Di pagi yang hening, dalam sebuah bilik yang besar, di sebuah rumah yang gah berdiri cantik dan kelihatan sangat modern dengan berdindingkan kaca yang memancarkan sinar matahari. Di atas sebuah katil yang besar berlapikkan tilam yang tebal dan selesa, terdapat sekujur tubuh yang agak tegap sedang tidur dibaluti comforter yang tebal.Kringgg!!! Kringgg!!!
Keluar satu tangan yang berotot dan berkulit putih menekan jam loceng yang berdering...
Satu saat...
Dua saat...
Tiga saat...
Tok! Tok! Tok!
"Izz! Bangun!!! Dah siang!! Bangun!!!" Laung Puan Ariena.
"Hurmm ok ma..." Sahut Izzfan Qusyairi dengan suara malas.
Satu saat...
Dua saa...
BANG!!! BANG!!!
"Woi Izz!!! Bangunlah bodoh!!!" Laung si abang.
"Ishh apa ni iyan, tak elok lah cakap adik macam tu!!!" marah Puan Ariena.
Izzfan yang terdengar perbualan yang agak bising di sebalik pintu biliknya itu terus tersedar dan duduk di atas katil dalam keadaan mamai.
Izzfan Qusyairi berjalan ke arah pintu biliknya, tombol pintu di pegang dan di pulas. Pintu di kuak luas dan terlihat mama dan abangnya Ariyan Qalish memandanganya dengan pandangan tajam.
"Kenapa ni along, mama?" Tanya Izzfan dengan dahi berkerut seribu garis...
Ariyan memandang adiknya yang kelihatan bodoh itu dengan pandangan tajam...
"Eyhh bodoh, kau tanya kenapa!? Kau dah lupa ke kita dah janji nak pergi airport jeput aza!?" Tengking Ariyan. Bengang dengan perangai adiknya yang entah bila nk berubah dia pun tak tahu...
Muka Izzfan jelas terkejut dengan kata-kata abangnya itu. Dia terus berlari mendapatkan tualanya kemudian menuju ke tandas untuk bersihkan diri...
Ariyan menggeleng kepala melihat perangai adiknya, kemudian dia terus mengangkat kaki melangkah pergi ke arah dapur untuk bersarapan dengan Puan Ariena yang telah berada di dapur sebentar tadi.
Ariyan duduk berhadapan dengan mamanya, Puan Ariena...
"Izz mana?" Tanya Puan Ariena sambil tangannya lincah menceduk nasi goreng untuk dihindangkan kepada anak sulungnya itu...
"Dekat bilik tengah mandi.." Jawab Ariyan malas.
"Ouhh" kata Puan Ariena sambil menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan kata anaknya.
"Good morning world!!!" Teriak Izzfan Qusyairi yang baru sahaja turun dari tangga lalu duduk di sebelah Ariyan dengan muka tersengih...
"Good morning hotak kau! Dah pukul 12 tengah hari dah ni..."
"Alaaaa"
"Aku baru ingat nak bermanja, kau dah macam ni." Kata Izzfan dengan nada sayu.
"Banyak lah kau... Yang kau bangun lambat kenapa? Kau tidur lambat semalam kenapa?" Tanya Ariyan serious.
"Aku... Aku..." Gagap Izzfan sambil melihat renungan tajam abanganya.
"Aku apa!!? Kau main game kan? Itulah engkau, malam cengkam mata, siang membuta membabi!! Janji melayu!!!" Kata Ariyan dengan nada perli.
"Ishh, dah dah lah... Tak ealok gaduh depan rezeki" Tegur Puan Ariena lembu.
"Pagi tadi solat subuh pukul berapa?" kedengaran suara yang tegas tetapi cukup tenang dari arah tangga. Kelihatan seorang lelaki yang berupa seperti sudah berumur tetapi jelas kelihatan cukup hensem dan tegap tubuh badannya.
Izzfan menelan air liur yang tersekat di kerongkong. Jelas kelihatan sangat takut dengan Dato Ahmad Qhalid yang melangkah turun dari tangga.
"Errr pukul 6.30 pagi pa..." Jawab Izzfan.
"Eyhh dahtu kenapa tak keluar awal-awal? Kata bangun awal..." Kata Ariyan dengan senyuman sinis. Dia tahu adiknya sangat takut apabila papanya bercakap tentang perkara yang berkaitan dengan ibadat atau agama. Sangat tegas!!!
"Errr.. Aku sambung tidur balik lah." kata Izzfan lagi.
"Dah dah makan..." kata Puan Ariena sambil menghidangkan makanan kepada Dato Ahmad Qhalid...
YOU ARE READING
ONE DAY?!
Short StorySetiap perkara haruslah bermula dengan sebuah 'PERMULAAN' , termasuklah semua kisah kehidupan... Ya, sama dengan kehidupan Nurul Elynna yang dilahirkan dari keluarga yang agak serba mewah tetapi...Adakah setiap keluarga bahagia? Ariyan Qhalish ... S...