23

40 7 7
                                    

Bonda kasihmu seharum kasturi..belum puas dan tidak pernah puas ku hidu bauan kasihmu..kini kau pergi tinggalkan kami..

Bonda..
Terima kasih atas pengorbananmu selama ini..
Mendidik dan membesarkan kami adik beradik..tanpa pernah aku mendengar keluhanmu bonda...

Bonda..
Terima kasih kerana sabar dan tabah
Dalam membesar permata2 hati bonda yang nakal..
Belum sempat kami membalas budi bonda
Kini bonda telah pergi menghadap sang Pencipta..

Bonda..
Ampuni segala kesalahan kami
Halalkan segala pemberian bonda kepada kami..

Bonda..
Semoga bonda damai disana..moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...

Al-fatihah..moga roh bonda dicucuri rahmat yang esa...

Perginya sang bidadari hatiku......

17/8/19 tarikh penting....

Apa Yang aku RasaWhere stories live. Discover now