1.3 Han Jungyi

19 2 0
                                    

3 tahun lebih kemudian....

"Perempuan tu dah balik? Ah...baguslah..."

Si Yan Yi yang kini sudah menjadi A-actress dalam dunia hiburan tersenyum sinis bila mendapat berita yang kakak tirinya sudah kembali dari melanjutkan pelajaran diluar negara.

Selama 3 tahun pemergian Si Yin Ra ke luar negara perjalanan keriernya berjalan lancar. Ditambah lagi dengan pertolongan Qi Yanting iaitu tunang kakak tirinya itu.

Dia tidak sabar menunggu reaksi Si Yin Ra bila mendapat tahu lelaki yang dicintainya dan merupakan tunangnya kini mempunyai hubungan dengannya.

Sudah lama dia mahu membalas dendam pada keluarga Si namun terhalang bila Si Yin Ra tiba-tiba berhenti menjadi artis malah melanjutkan pula pelajaran ke luar negara!.

Dia terasa bengang bila mengingatkan empayer Si akan jatuh ditangan Si Yin Ra tak lama lagi namun bila memikirkan lelaki-lelaki yang kini dalam genggamannya yang lagi hebat dari empayer Si dan boleh hancurkan Empayer Si dalam sekelip mata buat bengangnya hilang dan diganti senyuman sinis.

Hei Lianhua yang sedang memerhati female lead dalam monitor yang ditunjukkan oleh xiao Bao ketawa kuat.

"Baobao tengok...stupidnya female lead ni!..ahah..!"

Xiao Bao hanya melihat hostnya yang sedang ketawa seperti tengah tengok cerita lawak itu.

Mereka sekarang masih dalan kapal terbang yang menuju ke city A di mana misinya akan dijalankannya mulai sekarang.

Jika dulu tubuh ini masih belum membesar sepenuhnya dan belum matang lagi...

Namun kini tubuh Si Yin Ra semakin menggiurkan dan seksi.

Wajahnya pula bertambah cantik ditambah dengan aura elegentnya dan kelihatan mesteri.

Rambutnya pula dipotong sedikit namun tetap panjang.

Rasanya dia 2 kali ganda cantik dari yang sebelum ini.

Dipangkuannya pula ialah baby lelaki yang berusia 3 tahun lebih.

Baby doll, anak kesayangannya yang comel mewarisi wajahnya dan hurm.....lelaki yang menderma spermanya padanya untuk menyelesaikan misi dia!.

Boleh dikatakan babynya itu jika berdiri bersamanya wajahnya akan kelihatan serupa dengannya, jika dia berdiri disebelah ayahnya pula wajahnya akan sebijik seperti ayahnya. Tapi tak akan ada siapa yang tahu selagi baby doll tak bertemu dengan ayahnya.

Hei Lianhua memeriksa misinya yang belum selesai

Nampaknya main mission sudah selesai satu begitu juga side mission.

"Huh...banyak lagi belum completed ni!"

Rungut Hei Lianhua.

"Siapa suruh host hilangkan diri selama 4 tahun lebih dari kawasan misi dijalankan! Memang banyaklah tugas host yang tak completed!" Tidak puas hati Xiao Bao mendengar rungutan hostnya itu. Adakah patut dia cakap begitu😠!. Dia ini yang merupakan system dah nak patah lidah menggesa hostnya agar balik ke City A dan jalankan misinya namun hostnya langsung tidak ambil peduli sehingga 4 tahun lebih baru dia berjaya suruh hostnya balik itupun semasa mereka berdua mendapat amaran dari pihak atasan agar cepat kembali ke kawasan misi dijalankan atau dikira OOC dan misi gagal!.

"Hehehe...alah...relaks lah baobao". Sengih Hei Lianhua bila melihat systemnya yang tengah marah dan merajuk itu. Dia memandang pula babynya yang sedang tidur nyenyak kat ribanya.

Aura dingin disekelilingnya tadi berubah lembut dan kelihatan penuh dengan sifat keibuan.

Dan tepat ketika itu baby doll juga terbangun dari tidurnya. Wajah pertama yang dia nampak ialah mummynya yang sedang memandangnya dengan senyuman yang cantik dan penuh kasih sayang.

"Mummy!"

Dia memeluk wanita cantik itu dengan manja sekali.

Hei Lianhua memeluk anak lelakinya itu dengan senyuman yang semakin lebar dan pandangan matanya juga semakin lembut.

Xiao Bao yang melihat ibu dan akan itu tersenyum dalam diam. Sebab hostnya itu hanya akan menunjukkan sifat baiknya bila bersama dengan anak-anak kecil terutama sekali dengan anaknya sendiri.

Selama 3 kali melakukan misi di 3 dunia yang berbeza hostnya tidak memiliki anak. Hanya misi ke4 ini saja dan dia juga terkejut bila melihat sisi baik hostnya yang dia ingatkan tak berperasaan itu!.

Xiao Bao memandang ke arah tempat duduk depan. Dia terkejut bila melihat male lead ada satu kapal dengan hostnya malah sedang melihat mereka! Atau lebih tepatnya ke arah hostnya dan baby doll!.

Sejak hostnya membawa diri ke luar negara, hostnya itu langsung tidak mahu mengambil tahu tentang apa yang berlaku kat male lead bila mendapat tahu yang male lead sedang berhubung dengan female lead.

Hostnya cuma fokus kat female lead buat dia lupa akan kewujudan male lead. Malah Xiao Bao sebagai system ini pun terlupa terus nak monitor male lead sebab bagi dia tak penting juga memandangkan hostnya pun benci dekat watak utama ni.

Jadi memang dia tak menyangkalah male lead turut sekapal dengan mereka!.

Dan jika dia baca plot yang dia terima, male lead memang akan ke luar negara kerana urusan kerja. Tapi dia tak sangka pula negara tempat dia pergi tu kebetulan tempat hostnya pergi. Dah tu balik pun sama-sama!.

Dia mahu memberitahu hostnya namun melihat hostnya yang sedang gembira bersama baby doll membuatkan dia tidak sampai hati mengganggu suasana gembira itu.

Hostnya itu kalau dengar saja perkataan male lead pasti akan berubah buruk moodnya! Malah mungkin aura dinginnya terus menyelubungi sehingga dia pun takut nak dekat!.

"Host dalam masa 10 minit lagi kita akan sampai ke lokasi misi bermula. Host perlu berhati-hati kerana female lead sudah membongkarkan kepulangan host. Jadi banyak peminat host yang menunggu host kat airport. Malah wartawan juga ada. Kalau mereka nampak host balik bersama baby doll, nama baik host pasti akan rosak!". Xiao Bao memberi peringatan pada hostnya yang hanya tersenyum padahal dalam hatinya hostnya sedang menayangkan muka mahu membunuh orang.

'Tak guna. Pantas betul white lotus tu bertindak. Xiao Bao saya nak kamu cari jalan yang selamat dan dapat elakkan dari semua orang yang kenal saya nampak saya dan baby doll.'

Arah Hei Lianhua.

'Baik host'. Balas Xiao Bao sebelum menghilang.

Hei Lianhua memandang baby doll ditangannya.

'Belum lagi masa yang sesuai untuk mereka tahu yang saya mempunyai anak'. Bisiknya sambil mengusap lembut kepala anaknya dan mencium dahinya.

"Love you baby"

Ujarnya.

"Love you too mummy!"

Balas baby doll dengan senyumannya yang lebar. Biarpun dia dapat sedar emosi mummynya berubah.

Hei Lianhua mengangkat kepalanya ke arah depan bila merasa ada mata yang dari tadi memandang ke arahnya.

Matanya bertemu dengan sepasang mata yang begitu tajam dan dingin namun disebabkan lelaki itu memakai topi dan cermin mata buat dia tidak mengecam identiti lelaki itu sebagai male lead. Lagipun dia sudah lama tidak melihat wajah male lead jadi kalau dia berdiri depannya pun pasti dia tak kenal!.

Oleh itu Hei Lianhua hanya memberi senyuman pada lelaki itu dan kembali fokus pada baby dollnya.

Dia tak tahu senyumannya itu membuatkan beast dalam hati lelaki itu yang ditahannya selama ini semakin memberontak mahu memiliki gadis itu.

Kalau tak disebabkan ayat terakhir gadis itu padanya sebelum meninggalkan dia seorang dibilik hotel hari itu pasti dia sudah pergi mendapatkan gadis ini dan dijadikan miliknya!.

Namun selama 4 tahun lebih ini dia hanya dapat memerhati wanita ini dari jauh dan juga anak lelakinya!.

Fuck! Dia dah bertekad tak akan melepaskan gadis itu lagi! Cukup 4 tahun lebih dia biarkan gadis ini bebas dari tangannya kali ini jangan harap!.

Hei Lianhua pula langsung tidak sedar yang seseorang sudah berniat nak mengurungnya malah dia tidak sabar untuk bertemu dengan mangsa-mangsa gamenya!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

System: The Hell With The 'Crush'!Where stories live. Discover now