Chapter 4🌹

7 0 0
                                    

PULANG DARI AIRPORT....

"Weyh, engkau nk tidur kat mana malam ni?" tanya Elynna. Tengku Aina memandang sepupunya yang sedang memandu "kau ni dah kenapa? Over dos eyh? Apa punya soalan kau ni, aku tidur rumah kau la takkan la merempat tepi jalan pulak". Kata Aina. "Eyh, haah lupa kau takde mak bapak hehe". Elynna tersengih.

Nurul Elynna memberhentikan keretanya di hadapan butik bunganya. ELYNNA'S FLOWER. Itu nama diberi. " Jom turun aku ada kerja sikit nanti jap lagi aku bawak kau pergi makan". Kata Elynna. " Okey, ayuhla la kita!!" Kata Tengku Aina " cepat sikit eyh aku dah lapar ni lepas makan aku nk balik tidur" kata Aina lagi. " Ha iyalah ."

DI RUMAH ARIYAN
5.45pm...

"Urghhh! penatnya aku..." kata Izzfan yang tersadai di atas sofa macam buaya. Penat, katanya didera oleh abang sendiri. " Banyak la abang izz punya penat cuci kereta je... Aza ni yang penat lap sana, lap sini... semua salah abang izz lani!!" Kata Isyaza.

"Dah dah, tak payah nak merungut sangat." Kata Ariyan yang berjalan turun melalui tangga. "Korang pergi mandi, lepas tu kita keluar abang tunggu kat sini cepat!!!" Kata Ariyan setelah duduk di sofa sambil mengeluarkan iPhone-x nya dari poket seluar jeansnya. " Kita nk pergi mana along?" tanya Isyaza.
"Nk pergi pejabat shoppe, nk letgo korang murah-murah." Jawab Ariyan selamba. " Eee, engkau ni long orang tanya elok- elok kau jawab main-main pulak. Kang nangis budak aza ni kang susah pulak." Sampuk Izzfan. "Dahtu korang tu yang banyak tanya , bila orang suruh buat jelah aku kan abang nk jadi adik derhaka ke? Biar jadi bodoh sampai mati." Jawab Ariyan mata masih melekat di scrin phonenya. "Iyalah iyalah nk gerak lani..." Jawab mereka berdua serentak.

DI BUTIK
"Weyh lambat lagi ke? Aku dah kebulur dah perut aku dari tadi lagi duk nyanyi lagu blackpink ni.." kata Aina dengan lemah. " Iya kejap la dah siap ni aku nk kemas meja jap." Sahut Elynna dengan tangan yang lincah mengemas meja kerjanya. Setelah selesai mengemas " ok dah! Jom kita g mkn kau nk makan kat mana? " tanya Elynna kepada Aina."Eletrik Corner jom!!" Jerit Aina dengan penuh riang. "Ok jom Hahahaha".

DI KEDAI MAKAN
(Eletrik CORNER)

Di barisan yang terakhir dan meja yang paling hujung. " Along, ramai nye org kat sini. Kenapa datang sini? Along kan tak suka tempat yang ramai orang." Kata Isyaza " Kalau aza nk tahu along memang suka makan kat sini tapi itula duduk meja yang paling hujung." Kata izzfan pula.

Di barisan yang ke empat iaitu selang beberapa buah meja dari meja Ariyan. " Weyh, ramai gila org. Pergh lama tak datang maju dah kedai pakcik Udin."
Kata Aina. " Hahaha pakcik udin atok kau! Dia sama umur dengan kita doh, kalau dia dengar comfirm kena hayun." Kata Elynna sambi tergelak mendengar panggilan yang diberi oleh sepupunya kepada sahabatnya itu Muhd Hafizuddin.

"Along kau pandang apa weyh?" Tanya Izzfan kepada abangnya yang memandang seseorang tanpa berkelip. " Takde pandang pape lah." Jawab Ariyan. " Along Aza nk g toilet jap ." " okey, hati- hati cepat sikit makanan dah nk sampai tu." Kata Ariyan. Setelah Isyaza melangkah pergi Ariyan mendekatkan kepalanya kepada Izzfan " Kau tengok kat sana tu. Nampak tak pompuan yang pakai tudung biru tu?" Tanya Ariyan sambil berbisik.
"Tu yang duduk depan tu? Ha, nampak kenapa?"
Tanya Izzfan " Kau tak kenal ke siapa dia??" Tanya Ariyan lagi dengan muka yang series. " Haah la macam pernah tengok siapa eyh?" " Nur Ernie Amira.." kata Ariyan penuh dendam. Mata Izzfan Qusyairi membulat setelah mendengar nama itu....

"Ely, tengok tu meja yang hujung skali tu . Dari tadi asyik pandang kita, kenapa eyh? Seram la." Kata Aina yang sedar diperhatikan oleh dua jejaka idaman itu. Mana tak nye hensem mcm model. Elynna berpaling ke arah yang dikatakan oleh Aina.
'Eyh! mcm kenal. Eh! memang kenal itu mamat yang pandang aku time kat airport tadi la . Jodoh betul jumpa kat sini' suara hati Elynna. " Eh takde la dia pandang lain la . Kau tu yang perasan lebiyh. " Yow! My boo!" Kata seseorang sambil menepuk meja. " Pakcik Udin!!" Jerit Aina. "Hahahahaha tua dah kau din." Kata seseorang dari belakang Hadizuddin. " Eh! Afnan!" Elynna. " yes it's me my boo" Kata Afnan Faqih iaitu dikenali sebagai seorang sahabat yang dipenuhi oleh kasih sayang terhadap sahabatnya Elynna. Mereka berkawan sudah 14 tahun lamanya.

Ariyan yang memerhati dari jauh. 'Eh! Sejak bila pulak minah bodoh tu ramai kawan. Setahu aku kawan dia semua mat saleh bodoh yang khayal 24 jam je.' Kata hati Ariyan. Masih lagi memerhati.

Setelah selesai makan dan berborak bersama sahabat lamanya Elynna dan Aina meminta diri untuk pulang kerana jam sudah pukul 11.30 malam. Sama juga dengan Ariyan dan adik-adiknya. Ariyan pulang ke rumah dengan seribu perkara yang difikirkan .

DI RUMAH ELYNNA

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Setelah selesai menunaikan solat subuh pagi tadi mereka menyambung perjalan mereka ke alam mimpi. " Weyh, Ina bangun la kau dah lewat kata pukul 12 tengah hari nanti nak gerak balik Kelantan dah, nanti bising pulak nenek kat kampung kau lewat sampai." Kata Elynna. Mereka tidur di rumah Elynna di apartment yang telah disewa berhampiran dengan butik bunganya. Kerana Dato Arfan tidak mahu anaknya berulang dari jauh dari rumah ke butiknya." Iya kejap la nk bangun dah ni" Jawab Aina dalam keadaan yang masih mamai.

   Di dapur Elynna dan Aina sedang bersarapan dan berbincang tentang perancangan yang ingin dilakukan oleh Aina semasa cutinya ini. Elynna tersenyum lebar mendengar apa yang di katakan oleh Aina kedengaran sungguh seronok dan teruja.
Elynna menghantar di pintu rumah Aina telah meminjam kereta dari keluarga Elynna. Aidil yang menghantar kereta itu ke rumah Elynna semalam. " Elok-elok tau. Dah sampai nanti call aku jangan lupa." Pesan Elynna. " Iya aku tau la kau pun sama , elok-elok tinggal kat rumah ni minggu 2 minggu lagi aku balik tau." Aina. " okey bye ! Nanti jangan lupa budu budu!!." Laung Elynna kepada Aina yang baru pergi tinggalkan rumah itu.

   Memehati di dalam kereta sejak pukul 6 pagi bukanlah satu masalah. 'Sekarang hanya tinggal dia je. Pelik betul minah ni tak takut ke? Dulu bukan main gedik . Tapi tak pelik mungkin malam nanti dia bawak balik jantan . Tapi, jom jumpa aku malam nanti.' Smirk.






Selamatmembaca😊🌹

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 10, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ONE DAY?!Where stories live. Discover now