8

2.3K 96 21
                                    

Alex P. O. V

Aku berjalan perlahan kearah pintu rumah. Peluh yang masih mengalir turun dari dahi aku lap menggunakan tuala kecil yang aku sedia bawa. Rambut dah serabai sebab Peluh Dan jogging tadi. Rutin bila aku tiada kelas pagi.

Kunci aku masukkan pada tombol pintu, lalu tombol pintu aku pulas. Semerbak satu bau menerpa keluar dari dalam. Cepat-cepat aku menutup hidung.

"Erk, bau apa ni? Macam bau benda hangus." Aku melangkah masuk usai menanggalkan kasut sukan. Pintu rumah aku tutup semula.

"Aku ada masak apa-apa ke tadi?" Aku cuba berfikir.

Perlahan-lahan aku melangkah kearah dapur. Kelihatan seseorang sedang menyembamkan muka pada permukaan meja makan. Dihadapannya, terdapat pinggan berisi entah apa... Sebab... Semuanya dah hitam.

Bunyi esakan mematikan lamunan aku.

"Tina? Kenapa ni?" Aku bertanya perlahan. Mendekati tubuh itu lebih dekat. Serta merta dia mendongak. Kelihatan airmata mengalir keluar.

"Alex...saya...saya...nak buatkan sarapan...tapi... Huwaaaa!!!" Dia kembali menekup muka.

Aku menggaru belakang kepala. Aku memandang kearah meja dapur. Kelihatan kulit telur merata. Plastik bungkusan sosej kelihatan terbuka diatas meja dapur. Kuali hitam.

Aku tergelak. Alahai, nak memasak rupanya...

Aku memandang semula pada pinggan tersebut. Hmm... Telur dan sosej yang dah hangus.

"Hei, jangan lah nangis. Biasalah tu. Benda baru, mesti ada salah. Takpe, nanti saya ajar awak masak. Okay?" Aku menyentuh bahu Tina, cuba untuk memujuk. Dia mengangkat kepala.

" Tapi, saya dah guna semua telur dalam peti sejuk tu. Nak makan apa?" Tina merengek.

Aku tersengih. Manjanya...

"Nanti saya buatkan. Dah jangan nangis. Awak kemas dulu dapur ni, saya nak pegi mandi. Siap mandi nanti, saya buatkan sarapan. Dah, jangan nangis lagi... Okay?" Aku mengusap ubun-ubun Tina. Memujuk.

"Saya masuk mandi dulu. Kejap ye." Ucap aku dan berlalu keluar dari dapur. Tina masih duduk diatas kerusi.

*****

Christina P. O. V

Aku memandang penuh minat kecekapan Alex memasak dari tepi. Laju sahaja tangannya memasukkan bahan-bahan ke dalam kuali untuk memasak nasi goreng.

" Awak takde kelas ke pagi ni?" Alex tiba-tiba bersuara.

"Hmm...Takde."

"Memang takde, atau lecturer cancel kelas?" Tanya Alex lagi.

"Memang takde. Hmm... Sebenarnya, hari isnin memang saya takde kelas." Balas aku, masih memandang pergerakan tangan Alex.

"Owh, samalah. Saya pula memang sengaja tak nak kelas isnin. Tak nak Monday blues. Sengaja pilih kelas bukan hari isnin." Dia bercerita teruja. Aku tersenyum mendengar.

"Hmm... Alex. Bilik yang satu lagi tu, bilik siapa?"

"Hah, takde bilik siapa-siapa pun. Tu bilik kerja saya." Alex membalas ringkas.

"Eh, tengah study pun dah siap ada bilik kerja." Soal aku pelik.

Alex gelak.

"Tu kerja lain. Bukan kerja2 masa study."

"Kerja apa?" Tanya aku, ingin tahu.

Alex terdiam. Perlahan-lahan dia berpusing kearah aku. Dengan satu senyuman... Senyuman yang... Creepy!

Aku tertelan liur. Erk!

"Awak...betul-betul... nak tau?" Soal dia sepatah-sepatah. Api dapur dimatikan, kemudian dia mula melangkah satu persatu Mendekati aku.

Aku ikut terundur kebelakang. Apasal Alex nampak creepy sangat?

"Awak... tak... menyesal?" Senyuman Alex makin melebar. Matanya juga nampak bercahaya.

Belakang badan aku melanggar sesuatu. Pintu peti sejuk! Langkah aku terhenti

Ah, sudah!

"A... Alex!" Sebut aku perlahan. Gagap.

"Ye sayang!" Alex mendekati lebih dekat. Senyuman Alex sumpah seram.

"Awak... Awak nak buat apa ni?" soal aku masih gagap. Hujung baju aku, aku genggam.

"Saya... nak..." Alex berbisik ditelinga aku. Menutup mata erat. Terasa meremang bulu roma aku mendengar bisikan Alex.

"Saya nak ambil ni." Jawab Alex. Kembali normal. Aku membuka mata, terpinga-pinga sebentar. Perlahan-lahan mata aku beralih kearah sesuatu yang dipegang Alex.

Balang berisi uncang teh!

Alex gelak besar.

"Comel lah muka awak tadi." Ujar Alex kemudian melangkah menjauhi aku. Aku masih terkaku dihadapan peti sejuk.

Aku... Aku rasa... nak nangis!

Tiba-tiba sahaja airmata aku mengalir laju.

"Awak ingat... saya ni apa?" Ucap aku mengongoi. Teresak-esak menyapu airmata yang mengalir di pipi.

Alex menghadap aku semula. Nampak wajahnya terkejut.

"Saya tak suka awak buat macam tu." Marah aku dalam tangisan.

Dahi Alex berkerut. Terus sahaja dia mendekati dan...

Memeluk tubuh aku erat. Giliran aku pula terdiam.

"Hei, I'm sorry." Bisik Alex perlahan. Terasa belakang kepala aku digosok lembut.

"Saya minta maaf, saya takde niat nak buat awak menangis." Bisik Alex lagi. Masih Memeluk aku.

Aku pula... Terkaku!

"I'm sorry, Rose. I'm so sorry." Alex memujuk lagi.

Aku... aku suka perasaan ni...

Aku rasa kehangatan!

Aku rasa ketulusan!

Aku rasa selamat!

Sama macam Alex aku...

Ahoi...sorry lmbt update... Hahahaha... Vote n komen

Love u gaisss

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now