14

232 13 0
                                    

"Ee.. Engkau ttt.. tak tipu aa..aku kan?" tanya Bad tergagap-gagap.

Maisarah menggeleng tanda dia berkata benar. Bad meraup wajahnya berkali-kali. Dia seolah-olah tidak dapat menghadam kata-kata yang keluar daripada mulut Maisarah sebentar tadi. Sangat berat. Tetapi dia perlu terima hakikat yang si dia sudah berpunya.

"Kau okay?" tanya Maisarah. Risau melihat keadaan Bad yang masih terkejut mengetahui perkara sebenar.

"Walaupun aku tak kenal siapa Adam, tapi aku rasa, aku kenal dia siapa. Aku pernah nampak dorang berdua tapi aku baik sangat. Aku fikir positif." balas Adam kecewa.

"Kau sabar eh? Hari tak selalu indah." kata Maisarah memberi semangat.

"Kenapa dia buat aku macam ni?! Kenapa dia tak terus terang je?!" bentak Bad tiba-tiba kemudian mehentak meja sebagai tanda melepaskan geram.

"Wehh relax la" kata Maisarah semakin risau dengan tindakan Bad itu. Maisarah tidak sudah-sudah melihat kiri kanan untuk memastikan supaya tiada siapa terkesan dengan tindak-tinduk mereka.

"Kau tahu kenapa aku ajak jumpa kau dekat library? Padahal boleh je jumpa dekat taman ke kafe ke." tanya Maisarah pula.

Bad hanya menggeleng. Wajahnya masih tertunduk kerana kusut dengan situasi yang dihadapinya sekarang.

"Sebab aku harap dengan gunakan library ni, aku dapat kawal pergerakan kau. Dapat kawal reaksi kau. Aku tahu, lelaki tak suka kena tipu. Aku dapat agak kau akan marah macam ni. Jadi, tolong kawal sikit perasaan kau sekarang. Aku taknak lah kita kena halau keluar. Sabar eh Bad?" Maisarah cuba menenangkan Bad yang Maisarah sendiri tidak dapat jangka apa yang bermain di fikirannya sekarang. Yang pasti, sesuatu yang negatif. Kalau tak dikawal, mungkin akan membawa bahaya.

"Okay" balas Bad pendek. Tiada kata-kata yang boleh dia ungkapkan sekarang.

Dan Maisarah faham. Maisarah juga tidak memaksa. Mungkin mereka boleh berjumpa lagi semasa Bad sudah tenang.

"Aku balik dulu Mai. Eh i mean Maisarah. Bye" kata Bad sambil mengemaskan barang-barangnya.

"Jom aku teman." balas Maisarah bermurah hati.

"Eh takpe. Aku okay je" Bad menolak.

"Biar aku teman!" balas Maisarah sambil menjegilkan matanya sedikit.

'Degil pula Bad ni!'

"Okay okay" jawab Bad pasrah. Malas mahu bergaduh pada waktu sebegini.

"Alright" kata Maisarah sambil tersenyum apabila Bad mendengar kata juga akhirnya.

Mereka kemudian berjalan ke luar beriringan tetapi tiada sepatah perkataan pun yang muncul daripada mulut mereka. Seorang melayan perasaan, yang seorang lagi faham dengan keadaan tegang ketika itu.

"Terima kasih Maisarah" ucap Bad di luar pintu masuk library.

"Its okay, panggil Mai je okay. Hati-hati Bad. Apa-apa kita jumpa lagi okay?" balas Maisarah sambil tersenyum.

Mereka berpisah pergi ke haluan masing-masing selepas itu. Maisarah memandang semula ke arah Bad bagi memastikan dia masih okay. Risau juga kalau dia bertindak luar kawalan.

-

"Sayang.. Jom movie date? Ada cerita best baru keluar." ajak Sumayyah sejurus selepas Adam menjawab panggilan telefonnya.

"Bagi i satu jam boleh? Ada kerja sikit nak siapkan" balas Adam pula.

"Alaaaa lamanyaaa" Sumayyah mula merengek minta perhatian.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now