Berpisah Sementara?!

314 8 0
                                    

<180817 KHAMIS>

<2149>

Merata Cikgu Kim mencari Jasmine, selama hampir 30 minit. Tetapi Jasmine tak kelihatan. Cikgu Kim telah beberapa kali cuba call Jasmine tapi tak diangkat.

"Oh, mungkin dia dah balik rumah naik grab kot!" Kata hati Cikgu Kim. Terus dia memecutkan kenderaannya pulang ke rumah.

<2220>

Cikgu Kim menjadi buntu. Jasmine tiada di rumahnya juga. Hampir 10 minit Cikgu Kim termenung di dapur. Sehinggalah dia terfikir yang mungkin Jasmine berada di rumah ibunya.

Cikgu Kim: Assalamualaikum, ibu! Jas.. Jas ada kat sana ke ibu?

Ibu: Waalaikumsalam. Kim, apa yang kamu dah buat pada Jasmine? Jas balik rumah ibu sorang-sorang malam-malam macam ni naik grab kamu tahu tak? Dia balik menangis-nangis terus masuk bilik dia. Apa dah jadi ni?

Cikgu Kim: Maafkan saya, ibu. Panjang ceritanya. Saya datang ke rumah ibu sekarang ya? Saya nak bawa balik Jasmine.

Ibu: Eh, tak perlu. Biarlah Jasmine kat sini, rehat dan tenangkan fikiran dia dulu. Ibu taku kalau dia nampak kamu, lagi fikiran dia serabut. Kamu pun pergilah rehat. Mesti kamu penat cari Jasmine merata tempat kan?

Cikgu Kim: Kalau macam tu, baiklah ibu. Ibu tolong tengokkan Jas, ya?

Ibu: Ok, kamu jangan risau.

Cikgu Kim: Terima kasih.

<190817 JUMAAT>

<0745>

Teha: Wei Jas, kau kenapa doh malam tadi? Blah macam tu je?

Nazira: Tulah pasal. Kenapa kau?

Jasmine: Oh.. Aku.. Aku lupa mak aku amik awal.. Tu yg aku berlari tinggalkan korang. Sorry au hehehe..

Teha: Hmm yekeeee?

Jasmine: Ya.. Betullah.

Nazira: Tu.. Mata kau tu sembab semacam je.. Mcm baru lepas menangis satu malam.

Teha: Betul, aku perasan jugak mata Jas ni.

Jasmine: Eh, yeke? Aku nangis sebab.. Sebab aku baca novel omputih tu.. Sedih sangat wei ending dia.. Tu yang menangis aku malam tadi..

Teha: Yeye je kau ni..

Jasmine: Ish, betullah. Tak percaya, sudah.

Nazira: Hm. Eh dah, cikgu dah masuk..

-----

<1130>

Teha: Weh korang, Harini masuk topik baru kan?

Nazira: Aahla. Takpe, kali ni aku ingat nak bawak buku teks. Kau takyah nak ingatkan aku lagi dah.

Teha: Hahahaha. Bagus. Berbuih mulut aku nak ingatkan kau untuk bawak buku teks.

Sementara Nazira mengeluarkan buku teks Matematik, Cikgu Kim masuk ke dalam kelas. Cikgu Kim mulakan kelasnya seperti biasa. Setelah sejam berlalu, iaitu tamat waktu subjeknya, Cikgu Kim memanggil Jasmine.

Cikgu Kim: Jas, nanti sebelum balik, jumpa saya di bilik guru. Boleh?

Jasmine: O-Ok.. //Ish.. Aku taknak jumpa dia lah.//

<1435>

Jasmine masuk ke dalam bilik guru dan terus berjalan ke arah meja Cikgu Kim di bahagian unit Matematik. Cikgu Kim yang sedang menyusun fail-failnya, ternampak Jasmine berjalan ke arahnya.

Cikgu Kim: Jom. Kita balik.

Jasmine: Harini Jas balik naik bas, balik rumah ibu. Cikgu ada nak cakap apa-apa lagi?

Cikgu Kim: Jas, please. Kita balik rumah, Abang nak explain everything.

Jasmine: Explain apa lagi, Cikgu? Mata saya ni tak buta lagi tau. Saya nampak Cikgu dengan Cikgu Iffah je kat restoran tu. Takda cikgu lain pun.

Cikgu Kim: Tak, Jas. Please bagi Abang explain. Masa tu-

Jasmine: Cikgu, sekarang bukan masa yang sesuai cikgu nak explain apa-apa. Dahlah, Cikgu. Nanti Jas tertinggal bas. Jas pergi dulu.

Cikgu Kim: Jasmine, tunggu!

Jasmine terus pergi keluar dari bilik guru itu. Cikgu Iffah yang ternampak mereka berdua tadi, pergi ke arah Cikgu Kim.

Cikgu Iffah: Cikgu Kim. Kenapa tu?

Cikgu Kim: Takde apa. Jangan nak menyibuk.

Cikgu Iffah: Awak berdua bergaduh ke apa tadi? Macam laki bini.

Cikgu Kim: Cikgu Iffah, saya cakap jangan menyibuk, kan? Dah, saya balik dulu.

Cikgu Kim meninggalkan Cikgu Iffah berdiri tercegat di situ.

Cikgu Iffah: //Eh, yang dia ni nak marah sangat kenapa?//

<2112>

Cikgu Kim menghubungi Jasmine beberapa kali, menghantar mesej sebanyak yang mungkin, tapi tiada satu pun yang dibalas oleh Jasmine. Untum kali berikutnya, Cikgu Kim cuba untuk menghubungi Jasmine. Kali ini Jasmine mengangkat deringan telefonnya.

Cikgu Kim: Jasmine?!

Jasmine: Cikgu nak apa lagi?

Cikgu Kim: Jas, esok Jas free?

Jasmine: Kenapa?

Cikgu Kim: Abang nak bawa Jas keluar. Boleh?

Jasmine: Tak boleh. Jas ada banyak homework nak kena siapkan.

Cikgu Kim: Please, Jas. Abang nak explain semuanya. Sekejap pun jadilah.

Jasmine: Ok. Sekejap je.

Cikgu Kim: Okay! Esok Abang ambil Jas dekat rumah ibu ya?

Jasmine: Ok.

Jasmine meletakkan panggilan itu. Kadang-kadang, rasa serba salah timbul dalam lubuk hatinya. Baginya, lebih baik dia beri peluang kepada Cikgu Kim untuk jelaskan hal yang sebenar.

[HIATUS] Suamiku Cikgu Kimbab?!Where stories live. Discover now