06

72 10 0
                                    

Pada keesokan harinya, mereka mula melaksanakan tugas mereka sama seperti apa yang telah mereka semua rancangkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pada keesokan harinya, mereka mula melaksanakan tugas mereka sama seperti apa yang telah mereka semua rancangkan. Boboiboy, diikuti Gopal dan Fang akan mengumpul maklumat tentang Aidan manakala Yaya dan teman baiknya; Ying akan mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh tentang Aiyatul.

Sebaik loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula, mereka berlima akan berpecah, bergerak ke destinasi yang telah ditetapkan.

𝙺𝚎𝚕𝚊𝚋 𝙱𝚘𝚕𝚊 𝚂𝚎𝚙𝚊𝚔

"Maaf menganggu, tapi boleh kitorang tanya sikit tak?" soal Boboiboy, meminta izin terlebih dahulu sebelum memulakan penyiasatan.

Setelah mendapat maklumat bahawa gimnasium sekolah mereka digunakan oleh kelab bola tampar, mereka pasti yang mereka tidak akan dapat berjumpa dengan salah seorang pun ahli kelab bola sepak di sana. Jadi dengan itu, mereka mengambil keputusan untuk bertanya kawan-kawan mereka tentang ahli-ahli kelab tersebut dan kelas mereka. Dan itu, sememangnya memudahkan lagi tugas mereka.

"Oh, Boboiboy..dan kawan-kawan?"

Dahinya berkerut. Dia benar-benar berasa hairan dengan kehadiran tiga orang budak lelaki itu yang datang berjumpa dengannya. Siapa saja yang tak, kan? Lagi-lagi dengan mereka bertiga yang kini sudah menjadi lebih popular dan digelar sebagai adiwira Pulau Rintis. "Korang bertiga nak tanya? Tanya tentang apa?"

"Err.. Macam ni. Kitorang bertiga nak tanya sikit tentang Aidan. Kau kenal dia kan, Haris?"

Lelaki bernama Haris itu menganggukkan kepalanya. "Tahu! Tahu! Nak tahu pasal apa? Aku akan try jawab mana soalan yang aku boleh jawab", balasnya sambil melemparkan senyuman.

Boboiboy bertukar pandangan dengan dua orang kawan yang berdiri di sisinya dan mereka bertiga, lantas mengeluarkan buku nota kecil daripada kocek seluar mereka. Pen sudah berada di tangan, bersiap sedia untuk mencatat maklumat.

"Baiklah! Soalan pertama.." Boboiboy bersuara kembali.

-ˋˏ✄┈┈┈┈

"Dey! Tak banyak pun maklumat yang kita dapat tentang budak Aidan ni," keluh Gopal.

Dia langsung tidak berasa gembira dengan keputusan yang mereka perolehi daripada Haris. Hanya beberapa soalan sahaja yang mampu dijawab olehnya.

Penat mereka berlima bertungkus-lumus menyediakan soalan bagi ditanyakan kepada ahli kelas bola sepak dan bola tampar berkenaan kembar tersebut, tapi apa yang mereka dapat amatlah menghampakan.

"Ala.. Itu baru seorang. Ada ramai lagilah", kata Fang sambil bersilang tangan.

"Betul tu Gopal. Kita tak boleh mengalah. Aku yakin yang kita akan dapat jawapannya untuk apa yang kita cari"

Boboiboy cuba memujuk kawan baiknya itu. Dia dapat rasakan yang semangat kawan berbangsa Indianya itu telah menjadi sedikit lemah. Memanglah patah semangat kita bila benda yang kita harapkan.. Tak berjalan lancar seperti apa yang kita jangkakan.

"Hmm.. Yalah." Gopal mula tersenyum. "Dey! Apa tunggu lagi? Jomlah kita jumpa orang yang seterusnya pula!"

"Jom!" sahut Boboiboy dengan Fang.

Secara tiba-tiba, semangat dalam diri mereka kembali membakar. Mereka dapat jangkakan bahawa keputusan yang akan mereka bertiga perolehi pada akhir penyiasatan nanti, akan dapat membuahkan hasil yang lumayan.

𝙺𝚎𝚕𝚊𝚋 𝙱𝚘𝚕𝚊 𝚃𝚊𝚖𝚙𝚊𝚛

"Assalamualaikum! Hello?" Yaya mengintai ke dalam gimnasium sekolah, memasukkan kepalanya di antara celah pintu utama yang terbuka.

"Waalaikumussalam! Masuklah", jawab salah seorang ahli kelab bola tampar yang berada di dalam.

Ketika itu, ahli-ahli kelab tersebut sedang bersiap sedia, memanaskan badan mereka sebelum memulakan latihan.

Dia berjalan ke arah Yaya dan Ying. "Hai, saya Maria. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?"

"Hai, Maria!" balas mereka berdua.

"Umm.. Kami berdua nak tanya sikit tentang Ai-" Belum sempat Yaya menghabiskan ayatnya, Ying terus memotong.

"Aiyatul ada dekat dalam sini ka?" tanya Ying dengan pelat Cinanya.

"Aiyatul? Dia takde. Katanya dia ada hal lain jadi dia tak dapat join latihan hari ini", kata Maria sambil menggelengkan kepalanya.

"Ah, terima kasih banyak!"

"Apapun, kami nak tanya sikit tentang Aiyatul boleh?" tanya Yaya sekali lagi.

"Oh.. Boleh! Tanyalah"

Maria dengan senangnya mengalukan kedatangan mereka berdua di dalam dewan. Mereka bertiga berjalan menuju ke arah tempat di mana kesemua ahli bola tampar berada. Diikutkan Yaya, lebih senang sekiranya mereka berada di dalam satu bulatan yang besar dengan kesemua ahli kelab bola tampar di dalamnya. Bukan sahaja ia dapat menjimatkan masa mereka tapi ianya mampu memudahkan kerja mereka.

Jadi, sebaik bulatan besar telah dibuat. Yaya dengan Ying terus menujukan soalan demi soalan kepada mereka, tidak mahu membazir masa. Dan satu demi satu soalan yang ditanya, diberikan jawapan oleh mereka.

 Dan satu demi satu soalan yang ditanya, diberikan jawapan oleh mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HATE ME™Where stories live. Discover now