GINCU merah jambu disapu lembut ke bibir. Daliya kemudiannya mengambil sehelai tisu dan mengapit di antara bibir untuk mengemaskan rataan.
Cukup dengan bedak padat sahaja. Wajahnya sudah terserlah cantik. Dengan rasa rendah diri, Daliya memanjatkan rasa syukur kepada Allah terhadap kurniaan seraut wajah dan tubuh sempurna.
Selepas puas hati dengan penampilan sederhana berseluar jean hitam dan baju berwarna merah jambu, dia keluar dari bilik.
Ketika menuruni anak tangga, dia lihat Syakila dan Amira sedang berkumpul di ruang tamu. Gelak ketawa mereka memenuhi ruang. Dia menggeleng. Syakila dan Amira kalau berborak, memang tidak ingat dunia.
"Aku dah siap ni, jomlah.." kata Daliya sambil berlalu ke muka pintu.
Ketika itu juga Daliya melihat Rozita sedang berjalan sambil menjinjing kasut tumit tingginya. Gaun labuh warna hitam yang dipakai, mendedahkan paha mulusnya. Ada date lah tu!
"Eh! Rozita.. Kau nak kemana pakai cantik sangat tu??." tegur Amira.
"Ada date!!." jawab Rozita sambil lewa.
"Dengan siapa?? Hm.. dengan jejaka handsome yang kerja kat restoran tu ke??." duga Amira dengan senyuman mengusik.
"Tolonggglah!!! Tak kuasa aku nak date dengan dia tu, selekeh! Buang masa aje lah!!." sangkal Rozita.
"Apa kurangnya dia tu.. Muka handsome, tinggi pulak tu, kereta pun ada. Hah, apa lagi tak cukupnya?? Kau tu pun kerja 7eleven aje!.." sindir Syakila. Geram mendengar kata-kata Rozita.
"Setakat muka handsome, tapi pakai kereta lama mcm tu, dah la buruk pulak buat apa!! Ieeuuu !! jatuh lah saham aku! Aku ni ada banyak lagi Datuk-Datuk tunggu giliran nak date dengan aku!!." betapa bongkaknya dan sombongnya Rozita menuturkan kata-katanya.
"Ehh!! Jomlah! Tadi kata nak makan?" Daliya tiba-tiba bersuara setelah bosan mendengar ayat yang keluar dari mulut Rozita.
Entah apa kebetulannya, Zafran muncul didepan rumah. Tetapi Rozita tidak mempedulikan lansung kehadiran Zafran. Sebaliknya, dia terus menaiki kereta BMW yang juga baru sampai disitu.
Zafran buat tidak tahu sahaja. Sebaliknya menumpukan perhatian pada tiga gadis didalam kereta kancil warna merah hati itu.
Syakila menurunkan cermin tingkap keretanya. Dia dan Amira sama-sama tersenyum memandang Zafran.
"Tunggu apalagi, Syakila cepatlah!!." rungut Daliya yang duduk di kerusi belakang sambil menepuk bahu Syakila yang leka memandang Zafran. Gatal betul!
Tiba-tiba Syakila keluar dari kereta, lalu mendekati Zafran yang masih tercegat di tepi keretanya.
"Ehh, awak.. dah makan belum? Kalau belum jom ikut kitaorang makan!.." ajak Syakila.
Daliya terbeliak biji mata mendengar pelawaan Syakila. Apatah lagi bila melihat betapa selambanya Syakila menarik tangan Zafran. Amboi! Peramah terlebih pulak si syakila ni! Dah tu siap ditariknya tangan Zafran tu supaya masuk kedalam kereta.
Zafran menurut tanpa banyak bicara lalu duduk di sebelah Daliya. Daliya menjeling ke arah Syakila dan Amira yang sedang tersengih-sengih didepan.
"Saya Syakila, ini Amira dan yang cantik manis sebelah awak tu Daliya.." Syakila semakin bertambah ramah memperkenalkan diri mereka.
"Adrish Zafran.." Zafran juga memperkenalkan dirinya.
Daliya semakin gelisah. Zafran disebelahnya hanya tersenyum manis. ruang kereta kancil yang sememangnya sempit itu, membuatkan bahu mereka bersentuhan. Malah paha mereka juga turut berlaga. Daliya muka terasa janggal. Belum pernah dia duduk serapat ini dengan mana-mana lelaki.
"Panjang benar lutut awak!!." getus Daliya geram. Menjeling sekilas pada lutut Zafran. Kepanjangan itu menyebabkan paha mereka berlaga.
Zafran tersenyum sumbing dengan wajah merah padam.
"Nak buat macam mana? Dah aku ni tinggi...." bisik Zafran perlahan.
Daliya terkesima. Rapat benar mereka ketika ini. Dia menjeling Zafran yang galak merenungnya.
"Duduk diam-diam ya, Zafran.. Jangan nakal-nakal kat belakang tu.. Daliya tu single lagi tau!!.." Amira ketawa mengusik. Syakila ikut sama mengekek.
Daliya geram dengam usikan itu. Tiba-tiba, dia tidak jadi berani menoleh ke arah Zafran yang asyik tersenyum memandangnya. Lebih baik dia memandang keluar tingkap.
🌸🌸🌸🌸🌸
"BALIK-BALIK mee sup! Kau ni kan! Baik tak payah makan luar! Asyik menu sama aje!..." Syakila merungut bila mendengar Daliya memesan makanan itu.
Daliya hanya menjeling. Geramnya pada Syakila dan Amira makin bertambah. Jika tadi dia terpaksa berhimpit-himpit dengan Zafran didalam kereta, kini dia terpaksa pula duduk bersebelahan dengan Zafran.
"Zafran kitaorang nak tanya sikit, marah tak??." Syakila bersuara tiba-tiba.
"Apa dia??." balas Zafran perlahan dengan senyuman tak lekang diwajah. Berbunga riang hatinya kerana mendapat peluang keemasan berada dekat dengan Daliya.
"Kenapa awak, terkejar-kejar sangat si Rozita tu? Dia tu playgirl tau, jantan keliling pinggang!.." Syakila berterus terang tanpa berselindung.
"Errrr....." Zafran nampak ragu-ragu untuk menjawab.
"Saya saja nak cuba nasib..." sambungnya acuh tak acuh.
"Huh!! Dasar lelaki! Pantang tengok perempuan dahi licin.!" begitu pantas Daliya mencantas kata-kata Zafran.
Merah padam wajah Zafran.kulit pipinya terasa berbahang menahan malu.
"Kalaulah korang tahu, bukan niat aku mahu memikat Rozita tu!! Itu semua kerana cabaran Danial tu!! Tak rela aku nak dekat dengan perempuan macam tu!! Lagipun aku datang rumah korang tadi, bukannya nak jumpa Rozita tu, tapi aku nak jumpa si cantik manis sebelah aku ni haa...." Zafran hanya berani berkata-kata didalam hati.
"Ieeee.... Tak payah lah!! Awak susah-susah, kalau nak cari isteri, ni hah... Si Daliya calon yang paling sesuai dengan awak!!..." usik Syakila dengan galaknya.
Hampir tersedak Daliya mendengar ayat Syakila. Zafran senyum meleret lalu menoleh ke arah Daliya. Matanya merayap ke seluruh wajah Daliya. Dia suka melihat wajah bersih dan putih Daliya dengan bibir bersalut gincu merah jambu. Comel!
"Ehemm!!..." Syakila berdehem.
"Asyik nampak!!.." usiknya Amira pula.
Zafran tersipu-sipu. Dia berpura-pura melurut rambutnya ke belakang. Amira dan Syakila tersenyum penuh makna.
Ada skandal bakal berlaku.....
Bersambung.........🌹
Author update yaa... Enjoyy uols!!❤
Done!
Please Vote Vote & Coment!
Thankyou.
YOU ARE READING
Only You Forever
RomansCinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim.. Begitulah cinta Zafran terhadap Daliya tidak pernah pudar mahupun bermusim. selama matanya terbuka sampai jantungnya tidak berdetak, selama itu jugalah dia mampu mengenangkan Da...