08

43 8 2
                                    

"Heh~ Jadi ni kerja korang ya? Mengumpat belakang orang?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Heh~ Jadi ni kerja korang ya? Mengumpat belakang orang?"

Satu suara kedengaran, menyergah setiap seorang daripada mereka daripada belakang. Boboiboy dan kawan-kawannya menoleh dan terkejut sebaik melihat dua kelibat yang sedang berdiri tegak di hadapan mereka. Terbeliak mata mereka, muka masing-masing berubah pucat. Seorang bercekak pinggang dengan mukanya yang bengis manakala yang satu lagi, hanya menggelengkan kepala.

"Erkk!!"

"A-Atul.." Boboiboy bersuara dengan gagap.

Jantungnya berdegup kencang. Tiada siapa pun yang dapat menyangka mereka berdua akan berada di situ. Lagi-lagi selepas mereka berlima baru sahaja selesai bercerita tentang kembar berdua itu.

Aiyatul menjeling tajam. "Aku dah kata kan.. Siapa yang bagi kebenaran untuk kau panggil aku Atul?" Boboiboy terdiam, matanya dialihkan ke arah lain.

"Apa benda yang korang bersembang sampai kitorang masuk sekali dalam perbualan korang tu?" tanya Aidan.

Nada suaranya kedengaran normal seolah-olah dia tidak marah dan itu menghairankan Boboiboy dan yang lain. "Just terus terang. Kitorang takkan marah." Lembut suaranya memujuk. Senyuman manis diukir pada wajah.

"Dia tak tapi aku ya! Sekarang cakap cepat kenapa korang cakap pasal kitorang kalau tak aku-"

Kata-kata Aiyatul dipotong sebaik Aidan menekup mulutnya dengan tangan kanannya. Dia melemparkan pandangan kepada kembarnya dan mendapat gelengan kecil daripadanya.

"Bukan sini tempatnya, Atul. Kat sini tak sesuai untuk kau guna", bisik Aidan dengan perlahan. "Lagipun kalau kita buat masalah dekat sini, naya kita kena dengan ayah mak nanti"

Namun begitu, Fang dengan jelas dapat menangkap apa yang dikatakannya berdasarkan bacaan gerak bibir lelaki itu.

'Apa maksud dia?'

"Tenang, okey?"

Aiyatul menepis kasar tangan kembarnya, Aidan. "Sesuai ke tak sesuai.." Dia bersuara.

Kepalanya ditundukkan ke bawah menyebabkan wajahnya terselindung daripada dilihat remaja lain. Kemudian, tangan kanannya diangkat dengan jari telunjuk dikeluarkan. Dengan tangannya membuat gaya pistol, dia mengangkat kembali kepalanya.

"!!!"

Mata mereka berlima terbeliak. Wajah pyscho yang ditunjukkan Aiyatul membuatkan mereka tersentak.

"Manusia macam diorang sepatutnya.. .MATI JE!"

Dia menarik ibu jari kanan sedikit ke belakang. Yaya dan Ying berasa hairan akan kenapa gadis tersebut berbuat begitu sehinggalah bunyi picu pistol ditarik kedengaran.

"T-Tunggu.. Macam mana boleh?!" Yaya soal.

"Tutup mulut kau dan duduk diam sebab aku akan bu-" Sebelum Aiyatul dapat menghabiskan ayatnya, Aidan mengkarate belakang tengkuknya dan dengan serta-merta, kembar perempuannya jatuh pengsan.

"Phew! Nasib sempat."

Aidan menghela nafas lega. Matanya dilirikkan ke arah kelima-lima remaja adiwira tersebut sebelum mengukirkan satu senyuman manis. "Sorry tentang tu. Atul ni ada masalah kesihatan sikit so, korang lupakan jelah apa yang berlaku tadi, ya." Dia melambaikan tangan ke kiri dan ke kanan sebelum dia mengangkat kembarnya gaya pengantin.

"H-Habis tu.. Bunyi tadi tu apa?" soal Gopal ketakutan. Wajah gelapnya habis dibasahi peluh.

"Bunyi apa?" Aidan menyoal kembali seakan-akan seorang budak lelaki yang innocent.

"Bunyi pistol tu!"

"Ahh.. Itu" Dia melarikan matanya. "Itu bunyi reminder phone aku."

"Untuk apa set reminder?!"

"Kau ni banyak tanyalah.. Haih!" Dia geleng. "Aku selalunya set reminder bila sampai waktunya untuk Atul tidur dan makan ubat dia."

"Betul ke apa yang kau kata ni?" Fang pula yang berkata.

Dari gaya dia menyoal, jelas kelihatan yang remaja berambut ungu gelap itu tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Aidan. Aidan merenung Fang lama sebelum tersenyum.

"Betullah tapi, terpulang pada korang nak percaya ke tak. Ah, aku dah nak kena pergi. Aku taknaklah si budak Atul ni tidur kat luar sini pulak, kan? So.. Bye!" Dia mengenyit mata sebelah kanan dan berlaku, meninggalkan kelima-lima kawan itu dalam keadaan takut.

Sebaik sahaja kelibat kedua orang kembar itu hilang dari pandangan, masing-masing menarik nafas lega. Situasi yang berlaku sebentar tadi sememangnya membuatkan jantung mereka berhenti berdegup seolah-olah mereka semua berhenti bernyawa. Boboiboy memandang kawan-kawannya satu demi satu. Kerisauan melanda diri.

'Apa yang patut aku buat sekarang ni' Keningnya berkerut.

"Diorang sah bukan manusia."

"Huh?" Boboiboy memandang Fang, hairan. "Kenapa kau cakap macam tu?"

"Sebab diorang bukan manusia. Lepas semua yang dah jadi tadi, sekarang aku dah tahu kenapa murid-murid kat sekolah tu takut dengan diorang berdua."

"Eh, Fang! Kau jangan menuduh orang sebarangan macam tu je... Tak baik tau," kata Yaya.

"Haiyaa.. Habis tu, takkan mereka alien pulak?" Ying berkata sambil menggaru kepala.

"..." Fang terdiam seketika.

Tangan kirinya memegang dagunya yang runcing. Kepalanya cuba untuk mencari jalan untuk menceritakan kesimpulan yang telah dibuatnya.

'Macam mana aku nak terang eh.. Aku tahu yang diorang tu bukan manusia.. Aku boleh rasakan'

 Aku boleh rasakan'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HATE ME™Where stories live. Discover now