... Intro ...

798 70 12
                                    

Sebelum kejadian...

" Oh oh uwo, oh oh uwo uwo, oh oh uwo " aku menyanyi dengan riang ketika sedang menuruni tangga.

Aku berjalan menuju ke dapur. Langkah aku terhenti di hadapan sebuah cermin yang elok melekat pada dinding. Aku menghadap cermin tersebut.

" Wahai cermin, siapakah yang paling kacak di dunia ini? " tanya aku ada cermin tersebut. Aku mula tergelak sendiri.

" Mestilah aku kan, apalah. Lagi mahu tanyaaaa " jawab aku sendiri sambil terkekeh-kekeh di hadapan cermin.

Aku menyambung perjalanan aku ke dapur yang tergendala sebentar tadi. Itulah aku, pantang nampak cermin je, berhenti.

" Hyung ni makin lama makin pelik lah. Suka sangat puji diri sendiri, obses. " katanya Jungkook yang sedang menghirup kopi di dapur.

" Eh, kook. Sejak bila kau ada dekat situ? " aku terkejut melihat Jungkook yang duduk di meja makan. Jungkook sambung lagi menghirup kopi yabg terhidang di hadapannya.

" Dari tadi lagi,hyung. Masa hyung sibuk berlagak macam mak si Cinderella tu. " jawab Jungkook dengan tergelak kecil.

Aku mengusap belakang leher aku. Malu ah pulak. Eh sejak bila reti malu ni,Seokjin?

" Ah dah,suka hati hyung lah. Muka hyung. " jawab aku selamba. Pintu peti sejuk aku buka, gigih mata aku melilau mencari susu kotak kegemaran aku.

" Yelah,hyung . Nanti paras rupa hyung yang kononnya menawan tu tiba-tiba berubah jadi buruk, tahu lah hyung. Masa tu jangan cari Kook. Kook tak nak kawan dengan hyung lepastu. " bebel Jungkook sambil tergelak kecil lagi.

Jungkook membawa mug yang telah licin ke sinki lalu dibasuhnya. Langkah laju saja melepasi diri aku.

Sempat pula dia berbisik pada aku.

" Ingat,hyung. Jangan megah, nanti nikmat tu kena tarik. Padan muka. Hahahaha" kata Jungkook lagi sebelum dia berlalu meninggalkan aku.

Aku tersentak.

Tapi apakan daya, hati aku berdegil.

" Huh, aku tahu lah jaga diri. Muka aku semua ni pakai skincare. Pandai pandai lah aku. Ey budak Jengguk ni. " bebel aku sendirian.

--

[ Nak saya sambung? ]

[ ✔ ] ᴏʙꜱᴇꜱ [ ᴋɪᴍ ꜱᴇᴏᴋᴊɪɴ ]Where stories live. Discover now