<180817 KHAMIS>
<2131>
<Di rumah>Cikgu Kim: Oh.. Macam tu ke ceritanya..
Jasmine: So.. Boleh tak ni? Jas nak keluar berbuka puasa dengan diorang?
Cikgu Kim: Boleh, abang izinkan.
Jasmine: Yey!! Thanks cikgu!
Cikgu Kim: Nanti abang hantarkan sayang ya.
Jasmine: Okay.. Eh, tak boleh! Kalau Nazira dengan Teha nampak kita macam mana?
Cikgu Kim: Abang hantarlah sayang awal sikit. Kat Jalan Kota Hang Jebat kan? Abang dengan cikgu-cikgu lain pun makan kat area situ jugak.
Jasmine: Oh.. Yela kalau macam tu.
<200817 SABTU>
<1803>
<Di rumah>Cikgu Kim: Subhanallah.. Why are you so beautiful, darling? Nak pergi berbuka dengan kawan-kawan je pun. Kenapa lawa sangat ni?
Jasmine: *blushing* Err.. Mana ada! Jas takdelah lawa mana pun.. Cikgu perli Jas ke apa?
Cikgu Kim: Ya Allah.. Betul lah. Abang tengah puji sayang ni. Abang tak main-main tau. Isteri abang ni memang cantik since first time abang nampak sayang. Tapi harini A++ lawa sayang tau!
Jasmine: Amboi.. Sampai guna gred eh dia puji kita. Cikgu pun apa kurangnya, hari ni handsome terlebih ni kenapa?
Cikgu Kim: You're saying that I'm handsome? Seriously sayang? Ni first time tau sayang cakap abang handsome! Malu lah! Hihihi
Jasmine: //Err.. Ni yang malas nak puji dia ni.. Kembang semacam jadinya//
Jasmine: Eh dahlah.. Cikgu ni.. Jom, nanti lambat pulak.
Cikgu Kim: Yelah. Jom.
<1835>
<Jalan Kota Hang Jebat>Jasmine: Ha sampai pun korang. 10 minit tau aku tunggu macam tunggul kat sini.
Nazira: Sorry la, abang Grab tu lambat ambil kitorang.
Teha: Yela, kau takpelah. Mak kau yang hantarkan.
Jasmine: Err.. Ha dah, jom. Nak berbuka kat kedai makan mana ni?
Nazira: Nice question. Nama kedai tu ialah.. Cafe Abang Pirate!
Jasmine: What..? Aku tak pernah dengar pun?
Teha: Memang lah tak pernah dengar, sebab baru bukak! Cafe tu jual western food. Kita kan suka makan makanan western!
Jasmine: Oh.. Cafe baru bukak.. Patutlah tak pernah dengar..
Nazira: Jom. Cafe tu kat hujung sana je.
Teha: Jom! Lapar!!!
Nazira: Jom!
-----
<1839>
<Sweet Western Restaurant>Cikgu Kim terus masuk ke dalam restoran itu setelah dia melihat Cikgu Iffah seorang diri menunggu di dalam.
Cikgu Kim: Assalamualaikum.. Lama ke Cikgu Iffah tunggu?
Cikgu Iffah: Waalaikumsalam. Takdelah, baru je. Dalam 10 minit macam tu lah..
Cikgu Kim: Oh macam tu..
-----
Cikgu Kim: Btw, Cikgu Arif and Cikgu Amirah tak sampai lagi, so macam mana?
Cikgu Iffah: Ha.. Saya baru dapat whatsapp dari diorang. Diorang kata ada hal urgent. Tapi tak tahu lah apa yang urgentnya. So, kita dua jelah kot?
Cikgu Kim: Oh, seriously? Kenapa tak bagitahu saya awal-awal?
Cikgu Iffah: Sorry..
Cikgu Kim: Hm it's okay. Let's order?
-----
<2015>
Teha: Wei! sedap gila chicken chop yang aku makan tadi! Murah pun murah, besar pulak tu ayam dia. Nanti nak ajak family aku lah datang sini makan lagi!
Nazira: Betul betul! Kenyang gila doh.. Menjilat jari beb!
Jasmine: //Sedap betul masakan kat cafe tu tadi. Nanti nak ajak Cikgu Kim makan kat sini lah. Hihi!//
Teha: Eh korang, teman aku gi kedai runcit depan tu. Mak aku suruh beli barang sikit lah.
Nazira: Ok.
Jasmine: Ok jom.
Nazira: Wait, Sweet Western Restaurant? Hmm restoran baru jugak ke doh? Tak pernah perasan pun?
Jasmine: A'ahlah. Bukan sebelah kedai runcit ni kedai kosong ke dulu?
Teha: Kan? Lepas beli barang kang, jom usha?
Nazira: Nice!
Jasmine: Pulak dah..
-----
Nazira: Wow.. Cantiknya dalam restoran ni.. Tengok dari luar pun dah cantik wei.
Teha: Kan.. Nanti datang makan kat sini pulak nak? Hihihi..
Jasmine: Eh dia ni.. Berapa kali nak keluar makan ni?
Teha: Kau ni.. Baru sekali kita keluar sama-sama. Aduh..
Jasmine: Hehe. Yelah..
Nazira: Korang.. Cuba korang tengok tu. Kat dalam restoran.
Teha: Ha kenapa?
Nazira: Tu kat meja hujung tu. Cikgu Kim dengan Cikgu Iffah lah!
Jasmine: ...?
Teha: Betul lah wei! Diorang berdua je wei! Dating ke apa ni wei?!!
Jasmine: //What?? Berdua? Kata ada cikgu-cikgu lain sekali? Do-Do you lie to me..?//
YOU ARE READING
[HIATUS] Suamiku Cikgu Kimbab?!
Romance[SLOW UPDATE] Seorang guru baharu telah berpindah ke SMK Taman Tulip. Katanya, cikgu itu berasal dari Seoul, Korea?! Ramai pelajar sekolah itu gila-gilakan cikgu itu kerana terlalu minat tentang Korea sehinggakan menggelar cikgu itu sebagai "Cikgu K...