10 pagi...
"Mommy, daddy, along, angah... Jom makan." panggil Nurul Elynna kepada keluarganya.
"Aku tak nak makan dengan kau." percakapan yang penuh dengan perasaan benci dan jijik dari Ezuan Aiman, anak sulung keluarga itu.
Datin Eymie melihat percakapan yang agak kasar itu dengan pandangan yang bersahaja. Manakala Dato Arfan dan Ezul Aidil hanya melihat dengan perasaan yang bersalah kepada Elynna...
"Hurm kalau macam tu adik pergi kerja dulu..." kata Elynna yang seperti tidak terkesan langsung dengan kata-kata abang sulungnya itu...Dia berjalan menuju ke arah Dato Arfan kemudian menghulurkan tangannya untuk bersalam... Dato Arfan menyambut tangan anaknya dan berpesan" Kerja elok-elok, drive hati-hati and jangan balik lewat sangat ok... " sambil tersenyum.
" Ok daddy.. " Jawab Nurul Elynna sambil tersenyum. Elynna beralih pula ke arah Datin Eymie, tangan dihulur tetapi... Datin Eymie hanya berjalan ke arah dapur tanpa menoleh. Tengku Elynna hanya tersenyum ke arah Dato Arfan dan abang keduanya Ezul Aidil, dia bersalam dengan Aidil.
"Sabar ye sayang... Angah ngan daddy ada..." Kata Aidil lembut.
"It's okey ngah... Adik okey." Sambil tersenyum comel.
Elynna berjalan menuju ke pintu rumah kemudian memakai kasut jenama HushPuppies nya.
"Adik nak pergi Airport ambik Ina dulu kan?" Tanya Aidil kepada Elynna.
"Ha ah, kenapa?"
"Takda apa... Take care, be careful." pesan Aidil.
"Hurm ok..." kata Elynna sambil bangun Dan tersenyum kepada Aidil.
"Adik pergi dulu dy.. Ngah.. Assalamualaikum bye!!!!" kata Elynna sedikit kuat. Kemudian dia masuk ke dalam perut kereta Audi TT kesayangannya. Dia mendapat kereta itu sebagai hadiah hari lahir dari Dato Arfan semasa hari lahirnya yang ke-19.
Airport...
Ariyan dan Izzfan sampai di airport tepat jam 1 petang...
"Mana adik ni..." kata Izzfan
"Sabar la dia keluar pukul 1.30 ptg" jawab Ariyan sambil mata melihat skrin IPhone x berwarna hitam kesayangannya.
"Lah dahtu asal datang awal? Dah la banyak lagi report tak buat... Aduhh bodoh la..." kata Izzfan dengan yang sedikit geram.
"Dahtu yang semalam sibuk main game kenapa? Kenapa tak buat kerja semalam? Siapa yang bodoh sekarang ni? Ada masa buang sia-sia...?" Tanya Ariyan bertubi-tubi dengan suara malas, mata masih merenung skrin IPhone x nya..."Ahh engkau, dah la aku nk gi tandas perut aku sakit ni." kata Izzfan dengan nada sedikit marah.
"Hurmm" jawab Ariyan, mata masih memandang skrin IPhone x nya.
🌹🌹🌹🌹
"Ishhh parking dah penuh, jam dah pukul 1 petang , Ina keluar 1.30 petang aduhhh" Rungut Elynna...
"Haa jumpa!!!" Jerit Elynna.
Sesudah parking kereta dia keluar Dan berjalan ke arah tempat yang sepatutnya.
🌹🌹🌹🌹
Ariyan melihat sekeliling, tapi masih tidak kelihatan Izzfan di mana-mana.
"Aduhh dia ni pergi berak ke pergi buat tandas..." adu Ariyan.
Ariyan berjalan ke arah balai ketibaan untuk mencari Izzfan kerana tandas ada berhampiran balai ketibaan. Setibanya berhampiran tandas, Ariyan berhenti seketika selepas melihat satu susuk tubuh yang amat dikenali. Orang itu sedang berpelukan dengan seorang wanita. Walaupun sudah lama tidak bersua muka dia masih mengenali susuk tubuh badan itu.
Tengku Elynna terus memeluk tubuh pendek sepupunya itu, Tengku Aina Maisara... selepas Aina keluar dari balai ketibaan.
"Weyhh rindu kau Ina!!!" Jerit Elynna
"Miss you too baby!!!" Balas Aina sedikit terjerit.
"Hahahaha" gelak mereka berdua kerana... Geli mungkin dengan ungkapan rindu yang ter over itu.
Elynna berpaling apabila terasa seperti dirinya sedang diperhati. Dia terlibat seorang lelaki yang memandangnya dengan mata yang tidak berkelip dan pandangan yang tajam.
'Eyhh dah kenapa mamat ni tengok aku macam nk telan. Boleh tahan, hidung mancung, kulit sawa matang, auchh!!! body boleh tahan fit, tinggi uihhh... Dalam kata lain perfect la ni...' guman Elynna dalam hati.
"Eyhh aikk!!! Aku ni dah kenapa duk puji lebih-lebih ni.." Dialog Elynna dalam hati lagi. Dia kemudian menggelengkan kepala ya.
Tengku Aina yang perasan dengan perangai pelik sepupunya itu terus menegur sepupu kesayangannya itu.
"Weyhh kau ni dah kenapa tegeleng-geleng macam orang gila ni?" tegur Tengku Aina sambil menepuk bahu Elynna.
YOU ARE READING
ONE DAY?!
Short StorySetiap perkara haruslah bermula dengan sebuah 'PERMULAAN' , termasuklah semua kisah kehidupan... Ya, sama dengan kehidupan Nurul Elynna yang dilahirkan dari keluarga yang agak serba mewah tetapi...Adakah setiap keluarga bahagia? Ariyan Qhalish ... S...