<210817 AHAD>
<0855>
Cikgu Kim seperti ternampak seseorang yang dikenalinya dari jauh, lalu mengajaknya untuk sarapan bersama. Jasmine memandang orang tersebut. Raut wajahnya terus berubah.
Jasmine: //Cikgu Iffah?!!!!!//
Cikgu Iffah: Assalamualaikum.
Cikgu Kim: Waalaikumsalam. Please have seat and do order your food.
Cikgu Iffah: Thank you, Cikgu Kim.
Jasmine tidak bercakap sehingga mereka bertiga selesai menjamah. Pada masa itu, Cikgu Kim mula memberitahu sesuatu.
Cikgu Kim: Jas, abang ajak Cikgu Iffah sarapan sekali dengan kita sebab abang nak selesaikan hal kita. Jas ingat kan yang abang pernah cerita kat Jas pasal Cikgu Iffah?
Jasmine: Tau.. Cikgu Kim dengan Cikgu Iffah dulu satu universiti..
Cikgu Iffah: Ya, dulu kami bercinta sekejap tapi terpaksa break up sebab keluarga Cikgu tak restu hubungan kami. Lepas dah lama tak berjumpa, Cikgu rasa gembira sangat dapat jumpa Cikgu Kim semula kat sekolah awak. Tapi, tak sangka pulak Cikgu Kim dah berkahwin dengan awak. Cikgu minta maaf banyak-banyak sebab rosakkan hubungan awak dengan Cikgu Kim. Jasmine, maafkan Cikgu ya?
Jasmine hanya membalas senyum.
Cikgu Kim: Hmm benda nak jadi, kan? Saya cuma minta Cikgu Iffah rahsiakan benda ni, boleh?
Cikgu Iffah: No problem.
Selesai sahaja perbualan mereka, Cikgu Iffah meninggalkan Cikgu Kim dan Jasmine kerana dia ada hal di tempat lain. Cikgu Kim dan Jasmine beransur pulang ke rumah mereka.
<0945>
<Rumah kediaman Cikgu Kim dan Jasmine>Setibanya mereka di rumah, Cikgu Kim terus memeluk Jasmine.
Cikgu Kim: Abang minta maaf. Abang banyak lukakan hati sayang. Abang selalu buat sayang sedih. Abang minta maaf. Abang rindu sangat kat sayang.
Mengalir air mata di pipi Jasmine, sebak mendengar kata-kata itu daripada suaminya.
Jasmine: Abang, Jas dah maafkan semuanya. Lagipun, Jas yang banyak berdosa kat abang. Jas tinggikan suara kat abang, Jas tak dengar kata abang, Jas tinggalkan abang. Jas minta maaf.
Cikgu Kim: Abang dah maafkan semuanya. Kita, kosong-kosong ya?
Jasmine: Ya. Jas akan cuba menjadi isteri yang terbaik untuk abang. I love you.
Buat pertama kali Cikgu Kim mendengar kata- kata itu, terukir senyuman yang lebar pada wajahnya lalu dia mencium dahi isterinya.
Cikgu Kim: Abang pun akan cuba menjadi suami yang terrrrrrrrrbaik untuk sayang.
Jasmine tersenyum dan mengangguk.
Cikgu Kim: Malam ni jom dinner kat luar. Sayang tak payah masak.
Jasmine: Ok jom!
Cikgu Kim: Eh kejap. Abang rasa abang ada dengar sesuatu..
Jasmine: Dengar apa, bang?
Cikgu Kim: Ha, tu! Sayang panggil abang 'Abang'. Sebelum ni sayang panggil abang 'Cikgu' je.
Jasmine: Eh.. Err.. Jas rasa dah tiba masanya Jas panggil suami Jas dengan panggilan yang lebih sesuai dan lebih mesra. Betul tak, abang?
Cikgu Kim: Betul tu! Sedap hati abang dengar. Gomawo.
Jasmine: Nee. Eh, bersepahnya rumah ni.
Cikgu Kim: Hehe.. Sejak Jas takda haritu, abang macam tak tentu arah.
Jasmine: Baru berapa hari, dah jadi macam ni? Apalah abang ni.
Cikgu Kim hanya mampu tersengih.
Jasmine: Takpelah, Jas nak tukar baju pastu nak kemas rumah. Abang pergilah berehat.
Cikgu Kim: Ok sayangggggg.
<2015>
Cikgu Kim: Hmmm sedapnya bauuu!
Jasmine: Ni Jas masakkan lauk fav abang. Ikan patin masak lemak tempoyak!
Cikgu Kim: Wahhh! Ini betul-betul lauk fav abang ni!
Jasmine menuangkan dua senduk nasi ke atas pinggan lalu memberikannya kepada Cikgu Kim. Cikgu Kim menerima pinggan itu dan terus mencedok kuah masak lemak itu ke atas nasinya.
Cikgu Kim: Sedapnya sayang...!!!! Ni paling sedap lah yang abang pernah makan!
Jasmine: Betul ke ni bang? Alhamdulillah. Makan lah lagi.
Cikgu Kim: Nee!
<2205>
Jasmine dan suaminya berehat sambil menonton televisyen di ruang tamu. Jasmine yang duduk dan kepalanya bersandar pada bahu suaminya, ternampak suaminya menguap.
Jasmine: Abang dah ngantuk ke? Jom lah kita tidur.
Cikgu Kim: Abang mengantuk.. Tapi nak tengok cite ni.. Tapi.. Huaaaaa~~ *menguap*
Jasmine: Tengok tu. Menguap lagi. Dahlah jom tidur. Esok nak masuk kerja. Jas pun sekolah esok.
Cikgu Kim: Ok.. Dukung abang dulu.
Jasmine: Eh abang ni. Jas ni kecik je. Tak larat la nak dukung abang.
Cikgu: Hehe.. Gurau jeeee.
Mereka berdua pun masuk ke dalam bilik.
Cikgu Kim: Hmm. Dah lama tak peluk sayang. Dah lama tak tidur berdua.
Jasmine: Eh, ngengada. Bukannya lama nau.. Bukannya sampai sebulan pun.
Cikgu Kim: Walaupun tak sampai sebulan, rindu abang pada sayang macam setahun tau!
Jasmine: *cubit pipi Cikgu Kim*
Jasmine: *bisik* I love you, Abang.
Cikgu Kim: 나도 사랑해 (Nado saranghae - I love you too)
Cikgu Kim lalu mencium dahi Jasmine. Mereka berdua pun tertidur sambil berpelukan.
YOU ARE READING
[HIATUS] Suamiku Cikgu Kimbab?!
Romance[SLOW UPDATE] Seorang guru baharu telah berpindah ke SMK Taman Tulip. Katanya, cikgu itu berasal dari Seoul, Korea?! Ramai pelajar sekolah itu gila-gilakan cikgu itu kerana terlalu minat tentang Korea sehinggakan menggelar cikgu itu sebagai "Cikgu K...