Bab 4

9 0 0
                                    

"Assalamualaikum!!!"
"Assalamualaikum!!!"
"Assalamualaikum!!!"

Laung gadis yang memakai skirt jeans dan dipadankan dengan baju T berlengan pendek warna putih. Rambutnya yang lurus paras pinggang tak berikat itu diselit ke belakang telinga.

Bergema sebuah rumah agam milik Puan Hasanah. Beg kertas ditangan dikemaskan.

Pintu rumah itu dibuka dari dalam. "Waalaikumussalam. Eh anak ibu! Ingatkan orang gila mana lah dok terpekik terlolong bagi salam tadi." Puan Hasanah membidas gadis dihadapannya kini sebelum menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

Shahila memuncungkan mulut. "Alaa ibu ni. Sampai hati kata Shela orang gila. Shela dah panggil slow-slow tapi tak ada orang buka pintu. Tu yang terpaksa guna suara kawan-kawan."

"Suara kawan-kawan? Siapa? Yang mana satu?" Soal Puan Hasanah.

"Kawan-kawan kat hutan."

Puan Hasanah memandang ke arah Shahila sebelum bertanya. "Ada bawa satu tak?"

Satu saat..

Dua saat..

Tiga saat..

"Ibuuuu!!!!!" Shahila sudah merengek seperti budak kecil apabila Puan Hasanah menyakatnya.

"Alololo manjanya anak ibu seorang ni. Dah jom kita masuk. Kesian dari tadi berdiri luar rumah macam kawan-kawan." Ketawa pecah apabila Shahila kembali buat muka sedih.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah. "Ibu buat apa lambat buka pintu?" Soal Shahila. Sofa empuk itu diduduki.

"Ibu tengah masak bubur untuk abang kamu tu. Dari semalam demam tak kebah lagi." Ujar Puan Hasanah menjawab pertanyaan Shahila. Terpancar riak kerisauan pada wajah seorang ibu.

Mulut Shahila berbentuk O. "Ouh yeke? Patutlah Shela ada whatsapp abang tapi dia tak balas".

Puan Hasanah teringatkan sesuatu. "Allah sayang. Bubur atas dapur ibu lupa nak tutup api. Nanti hangit tak termakan abang kamu." mahu bangkit tapi ditahan Shahila.

"Ibu, ni Shela ada bawakan sedikit dessert. Mummy kasi and dia kirim salam kat ibu." Shahila menghulurkan beg kertas kepada .

Puan Hasanah mengambil dari tangan Shahila. Beg kertas yang terbuka itu diintai sedikit. "Laa..buat susah-susah je laa Shasha ni. Nanti cakap kat mummy, ibu says thank you." Kepala Shahila diusap perlahan.

"I will. Ibu! Bubur!" Shahila mengekek ketawa.

"Ya Allah budak ni. Bertuah betul! Pergilah naik tengok abang kat atas. Ibu nak tengok apa jadi dah bubur tu." Puan Hasanah melangkah ke dapur.

"Okay ibu."

xxxxxxxxxx

Adam tersedar kerana tidurnya diganggu. Terasa comforter yang menyelimuti tubuhnya dibuka. Kemudian dia kembali menutup badannya. Dan seseorang itu kembali membukanya.

"Ibu..janganlah kacau. Am nak tidur." Adam mengeluh perlahan.

"Ibu..janganlah kacau. Am nak tidur." Shahila kembali mengajuk ayat Adam.

Adam mencelikkan mata. Badannya dipalingkan ke belakang. "Eh adik. Bila datang?" Soal Adam sambil mentenyehkan mata.

Badannya disandarkan pada kepala katil. Tangannya didepa. Shahila yang duduk dibirai katil pantas masuk ke dalam pelukan lelaki itu sebentar.

"Baru je sampai. Kebetulan memang nak datang melawat ibu. Lepas tu ibu kata abang demam. So that i'm here." Sengihan dihadiahkan kepada Adam.

Adam melihat Shahila atas bawah. Bibir kanannya dijongketkan sedikit. "Abang kenapa tengok macam tu? Tak pernah tengok orang ke apa?" Tanya Shahila pelik. Tangannya disilang menutup dada.

"Huh! Tak payah nak tutup sangatlah. Tak tergoda pun la dengan adik tu." Adam menjuling mata ke atas dan tangannya dibawa ke bahu.

Shahila mencebik. "Dah tu? Ish perasan! Tak ada sape jugak nak goda dia."

Adam ketawa lemah. "Tak. Abang nak tanya pakai lawa-lawa ni nak pergi mana? Dating?" Tembak Adam.

Shahila sudah tersengih sumbing. "Hehehe. Biasalah. Hujung minggu kan." Mata kirinya dikenyit pada abangnga itu.

"Errrr. Tu je la kerjanya. Bila yang Si Afiq tu nak masuk minang?" Soalan ralat keluar dari mulut Adam.

Puan Hasanah yang baru masuk ke bilik Adam menyampuk. "Eh anak perempuan ibu dah nak kahwin ke? Shela? Adam?" Puan Hasanah inginkan kepastian.

Dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air kosong itu diletakkan di meja bersebelahan dengan katil.

"Abang..." lirih Shahila panjang. Meminta simpati daripada Adam.

Adam yang melihat muka Shahila bertukar redup tu pantas menjawab. "Tak adalah ibu. Saja je Am sakat budak ni. Kepada siapa-siapa yang ingin menyunting sekuntum bunga ni, silalah berjumpa dengan Am dulu." Mangkuk bubur itu diambil dan sudu disuakan di mulut.

Shahila meletakkan tangan dada. Nafas lega dihembus. Adam yang sedang makan bubur itu diberikan jelingan tajam.

"Betul tu ibu. Lagipun Shela muda lagi lah. Study pun belum habis. Shela nak kerja yang best-best dulu. Kemudian baru fikir soal kahwin." Jelas Shahila dengan penuh makna.

Puan Hasanah memandang Shahila dengan renungan mata kecil. "Okay la kalau macam tu. Ibu doakan yang terbaik untuk Shela. Untuk anak teruna ibu yang seorang ni pun ibu doakan supaya jumpa jodoh yang baik-baik." Kepala Adam diusap lembut

Tersedak Adam dibuatnya. "Apa ibu ni. Am lambat lagi lah. Am nak bahagiakan ibu dulu." Jawab Adam. Kepalanya digeleng-gelengkan.

"Nak bahagiakan ibu, Am kenalah kahwin." Bidas ibunya.

Shahila disebelah sudah mengekek ketawa.

"Kau apasal ketawa?" Adam marah lembut adiknya.

Adam yang sudah siap makan itu ingin melemparkan bantal kecil kepada Shahila tapi terbantut apabila loceng rumah itu berbunyi.

Mereka bertiga saling berpandangan. "Biar adik pergi buka!" Sepantas kilat Shahila berlari keluar dari bilik Adam sebelum Adam membalas dendam terhadapnya.

Puan Hasanah dan Adam hanya mampu menggelengkan kepala melihat tingkah laku Shahila. Gadis yang sungguh nakal.

Pengganti HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang