7.00 am [ISNIN]
--------------------------RING!! RING!! RING!!
Bertemu kembali kepada 'hidup aku'. Ya, hari ini adalah hari Isnin. Hari yang aku paling tak ada semangat. Kenapa? Sebab hari ini, hari last untuk hantar design sebelum bermulanya midsem aku minggu depan.
Punyalah aku malas.Aku mendongak ke atas siling bilik aku. Agak-agaknya, boleh ke kalau aku hantar je esok? Malas nak ke kolej lah!
Aku kemudiannya melihat ke arah jam dinding.ALAMAK!
Dah pukul 7 pagi dah ni!
Dengan cepatnya aku bergegas ke bilik air dan memberus gigi. Selepas itu, aku bersiap-siap. Hari ini aku tak nak pakai kemas sangat, cukuplah dengan hoodie dan jeans. Cukup kemas dah tu!
Aku jenis yang memang tak suka pakai banyak make up. Kening haruslah ada, kalau tak ada, aku tak nak keluar rumah. Bagi aku RM500 pun aku tak akan accept challenge kalau disuruh tak bermakeup sehari.
Kening adalah hidup aku.
Lepas siap bermakeup, aku menggayakan hoodie kegemaran aku, yang berwarna merah. Hadiah dari kawan aku masa dia pergi travel kat US dulu. Hm, kan bagus kalau aku pun pernah travel-travel ni. Ni, belakang rumah je yang aku mampu. Takpelah, ada juga rezeki nanti tu.
Aku menyarungkan jeans dan memakai sneaker hitam. Rambut? Simple je, aku sanggulkan dan yang last sekali, aku pakai cermin mata aku. Mata aku ni silau tinggi, tapi mungkin kalau nampak crush lalu, dah buta agaknya!Hahahaha!
Ketawalah, aku berlawak tu.
Sebelum keluar rumah, aku ambil beg laptop aku. Nak kata guna laptop, tak juga, sebab hari ini nak hantar design yang aku lukis je. Tak banyak mana pun, dalam 3 projek macam tu lah.
Tapi memakan masa yang sangat lama untuk disiapkan sebab aku ni pemalas juga orangnya.Aku selalu ikut mak aku kalau nak ke kolej, sebab dia kerja kat bangunan sebelah je. Mujurlah masa aku lambat 5 minit tadi, dia tak tengking aku. Terkejut jiran dibuatnya nanti.
"Dah makan vitamin ke?" Mak tanya. Mak aku ni paling wajib kena makan vitamin-vitamin ni. Aku tak lah kesah sangat tapi dia nak juga aku makan, sampaikan kadang-kadang aku tipu dia. Kata dah makan, tapi sebenarnya belum.
"Belum lagi, nantilah," Aku bergegas masuk kereta diikuti oleh mak aku kat belakang.
"Muda-muda macamnilah kau kena rajin makan vitamin, supaya bila tua nanti taklah kau sakit sana sini," Ada betul juga.
"Yelah, esok je mak. Jomlah, lambat dah ni. Nanti jalan jem," Aku menutup pintu kereta dan kami pun meneruskan perjalanan.
------------------
8.15 am [DI KOLEJ]
"Bye mak," Aku melambaikan tangan aku kepada mama. Dia turut melambai dan memandu ke tempat kerja.
"8.15 am. Awal lagi ni, breakfast lah dulu." Aku berjalan ke restoran yang aku pergi dari hari orentasi sampai ke hari ini.
Aku pun memulakan hari aku dengan senyuman kerana aku dah siap semua assignment Ms Zilah. Sambil aku berjalan ke restoran, aku sempat membelek-belek kertas design aku. Alangkah bangganya diri ini kerana siap tugasan walaupun hakikatnya aku ni pemalas.
Aku ketawa kecil.Tiba-tiba...
gedebuk!
"Lain kali, tengok jalan! Bukan tengok kertas sampah!"
YOU ARE READING
MY BLIND DATE (Bahasa)
Romance"Tak keluar ke malam ni?" Tanya Jes. "Tak lah, aku malas. Lagipun, ada assignment nak disiapkan. Kenapa tanya?" Aku menjawab dengan muka penuh keletihan. Mana taknya, dahlah nak kena siapkan lima sketches dalam masa seminggu. Berserabut dah kepala n...