24

308 13 1
                                    

"Sayang, Ummi you tunggu dekat mana ni? I dah kata dah tak nak menyusahkan family you. I boleh balik naik grab je." kata Sumayyah serba salah kerana terpaksa meminta tolong keluarga Adam kerana ibu Sumayyah ada urgent meeting.

"Takpa lah B.. Family i okay je. Nanti kita akan tumpang kakak i okay." balas Adam kemudian mengenyitkan mata.

"Kak Ayu?" tanya Sumayyah.

"Iye lah, siapa lagi. Dia je yang dekat." balas Adam pula.

"Alaaa dia tu something laa.. Selalu je ada benda tak kena." adu Sumayyah.

"B.. Nanti you dah jumpa dia, baru you tahu macam mana kot. Dia okay, serious. Nanti perlahan-lahan you selesakan okay?" Adam meyakinkan Sumayyah.

"Hmmm.. so your mom and dad?" soal Sumayyah lagi.

"They might be there insyaAllah. Tapi not sure. Lately ni my dad selalu ada urgent call kena visit site semua. Kita tengoklah macam mana nanti." jelas Adam pula.

"Okay.. Hmm lama betul lah nak tunggu transit flight ni." rengek Sumayyah.

"Sabar lah sikit okay? Selalu okay je. Kenapa hari ni macam ni pula.." pujuk Adam sambil menggeleng kepala melihat perangai Sumayyah yang manja itu.

"Hmmm i rindu sangat kot dengan family. Rasa tak sabar sangat nak balik walaupun i tak suka naik flight." Sumayyah berterus terang.

"Jap eh.. Kejap je lagi ni nak boarding. Ke you lapar?" soal Adam.

"Tak tak.. I belum rasa lapar lagi. Kenyang lagi makan sandwich atas flight tadi. Its okay sayang, jangan risau." Sumayyah membalas.

"Okay" pendek sahaja Adam membalas. Dia juga sudah penat sangat sebenarnya. Jet lag.

Beberapa minit kemudian, mereka sudah bersiap sedia untuk berlepas. Mujur sahaja ke semua beg dan barang-barang lain semua disimpan di ruang khas yang ditempah, jadi mereka tidak perlulah bersusah payah mengangkut beg ke dalam pesawat.

Tepat jam 3:54 petang, pesawat mereka mendarat di KLIA. Selepas mengambil ke semua beg dan barang-barang berkaitan, mereka melepasi imigresen dan keluar secara selamat. Adam segera menelefon kakaknya itu supaya mereka tidak perlu menunggu lebih lama lagi.

"Kau dekat mana?" tanya Adam.

"Aku dah sampai dah. Dalam starbuck. Kau datang la."

"Okay kami gerak sekarang." Adam membalas.

Sumayyah dan Adam jalan beriringan ke arah deretan restoran di situ sehingga tiba di hadapan muka pintu Starbuck yang diperkatakan itu.

Sumayyah memandang ke dalam restoran. Mencuba mencari gerangan individu yang mungkin turut tercari-cari keberadaan mereka.

Tap!

Satu wajah dipandang. Muka Sumayyah secara automatik teralih dengan sendirinya.

"Oh shit! Kenapa dia ada dekat sini..." Sumayyah merungut sendirian.

Dia ternampak cikgu Ayuni a.k.a cikgu kekwat a.k.a CK a.k.a my one and only heart shooter. Orang yang paling dia nak jauhkan diri dulu.

Jantungnya mula berdegup kencang semula.

'Omg you looks cute sangat la! Lama kita tak jumpa kan?'

'Nak pandang ke tak eh? Nak tegur ke tak eh? Dia kan cikgu, macam rude pulak kalau tak tegur'

'Tapii.. Aduhh malunyaaa'

"Kenapa B?" soal Adam kerana terdengar sedikit rungutan Sumayyah itu.

KALAU DAH JODOH (complete)Where stories live. Discover now