Kuang ajok!!! Berani-berani si mamat pembunuh bersiri ini panggil dia BEBAL?!sekali lagi, hati kembali panas. Dek dikuasai oleh kemarahan, serta-merta perasaan kecut perut lagi takut hilang entah ke mana.
hidung mancung Yeera sudah kembang kempis menahan marah.
Ekspresi 'aku-memang-nak-belasah-kau' jelas terpapar di wajah putih bersih milik Yeera membuatkan Taehyung rasa terhibur.
'Such interesting girl she is'
Namun riak wajah tetap dikekalkan tanpa emosi walaupun Taehyung mahu menghamburkan ketawa dia cuba untuk bertahan.
Taehyung hendak melihat sejauh mana 'keberanian' Cik President yang sangat ditakuti oleh rata-rata pelajar di sekolah mereka itu.
Mata milik Taehyung dicerlung tajam menikam wajah Yeera.
Kaki tetap melangkah merapati jarak antara dirinya dengan Yeera.
'Alamak. Dia betul-betul nak bunuh aku ke? '
Air liur ditenguk perlahan. Kemarahan yang menjulang-julang naik melangit sudah terpandam tatkala melihat pembunuh hati wanita itu merapati Yeera.
Apa salah dia? Entah kenapa Yeera rasa seram sejuk bila Si Taehyung ni makin mendekati dirinya.
Tak pernah-pernah dia rasa sebegitu nak terkencing bila berhadapan dengan makhluk yang bernama lelaki.
Kedua-dua belah Kaki Yeera terasa dipaku. Sungguh dia tak mampu nak menggerakkan badannya.
Agaknya di dah kena sihir oleh Taehyung ni ke?
Pasrah dengan nasib dirinya yang terasa teramat malang pada hari ini sebab bertembung dengan si Taehyung, dia hanya memejamkan matanya menanti Si Taehyung sendiri datang dekat dengannya.
YOU ARE READING
[OG] Miss President is My Maid || KTH
Fanfiction| A Malay ff| | featuring Kim Taehyung| 〖️Inspired by Kaichou Wa Maid Sama〗️ Bukan kemahuan jauh sekali kehendak Yeera untuk menjadi maid kepada Kim Taehyung, Mr. Heartthrob Hwarang High School. Kalau lah dia boleh putarkan kembali masa lalu, sudah...