3

386 18 0
                                    

"May! Lelaki belakang kau tu. Mungkin jodoh kau tu May.." kata Maisarah sambil senyum tersipu-sipu.

"Apa benda lagi kau merepek ni. Tadi kata nak makan, ni aku dah teman, makan jelah cepat. Aku ada banyak kerja lagi tak nak siapkan." bebel Sumayyah tanpa ambil serius apa yang rakannya perkatakan tadi.

"Serius May kau kena tengok. Pehhh gaya lelaki idaman malaya siot" sambung Maisarah lagi dengan lagak muka yang menunjukkan dia melting dengan kekacakkan lelaki tersebut.

Namun, Sumayyah biarkan sahaja Maisarah melayan perasaan sendunya itu. Malas nak layan!

Sumayyah termenung sendiri sambil tangannya ligat mengacau air minumannya itu menggunakan penyedut minuman. Lama dia berkelakuan sebegitu seolah-olah dia sedang terbang ke suatu tempat indah yang misteri tetapi badannya tetap di sini.

Maisarah yang perasan akan kesunyian dan keheningan tubuh badan di hadapannya itu terus membuka mulut bertanya soalan yang sudah beratus-ratus kali ditujukan. "May, kau okay tak ni?"

Diam.

"Nur Sumayyah? Okay ke tak ni???"

Diam lagi.

"Okay! Pleaseee kali ni jeeee.. Ikut cadangan aku? Kali ni je aku janji!" rayu Maisarah yang sudah habis menjamu selera besarnya itu.

"Kau nak apa pulak kali ni? Jangan mengarut lagi boleh tak?!" jawab Sumayyah tanda protes sambil menyedut kembali air minumannya yang hampir hilang serinya kerana asyik dia dikacau sedari tadi.

"Aku risau kat kau je. Niat aku nk tolong." balas Maisarah ikhlas.

"Haritu kau bawa aku pergi jumpa kaunselor la apa la. Tapi tup tup sesi kaunseling tu boleh buat apa je? Tak membantu apa-apa pun" bebel Sumayyah lagi.

"Engkau yang taknak story betul-betul dengan kaunselor tu. Macam mana dia nak tolong?" jawab Maisarah menegakkan keadilan.

"Helloooo.. Kalau benda privasi, takkan aku nak cerita. Kena lah tapis-tapis sikit. Memang la dia ada kata yang rahsia aku selamat bawah akta apa benda entah, tapi manusia ni kita jangan percaya sangat Mai. Nanti termakan diri sendiri." giliran Sumayyah pula yang cuba meng-kaunselingkan si Maisarah.

"Okay fine! Tapi dengarlah dulu apa aku nak kata ni. Okay apa kata kau..."

Maisarah memulakan sesi pujuk-memujuk dengan menggunakan kemahiran dan bakat ayat-ayat manis darinya yang sudah diuji keberhasilannya sejak dari dulu lagi. Perihal ayat-mengayat ini memang perlu diserah sahaja kepada Maisarah, pasti cair lentok punya Sumayyah tu.

Jari-jemari gebu Maisarah mula berlari-lari manja menyentuh bahu montok milik Sumayyah. Teknik belaian manja sebegitu sememangnya berjaya untuk menenangkan hati seseorang dan pastinya apa yang kita hajati mudah sahaja diterima oleh orang tersebut. Dengan izin Tuhan.

"Hmm aku rasa lepas apa yang engkau hadapi ni, mesti kau tertekan. Mesti kau sunyi. Tapi selama ni kau pendam sorang, sebab kau tak suka susahkan orang. Kau ingat kau kuat." kata Maisarah lagi.

"Tapi, aku rasa, apa kata.. kauu.. cari boyfriend?" cadang Maisarah tiba-tiba.

"GILA!" balas Sumayyah sepatah. Terkejut dengan idea mengarut Maisarah itu. Tak membawa penyelesaian langsung.

"Betul Sumayyah!! Aku rasa itu je last option untuk kau move on and move forward dalam hidup kau ni. Okay jom kita bayangkan sama-sama. If kau ada boyfriend, dia boleh bawa kau jalan-jalan petang-petang, pergi date, tengok wayang, makan malam. Wahhhh bahagianyaaaaa.. Then dengan cara tu, kau mesti tak akan ada masa nak terkenang balik dengan kenangan lama kau tu. Yang lepas tu biarlah lepas Sumayyah. Kau kena kuat. Jangan sebab benda tu diri kau terabai. Makan tak jaga. Asyik terperap dalam bilik je. Nasib baiklah kau masih waras untuk pergi kuliah tu semua. Kalau tak mungkin seharian kau jadi bangkai dalam bilik"

"Haipppppp!!" marah Sumayyah sambil menendang kaki rakannya di bawah meja kerana geram. Mahu sahaja dia mencubit menepuk tampar rakannya itu, nasib sahajalah kedudukan mereka tidak membolehkan dia berbuat demikian. Kalau tidak, mungkin sudah teruk Maisarah dia kerjakan.

"Aku tak seteruk tu okay!" jelas Sumayyah lagi.

"Iyelah.. Aku gurau. Itu semua kemungkinan bukan? Hehe janganlah marah" pujuk Maisarah apabila melihat reaksi Sumayyah yang tak puas hati. Sengaja dirinya berkata begitu supaya Sumayyah memberi respon. Kalau tidak, kata-katanya itu hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahajalah.

"Dah jom lah balik" kata Sumayyah lantas terus bangun menuju ke arah tangga untuk naik ke rumahnya tanpa menunggu Maisarah. Makanan dan minuman yang dipesan sudah lama mereka bayar semasa awal tadi.

"Soooooo... Jom lah cari boyfriend! Lupakan je kenangan lama tu. Ex kau memang tak guna! Dia tak patut buat kau macam ni tau!! Ishhhh" marah Maisarah sendiri.

"Ishhh kau ni.." balas Sumayyah sambil menepuk kuat lengan Maisarah yang berada di sisinya itu.

"Apa pulak pukul-pukul aku ni. Takkan dah macam ni pun kau masih back up ex kau." dengus Maisarah.

"Kau yakin je kan aku ada ex?" balas Sumayyah.

"Eleh kau.. Dah pernah bercinta pastu tak nak mengaku pulakkk" ejek Maisarah dari jauh kerana tidak mahu menjadi mangsa lagi.

"Kau ni kannn! Aku gerammmmm je daripada tadi tauuuuu!" jerit Sumayyah sambil mengejar Maisarah sehingga ke pintu rumah Sumayyah. Memang mereka berjanji untuk study bersama harini, jadi Mai akan tidur sahaja di rumah Sumayyah.

Maisarah memecut lari ke dalam rumah kemudian mengunci pintu utama dari arah dalam.

"Maiiiii bukak pintu Maiiii!" jerit Sumayyah dari luar.

Tiada balasan.

"Maiii secepatlah bukak pintu! Kalau tak bukak, aku halau kau keluar nanti!" jerit Sumayyah lagi mencuba nasib.

Masih tiada balasan.

'Ohhh budak ni main psiko ngan aku sebelum ni. Meh aku psiko dia jap'

"Mai sayanggg.. Cepatlah, aku malas dah nak main kejar-kejar ni. Aku nak pergi toilet ni. Tak tahan dah" kata Sumayyah lagi dengan nada lembut.

Tiada juga balasan.

"Maii tolonglahhh.. Okay-okay aku ikut cakap kau pergi cari boyfriend" sambung Sumayyah lagi dengan nada mengalah.

"Seriussssss?!!" tanya Maisarah yang tersembul wajahnya di hadapan pintu.

"Eiii kau nak sangat kan main-main ngan aku kannnn" kata Sumayyah yang dah bersedia mahu terkam Maisarah.

Tetapi tiba-tiba telefon berdering.

"Kau tunggu jap lagi.." kata Sumayyah lagi kepada Maisarah, tanda pertarungan mereka masih belum selesai.

Maisarah yang tak keruan terus lari mengunci diri dalam bilik Sumayyah.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now