Tuan Iman 3 🌷

203 14 1
                                    

IMAN duduk dalam pejabat menyemak semua kontrak pembangunan, untuk memastikan semua detail sempurna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IMAN duduk dalam pejabat menyemak semua kontrak pembangunan, untuk memastikan semua detail sempurna. Tidak tertinggal sebarang tanda koma mahupun noktah.

Dia menyiapkan mana-mana bahagian yang perlu diubah dan menuju ke pejabat Dani untuk memintanya membetulkan kertas kerja itu. Iman ternampak Dani menyisir rambutnya dengan tangan tanda stress. Iman tersenyum nakal.

"Aku  nak kau semak kertas kerja ni." Iman beritahu dia.

Dani memandang ke arah Iman dengan mata merayu, "Bro, aku tak siap lagi kerja minggu lepas. Macam mana aku nak catch up?"

"Kau yang offer diri nak jadi assistant sementara aku." Kata Iman mengingatkan Dani.

"well yes, tapi aku kan best friend kau. Aku ingat kau bagi aku kerja-kerja mudah" balas Dani.

Iman tersenyum "Dani, balik lah. Aku boleh buat semua ni." beritahu Iman.

"Iman, macam mana kau nak jumpa assistant yang boleh deal dengan cara kau?" tanya Dani.

Iman mengambil tempat duduk melihat ke arah Dani yang mengharapkan jawapan, "well, let just say yang aku dah jumpa orang yang sesuai dengan kerja ni" dia berkata.

"siapa?" tanya Iman dengan rasa ingin tahu.

"em perempuan ni, Khairani tak silap aku nama dia. Alah kau tau kedai yang aku selalu pergi tu" balas Dani. Iman mengangguk.

"Ha! dia barista kat situ. Dia tengah cari kerja sepenuh masa. Dia ada degree dalam bisnes & design dan aku nak bagitau kau yang dia layak untuk kerja ni. Dia cekap, tangkas, baik pulak tu." tambah Dani.

"Kau fikir barista layak nak bantu aku dalam uruskan syarikat ni?" tanya Iman serius.

"Hey siapa tahu, takda sorang pun yang pengalaman bertahun-tahun dapat bertahan dalam sehari dekat sini, cuba lah..." pujuk Dani.

"Okay okay set up an interview. Kau dapat maklumat dia?" Dani mengangguk dan Iman menghulurkan telefonnya kepada Dani.

"Aku email dia malam ni" balas Dani. Iman hanya mengangguk.

"Kau baliklah dulu, nanti kita jumpa. Aku nak siapkan kerja aku dulu." balas Iman.

"Ok cun. Aku dengan Hanif nak makan dekat Kings Landing Grills, join kitorang kat sana." ajak Dani.

"Inshaallah aku datang." Mereka berbalas pelukan.

Iman duduk semula dan mula menghantar email kepada client berpotensi dan menyelesaikan kerja Dani yang tak siap lagi.

Sedang dia menyiapkan kerja, tiba-tiba komputernya terpadam dan dia hanya memandang bayangan dirinya di skrin komputer. Iman melihat mata dia yang sejuk dan perasan agak sedikit merah.

Dia terus menyangkal perasaan itu dan meneruskan kerja yang tertangguh. Jam menunjukkan 5.45 petang, Iman mengambil blazer dan keluar untuk mengambil Dani dan Hanif.

Dia menaiki keretanya dan mengarahkan driver untuk ke tempat kawannya berada. Dia tiba dalam 15 minit. Sambil menunggu, dia melihat email yang dibalas oleh client.

Kereta mula terasa sedikit hangat, dia menurunkan sedikit cermin kereta untuk merasa angin di luar, tetapi seorang budak lelaki mencuri perhatian dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta mula terasa sedikit hangat, dia menurunkan sedikit cermin kereta untuk merasa angin di luar, tetapi seorang budak lelaki mencuri perhatian dia.

Budak lelaki, dalam lingkungan 5 tahun duduk di tepi jalan sedang menangis. Beberapa orang melalui kawasan itu, tetapi tiada seorang pun yang berhenti untuk membantunya.

Dalam perjalanan Iman hendak ke sana, tiba-tiba ada seorang perempuan menghampiri budak lelaki itu. Dia melihat ke arah perempuan itu. Berpakaian besederhana, make up sederhana dengan mengikat rambut.

Perempuan itu memberikan ciuman kepada balutan luka dan menghadiahkan senyuman kepada budak itu. Hati Iman terpaut seketika. Senyuman yang boleh mencerahkan sebuah bilik yang gelap. Dia duduk bersebelahan dengan budak itu. Mereka tertawa bersama.

"Pelik kenapa aku ikut senyum sekali..." Kata Iman sendiri.

Tiba-tiba seorang perempuan muncul. Mungkin ibu budak lelaki itu.

Ibunya mengangguk lalu mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan sejumlah wang yang agak banyak. Mesti perempuan tu ambil.

Eh, dia tolak?

Dia mula berjalan pada petang yang hening itu sehingga susuk tubuhnya hilang dari pandangan mata Iman. Minda Iman dah terbayang-bayang tentang perempuan itu dan kelakuannya tadi.

Dani dan Hanif sudah selesai makan dan mereka segera bergerak pulang. Dani dan Hanif sedang sibuk berbual sedangkan Iman? Sedang khayal memikirkan si dia.

'Iman iman apa nak jadi dekat kau ni.' Dia tersenyum seorang diri.

Iman menghantar kawannya pulang ke apartment dan menuju ke rumah. Telefonnya berdering dan tertera nama mama.

"hey honey" suara mama di talian.

"hey ma" balas Iman.

"honey kenapa tak jawab call mama sepanjang hari ni?" Mama bertanya.

"sorry ma, terlampau banyak kerja nak selesaikan." balas Iman.

"well mama nak bagitahu kawan mama, Liza ada anak perempuan. Mama rasa kamu mungkin-"

"ma, you know their family are just full of gold digger. I love you ma, tapi stop kenalkan dengan mana-mana perempuan yang tidak berpengetahuan dan 20 tan makeup melekat dekat muka" balas Iman jujur.

"I tahu kamu tak berapa suka, but I worry for you. Mama tak pernah lagi dengar cerita tentang kamu bercinta, tak habis-habis kerja." balas mama.

"well, kalau Iman rasa perempuan tu layak lebih dari one night stand, I'll give it a try" ujarnya sambil tersenyum nakal.

"Iman...." suara mama tegas.

"night ma" Iman menamatkan panggilan.

Dia memejamkan mata sambil memikirkan apa yang perempuan tu sedang buat?

TUAN IMAN Where stories live. Discover now