00

154 11 8
                                    

"Sekali lagi, Boboiboy dan kawan-kawannya telah berjaya menyelamatkan kea-"

Televisyen dimatikan. Berita tentang sekumpulan remaja dengan kuasa super langsung tidak menarik minatnya malahan hanya menambahkan perasaan bencinya terhadap mereka.

'Haih! Apa yang bagus sangat dengan diorang?'

"Aiyatul!" Suara seorang wanita menjerit memanggil namanya kedengaran.

"Ya?" Dia menyahut. "Mak perlukan apa-apa ke?"

"Boleh kamu turun tak? Ada something yang perlu kita discuss", jawabnya.

'Something yang perlu kita discuss? Jap! Ini pasal perangai aku dekat sekolah ke? Ugh! Aku tahu aku ada buat hal tapi.. dia taklah teruk mana, kan?'

Aiyatul mula berasa tidak selesa. Namun, dia tetap turun dan berjumpa dengan ibunya.

Sebaik dia melabuhkan punggung di sofa, ayahnya mula bersuara. "Dengar, ayah tahu yang ini mungkin kedengaran pelik sikit. Rasanya.. Tapi, kami berdua nak minta sedikit pertolongan daripada kamu dan mungkin Aidan bila dah balik semula dari kem."

'Okeeeeyy.. Ini memang pelik. Tolong apa?'

Aiyatul mengangkat keningnya. "Minta tolong?"

Ayahnya menganggukkan kepala. "Kamu ingat lagi tak yang kami berdua pernah cerita dekat kamu dan Aidan tentang jiran lama kami?", tanyanya, cuba memastikan bahawa anak perempuannya masih ingat akan kisah yang pernah diceritakan.

"Err.. Saya tak rasa yang ayah dan mak pernah cerita dekat saya. Rasanya itu dekat Aidan. Mungkin saya takde waktu tu.."

"Yeke?" Kini giliran ayahnya pula untuk mengangkat kening. Hairan. Dia yakin yang dia ada menceritakannya pada kedua-dua anaknya tapi, apa yang boleh dia buat?

"Apapun, ayah nak kamu tolong dia dekat kedai. Kerap juga kami berdua pergi ke sana. Dan kami tahu yang dia masih lagi kuat dan sihat biarpun usianya yang agak tua."

"Berapa tahun?"

"72 tahun"

'Woah! Gempaklah atok tu' puji Aiyatul.

"Bukan apa.. Tak ke lagi better kalau ada someone yang boleh tolong dia dekat kedai? Kurang sikit beban dia."

"Hmmm.."

"Tapi kalau kamu takn-" Aiyatul dengan pantas memotong kata ayahnya.

"Setuju! Ianya lagi baik kalau saya buat kerja tu.. Untuk isi masa lapang saya rather than terperap dalam bilik, main video game. Apa salahnya kan?"

"Baguslah kalau macam tu.." Ibunya bersuara, benar-benar lega yang anaknya menerima untuk melakukan kerja itu. Syukur dia mempunyai anak yang sebegitu.

"Jadi.. Apa nama kedai atok tu? Bila Atul boleh start kerja? Atok tu tahu kan pasal ni?", soal Aiyatul bertubi-tubi.

"Tok Aba Kokotiam. Esok, memandangkan esok ialah Sabtu dan mestilah atok tu tahu", jawab ibunya. "Ah, ya! Another thing. Kamu kena ada dekat kedai tu, sharp pukul 7 pagi."

"Eh?! Kenapa awal sangat? Atul pun.. Selalu bangun pukul 9. Macam mana saya nak bangun? Mesti takkan pergi punya"

"Sheesh, kamu ni. Negative betul. Jangan risaulah! Nanti mak kejutkan kamu. Risau sangat dia"

"Betul ni?" Dia berdiri.

"Betul.."

"Okeylah kalau macam tu!" Dia tersenyum gembira. "Kalau nak apa-apa, Atul ada dalam bilik tau", katanya sebelum beredar ke bilik.

'Tok Aba Kokotiam, kau tunggu aku datang!'

'Tok Aba Kokotiam, kau tunggu aku datang!'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HATE ME™Where stories live. Discover now