Air tin Nescafe itu digoncang perlahan oleh Ihsan. Pandangannya di alihkan pada para pengunjung yang sedang beriadah di Taman Tema Air Setiawa.
Satu keluhan dilepaskan.
"Oii! Kau apasal mengeluh? Pikir apa?" Tanya Aiman yang berada disebelah. Colek jambu batu dalam plastik ditangan dicucuk dengan lidi kemudian disua ke mulut.
Ihsan menghirup baki air tin itu sebelum menjawab pertanyaan sahabatnya. "Entahlah weh. Aku tak tahulah kenapa sejak kebelakangan ni aku rasa macam jiwa aku kosong."
Aiman mengerutkan dahi. "Haa aku tahu." Tangan kanannya diangkat seperti timbul idea.
"Kau tahu apa?" Soal Ihsan pelik.
"Tu tanda-tanda kematian!" Terbit sengihan penuh dimulut Aiman sebelum dia ketawa sampai tersedak jambu batu itu.
Ihsan menjeling tajam. Sikunya mendarat tepat pada kepala Aiman. "Sial kau eh! Aku tengah serabut otak ni kau boleh pulak buat lawak bodoh tu."
Kepala Aiman digosok tetapi tawanya belum reda. "Sakit ngokk! Lekat jambu kat tekak aku ni. Ala rilek la. Aku nak bergurau senda je. Emo mengalahkan perempuan."
Ihsan mencebik. "Ah lantaklah mengalahkan perempuan ke apa. Tapi yang pasti sekarang ni aku tengah rasa kosong."
"Apa yang kau cari dalam hidup kau?" Tanya Aiman. Tekaknya diurut sedikit bagi menghilangkan rasa perit.
"I don't know but something can make me feel like heaven on earth, maybe?" Jawab Ihsan tenang. Angin petang itu menyapa lembut wajahnya. Matanya terpejam menikmati.
"Athea kan ada?" Cadang Aiman.
Ihsan menggeleng perlahan. "No. She can't."
Jawapan Ihsan lagi menambahkan kerutan didahi Aiman. "But why? Dia awek kau kan? Siang malam korang berkepit ke sana sini. What do you mean by 'she can't'?"
"Selama aku couple dengan dia, aku tak pernah rasa happy yang betul-betul happy. Aku mengaku dia memang pandai ambik hati aku. Yeah sometimes tu ada rasa happy bila dengan dia. Tapi rasa tu tak berpanjangan. Mudah kata macam dia tu hanya peneman sahaja. Bukan yang teristimewa untuk aku."
Panjang lebar ulasan Ihsan. Aiman mula mencerna kata-kata Ihsan yang sedikit berkias itu.
"Macam ni la bro. Sekarang kau teruskan saja dulu dengan life yang ada ni. Aku yakin suatu hari nanti kau akan jumpa apa yang diri kau inginkan. Cuma cepat atau lambat je. Kau kena banyak bersabar dan berdoa. Kau solat cukup tak?" Aiman sekadar memberikan pendapat bagi masalah sahabatnya itu. Dia tak mampu hendak berkata kerana lain orang, lain yang diinginkan dalam hidup.
Ihsan mengangguk faham. "Cehh! Aku solat cukup la. Nampak je aku liar macam ni tapi aku solat! Tak baik tahu kau cakap macam tu kat aku." Mata hujungnya dilap menggunakan ibu jari.
Aiman yang melihat mengerdipkan mata beberapa kali. "Dah la! Malas aku nak layan kau. Drama je lebih. Memalukan betul! Jom balik. Nanti lewat pulak nak solat Asar!"
Perkataan Asar itu ditekankan sedikit. Aiman bangun dari kerusi batu yang diduduki.
"Siot je kau ni kan. Jomlah!"
Mereka berdua membawa langkah meninggalkan taman itu dan keretanya beransur hilang keluar dari perkarangan taman.
xxxxxxxxxx
Jam ditangan dikerling untuk ke sekian kalinya. 'Mana dia ni. Hadoii. Dia yang nak jumpa kita tapi dia pulak yang lambat.' Gumam Shahila perlahan. Air tea o ais dikacau-kacau.
Kerusi kosong dihadapannya ditarik seseorang. Shahila melemparkan senyuman manis walaupun dalam hati itu Tuhan saja yang tahu betapa geramnya dia.
"Sorry I'm late! Dah lama tunggu ke?" Pohon Athea sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin.
Shahila tersenyum. "Sokay. Taklah lama sangat. Lagipun I dah tak ada apa-apa kelas lepas ni." Ujarnya.
"Thank god, Shela!" Athea mengangkat tangan tanda mahu order. Pelayan kafe datang mendekat bersama buku menu ditangan.
"I nak chichen chop and orange juice."
Pelayan yang bernama Ekin itu segera menulis dikertas kecilnya kemudian berlalu pergi. Macam mana boleh tahu nama dia Ekin? Sebab dia pakai nametag hahaha.
"So, ada apa nak jumpa I ni sis?" Soal Shahila tanpa melengah masa.
Athea menekan butang on pada telefonnya. Terpapar sehelai dress saree bollywood di skrin. "Ini baju yang you akan pakai nanti. How is it?" Tanya Athea teruja.
Telefon Athea diambil dan diteliti dengan lebih dekat. "Pretty! Cantik sangat design ni. I sure this time you akan menang for Bollywood Dress." Shahila menghulurkan semula telefon itu kepada Athea.
Kedatangan Ekin menghantar makanan yang dipesan Athea menghentikan perbualan kami. Setelah itu Athea kembali bersuara.
"And I sure I"ll win if you are in this dress! Really really sure!" Dengan penuh yakinnya Athea berkata.
"In Shaa Allah."
"Pasal makeup, aksesori and kasut semua tu you jangan risau. I uruskan. You datang bawa diri je nanti. Anything I akan inform you ASAP. Okay dear?" Tangan kanan Shahila digenggam Athea.
'Perempuan ini kalau dah nak sesuatu benda, buat apa-apa pun sanggup. Sekarang akulah pula mangsa dia.' Desis hati Shahila.
"Yes. Of course. Eh makanlah nanti sejuk tak sedap." Ujar Shahila sambil menguis nasi gorengnya perlahan.
Athea tersenyum. "Let's us!"
Mereka berdua makan sambil diselang dengan borak-borak kosong. Tak adalah sampai soalan peribadi semua itu. Sekadar untuk suka-suka saja.
Beberapa mata memandang ke arah mereka yang sedang menikmati makan tengahari. Yelah tak semua pelajar kat kolej ni boleh duduk semeja dengan hot student macam Athea ini melainkan ada urusan penting sahaja.
Lagipun Athea & the geng terkenal dengan sifat berlagak dan bajet diva diorang. Maklumlah anak orang kaya. Dia buat macam dunia ini bapak dia yang punya. Huh!
Oh ya geng dia semua ada 3 orang iaitu Athea, Jenny dan Keyli. Diorang satu course. Ntah ke manalah yang lagi dua tu. Selalunya ada je bertiga tapi ni Athea seorang. Suka hatilah! Malas nak pikir. Jenny dan Keyli itu bukan Islam. Diorang berdua dari Sabah. Kira Athea seorang saja Muslim tapi perangai dia..MasyaAllah 😂

ANDA SEDANG MEMBACA
Pengganti Hati
RomantiekDia dilahirkan dalam keluarga yang senang. Akan tetapi keperibadiannya tidak ubah seperti insan yang dihormati dan disanjungi. Senang cerita semua orang pasti berasa mudah selesa apabila dengannya lah! Shahila Shifa, anak kelahiran bumi Perancis da...