Part 8 🌸

10.1K 107 19
                                    

GENAP lapan bulan berlalu sejak Nayyara Audra pulang dari US, dia tidak lagi bertemu dengan Adrish Zafran.

Lelaki itu hilang bagai ghaib ditelan bumi sebaik sahaja tiba di Malaysia sedangkan mereka menaiki penerbangan yang sama dari US.

Adrish Zafran hilang sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di KLIA. Lelaki itu lesap di tengah-tengah kesibukan orang ramai. Lansung tidak dapat dikesan ke mana perginya sehingga hari ini.

Mengenangkan hal itu membuatkan Nayyara Audra sakit hati. Pasti Adrish Zafran sudah berpakat dengan dua orang kawan baiknya itu.  Adam dan Danial! Huh!

Serata Kuala Lumpur sudah diredah oleh pengawal peribadi Nayyara Audra tetapi mereka tidak dapat menjejaki Adrish Zafran. Pandai betul lelaki itu menyembunyikan diri.

"Eiiii... Geram betulah!!.." Nayyara Audra menjerit melepaskan perasaan. Pasu bunga yang berada dekat dengan kakinya, ditendang kuat. Pecah berderai. Habis tanahnya terhambur keluar. Dia membiarkan sahaja.

"Ya Allah!! Habis bunga mama rosak rosak!! Kenapa dengan Yara ni??.."  Datin Maisarah memekik dari muka pintu ruang rehat. Tadi dia terdengar bunyi pasu pecah dari ruang santai diluar rumah.

Cepat-cepat dia berlari untuk menjengkuk keluar. Tidak disangkanya, pasu bunga kesayangannya pecah di hujung kaki anak manjanya Nayyara Audra.

"Yara ni, kalau nak marah sekalipun, janganlah sampai harta benda mama jadi masa! Sayang tau!!.." getus Datin Maisarah sambil mengangkat pokok bunga yang masih lekat pada gumpalan tanah. Matanya mengerling ke arah wajah anaknya yang masam mencuka.

"Alah... Pokok bunga tu mama boleh beli lagi. Tapi bakal menantu mama tu, mana nak cari? Yara dah fed uplah!!.." Nayyara Audra terus-terusan menarik muka masam.

Datin Maisarah mengeleng-geleng. Nampaknya, anaknya masih mengenangkan Adrish Zafran. Sedangkan sudah lapan bulan lelaki itu lesap, lansung tidak menghubungi keluarganya.

"Sudahlah tu Yara, kalau dah lari macam tu, itu tandanya dia tak suka Yara. Janganlah paksa dia lagi. Kesian dia.." pujuk Datin Maisarah.

Bulat mata Nayyara Audra mendengar kata-kata mamanya. Badannya tertegak ke depan memandang Datin Maisarah yang sibuk menguis-guis tanah yang bertaburan di atas lantai. Wajah mamanya ditatap dengan penuh rasa geram.

"Mama menyebelahi Zafran?? Dia dah buat hati Yara sakit tau! Yara malu! Kawan-kawan Yara semua dah bertanya bila kami nak kahwin! Apa Yara nak jawab? Bakal suami hilang? Macam tu? Eiii.... Pleaselah mama!!.." Nayyara Audra semakin marah.

"Bukan macam tu, Yara. Sebetulnya, Yara dengan Zafran belum jadi tunang pun. Salah Yara jugak, kenapa cepat sangat beritahu kawan-kawan Yara yang Zafran tu tunang Yara??..." balas Datin Maisarah. Sungguh bersahaja. Tidak ada tanda mahu menyebelahi anaknya itu.

"Mama!! Kan family kita dah setuju dengan family  dia, supaya Yara dan Zafran kahwin.." ujar Nayyara Audra geram.

"Itu cuma rancangan family, belum jadi lagi. Satu lagi Zafran tak suka dan tidak setuju kan?.." Datin Maisarah pantas memotong percakapan anaknya.

"Zafran suka ke tidak,  ada Yara kisah! Yara tetap nak kahwin dengan dia. Mama tak nak ke bermenantukan lelaki macam Zafran tu ke?.." Nayyara Audra cuba memancing reaksi mamanya.

Datin Maisarah berhenti daripada menguis tanah. Bermenung seketika seperti memikirkan sesuatu sebelum tersenyum panjang.

"Siapa kata mama tak nak? Zafran tu kacak, baik orangnya. Tak sombong dan tidak riak. Bukan kaki perempuan, segalanya perpect kat dia, mestilah mama suka kalau dapat menantu macam tu.." balas Datin Maisarah.

Cepat-cepat Nayyara Audra meningkah.

"Habis tu?, Yara look mama macam tak excited aje?.." rungutnya.

Datin Maisarah mengeluh sebelum menjawab pertanyaan anak manjanya itu yang tidak faham bahasa.

"Yara kena faham. Soal hati dan perasaan. Tak boleh dipaksa, mama tak mahu Zafran terpaksa jadi menantu mama dan tidak rela. Yara tak boleh memaksa hati seseorang. Dan yara tak boleh suka hati juga nak paksa Zafran kahwin dengan yara. Sudahlah! Jangan difikirkan sangat. Kalau dia betul-betul setuju nak jadi husband yara, dia akan balik juga jumpa Yara nanti..." panjang berjela Datin Maisarah bersuara menasihati anaknya.

Nayyara Audra sungguh kecewa mendengar jawapan mamanya.

"Huh!! Kalau nak tunggu dia balik dan jumpa Yara, sampai kiamat pun dia takkan balik. Hm!! Macamlah Yara ni buruk sangat..."  tekan Nayyara Audra.

"Haa.. Itu tandanya, Zafran tak cintakan Yara, sudahlah... Lupakan aje Zafran tu Yara, mungkin dia dah ada pilihannya sendiri..." balas Datin Maisarah kepada anak manjanya yang degil.

Lalu dia bangun dan beredar dari situ. Tidak mahu memanjangkan perbincangan dengan anaknya yang sememangnya keras kepala.

Nayyara Audra merengus kuat sambil menghenyakkan punggungnya di atas kerusi dengan kedua-dua belah tangannya bersilang di dada.

Matanya tajam memerhatikan mamanya membawa pergi serpihan pasu bunga tadi.

"Tak faham betullah dengan peragai mama ni! Masih boleh berlagak tenang. Macam tak ada apa-apa berlaku. Kalau suka nak bermenantukan Zafran, paksalah dia kahwin dengan aku!. Ini tak, biarkan aje lelaki tu hilangkan diri. Buat malu aku!! Zafran pun satu, suka buat aku marah!!.." bisik hati Nayyara geram.

"Jangan main-main dengan aku Zafran!! Kalau aku tak dapat memiliki kau, orang lain jugak takkan merasa sentuh kau!!. Ini Nayyara Audra!! Aku akan dapatkan apa sahaja yang aku suka, by hook or by crook!! Tengoklah nanti!!.." bisik Nayyara penuh dendam dan amarah.

Bersambung....🌹

Nayyara Audra🗡

Hi ulos! Author update yaa,but sorry kalau hambar , wait yahh next part

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hi ulos! Author update yaa,but sorry kalau hambar , wait yahh next part.. Hope uols enjoyy okay 💋 muahh ciked❤💕

Done!
Please Vote Vote & Coment!
Thankyou.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 04, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Only You ForeverWhere stories live. Discover now