhun ler promote promote kat acc korang. Macam sendu sangat dah ni 🦁
Jangan lupa vote and comment ❤️
