IMAN bangun dan menuju ke pejabat lebih awal daripada hari biasa. Dia ada seminar bisnes yang besar dalam seminggu ni dan disebabkan dia kekurangan assistant, dia terpaksa buat dua kerja seorang.
Dia duduk dalam pejabat dan meneruskan kerja designing slide atas nama syarikat Mus Airline.
Dia bangun untuk mengambil secawan kopi dan saat itulah telefonnya berbunyi. Reminder yang dia tetapkan dalam telefon berbunyi
menandakan dia ada interview seorang barista jam 9 pagi.Dia mengambil kopinya dan duduk semula. Sedang dia bekerja, matahari mulai terbit menandakan hari ini sudahpun bermula.
Matahari bersinar terlalu cerah. Iman bangun dengan geram lalu menekan remot untuk menutup langsir. Dia meneruskan kerja selama 2 jam iaitu sehingga Dani menelefonnya.
"yes?" Iman.
"Iman, cik Khairani dah sampai untuk interview." balas Dani.
"Hantar dia naik" balas Iman.
Dani diam seketika lalu berkata "..cantik Iman..." ujar Dani.
Iman menggulingkan biji mata dan menunggu seorang perempuan cerewet, mengada untuk masuk ke dalam.
"Masuk" kata Iman.
Pintu dibuka dan ditutup perlahan. Iman berpusing dan terkejut apabila dia berbeza daripada apa yang Iman bayangkan. Khai berdiri dengan penuh yakin, memakai blazer, blouse biru dengan skirt putih.
'Perempuan ni'. Ya, perempuan yang berlegar-legar di fikiran Iman sejak kejadian malam tu.
Iman kembali ke realiti dan menyuruhnya duduk. Khai duduk dan menghulurkan fail resume. Iman mengambilnya dan menyemak kandungannya sambil menahan mata daripada melirik kearah Khai.
Khai tidak buat sesuatu yang menarik perhatian, tapi Iman sendiri tertarik tengok dia. Khai sabar menunggu sambil matanya melirik ke sekeliling bilik.
Iman berdehem, menarik perhatiannya. Khai memandang kearah Iman dengan tersenyum, hati Iman terpaut seketika sementara minda dia cuba untuk concentrate dengan fail ditangan daripada gadis di hadapannya.
"Cik Khairani, your resume mengatakan yang awak tiada pengalaman berkerja di pejabat. Kenapa saya patut lantik awak sedangkan semua pengalaman awak berkaitan dengan penyediaan kopi? Kerja ni lebih berat daripada tu." kata Iman tegas.
Khai tersenyum, "Betul saya tiada pengalaman dalam pejabat, tapi tuan saya pernah bekerja dengan beratus-ratus ribu orang dan graduated top of my class. Ya saya tahu kerja ni baru bagi saya tapi saya sudah bersedia blablabla....." Iman terkedu, panjang jawapan Khai bagi.
Iman ragu ragu macam mana perempuan yang tiada pengalaman langsung boleh siapkan tugasan sebagai assistant dia. Tapi, dia sangat-sangat memerlukan assistant.
"Well, since awak macam yakin dengan diri awak cik Khairani, you have the job. But, saya akan bagi amaran saya tak akan tolerate dengan kesilapan." kata Iman dengan tegas.
Khai mengangguk, "terima kasih tuan."
Iman pura-pura tak dengar, "boleh awak mula hari ni?" tanya dia.
Khai mengangguk. Iman memandangnya. "I would prefer jawapan daripada bahasa isyarat" kata Iman.
"Saya minta maaf. yes tuan, saya boleh." jawabnya perlahan.
"Bagus, saya perlukan semua note ni di taip, print dan ada atas meja saya tengah hari ni. I will go through kertas kerja ni dengan awak after lunch jam 2 petang" Iman memandangnya.
"Baik tuan. Dimana tempat saya?" tanya Khai malu.
Iman bangun dan diikuti Khai dari belakang menuju ke pintu sebelah biliknya. Dia beredar dan Khai mengucapkan terima kasih.
Iman tahu agak susah untuk Khai yang baru mula siapkan dalam masa 50 minit. Semuanya ada dalam 15 helai nota. Dia kembali ke pejabatnya dan cuba untuk concentrate dengan kerja. Dia menyiapkan semua kerja yang ada.
Mengalihkan pandangan kehadapan, dia ternampak kelibat Khai berjalan menuju ke tempat printer. Khai tengah menggaru kepalanya menggunakan pen dan memakai cermin mata.
'Comel.' Kata Iman.
Semua dokumen selesai diprint dan Khai menuju ke biliknya, dalam 5 minit selepas itu, pintu Iman diketuk. Dia memandang ke bawah semula dan berkata, "Masuk"
Khai masuk dengan tidak lagi memakai cermin mata dan hanya membawa folder ditangannya.
"Ni notanya tuan." katanya lalu meletakkan folder itu di atas meja.
Iman mengambilnya lalu menyemak. The spacing, font, size, spelling semua betul dan dia ada masa lebih yang tinggal. Tak dapat dinafikan, dia kagum.
"awak boleh keluar sekarang, go ahead and take your lunch." kata Iman tidak memandang ke arah Khai.
"terima kasih tuan" katanya dan berlalu pergi.
Dia menyemak semula kertas kerja Khai, tiada sebarang kesilapan, folder yang dia letak note tu pun betul. Iman meletak folder tu kembali di atas meja dan mengambil resumenya.
Macam mana orang yang tiada langsung pengalaman tapi hasil kerja dia sempurna?
YOU ARE READING
TUAN IMAN
FanfictionCerita ini mengisahkan Nur Khairani yang innoncent mind dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan tak suka akan kegagalan. Manakala Tengku Iman merupakan seorang CEO yang hard-working dan tak pernah ada relationship. Bersifat dingin dan a...