BAB 2

1.9K 13 0
                                    


"Mak Piah, mama dengan papa mana?"

Mak Piah yang sedang membancuh minuman menoleh ke arah Hana. Gadis itu sedang makan sambil tertinjau-tinjau pintu belakang. Taman mini berhampiran gazeboo memang jelas kelihatan dari situ. Mak Piah menggeleng.

"Mama dengan papa kat pejabatlah waktu tengah hari macam ni." Jawab Mak Piah. "Hana intai apa?" Soalan itu dia tanyakan juga walaupun sudah tahu jawapannya.

"Wazif tu. Pekerja baru ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni... dia handsomelah Mak Piah. Kacak luar biasa. Pelik tau tengok lelaki kacak macam tu kerja biasa-biasa aje. Kalau jadi model tu, sah boleh kaya. Mesti banyak orang nak kat dia." Bebel Hana sambil memerhatikan Wazif. Pada pandangan matanya lelaki itu nampak canggung membuat kerja.

"Rasanya saya jatuh cinta pandang pertama kat dia." Tambah Hana lagi.

"Hana kena hati-hati. Takkan nampak lelaki kacak terus nak jatuh cinta. Lelaki kacak biasanya banyak makwe." Mak Piah turut meninjau Wazif. Dalam berbicara sempat lagi memberi peringatan.

"Tapi kan... nama dia macam selalu dengar."

"Mana Hana pernah dengar."

Hana garu kepalanya dengan hujung sudu. Satu tabiat buruk dia apabila sedang makan. Mana pula dia pernah dengar nama Wazif ni.

"Entah. Lupa." Ringkas jawapan Hana. Rasanya dia selalu mendengar nama Wazif. Tetapi ini kali pertama dia bertentang mata dengan lelaki itu. Malas hendak berfikir, Hana sambung makan.

"Macam pernah dengar tapi lupa..." Omel Mak Piah yang baru sahaja selesai membancuh air sirap.

"Baru Hana ingat. Ketua pengawas sekolah Hana dulu nama Wazif. Sama macam nama tukang kebun tu. Tapi Wazif tu pandai... sambung belajar luar negara." Hana cuba memerah otaknya untuk mengingat. Dia ingat-ingat lupa wajah Wazif ketua pengawasnya dahulu.

"Macamlah dia seorang aje nama Wazif." Mak Piah meletakkan gelas ke dulang. Cuaca agak panas saat ini. Sebab itu disiapkan air untuk Wazif.

"Betullah tu. Bukan dia seorang aje Wazif. Tak boleh nak ingat macam mana rupa Wazif tu. Pening kepala saya." Hana bercakap sambil menyuap makanan.

"Cik Hana pening? Mak Piah panggil doktor ya."

"Pening sikit aje. Tak payahlah panggil doktor."

"Kalau macam tu Cik Hana makan dulu. Mak Piah nak hantar air..."

"Untuk Wazif ke? Hana hantarkan." Hana terus bangun dan merampas dulang dari tangan Mak Piah. Tanpa menunggu keizinan dia terus bawa dulang keluar.

"Wazif. Saya bawakkan awak air. Jom minum dulu." Hana meletakkan dulang ke meja batu. Seterusnya dia duduk di sebelah Wazif yang sedang berehat. Lelaki itu beranjak sedikit menjauhinya.

"Awak ni sombong sangatlah."

Hana mengubah duduknya mendekati Wazif. Wazif pula menjauh. Hana tidak putus asa. Hingga akhirnya Wazif bangun dan duduk di kerusi sebelah.

Wazif mencapai gelas berisi sirap ais dan meneguk sedikit. Hilang rasa dahaganya ditengah panas terik begini.

"Air tu saya dah taruk ubat guna-guna."

Tersembur air sirap dari mulut Wazif. Mujur hanya sedikit. Dia mengelap mulutnya dengan tangan. Mata dihalakan ke arah Hana yang tersenyum lebar.

"Saya tipu aje. Takkanlah saya nak buat macam tu." Hana tersengih lebar. Hendak ketawa pun ada melihat gelagat Wazif tadi. Takkan tidak boleh fikir logik. Mana sempat dia hendak jumpa bomoh minta ubat guna-guna.

Mendengar kata-kata Hana, Wazif menjeling gadis itu sekilas sebelum sambung minum. Hampir sahaja gadis itu membuat dia kena serangan jantung. Hal bomoh membomoh boleh pula dibuat bahan gurauan.

"Saya yakin, saya boleh tambat awak dengan cinta saya." Ucap Hana penuh yakin.

"Cinta?" Wazif dengan nada mengejek.

"Kenapa?"

"Bagi saya cinta pertama tak wujud. Lagi-lagi cinta perempuan gatal macam Cik Hana." Wazif bangun untuk menyambung kerjanya.

"Awak kata saya gatal." Hana mula meradang. Dia terus berdiri di sebelah Wazif dengan mencekak pinggang. Mata dijengilkan.

"Kalau bukan gatal nak panggil apa? Cik Hana tengok saya macam nak terkam aje. Lepas tu mengaku taruk ubat guna-guna..." Wazif pamer senyum nakal lalu menyambung ayatnya, "Ada perkataan lain ke selain gatal."

Hana menganga.

"Gatal." Sekali lagi Wazif memanggil Hana gatal.

"Bukan gatallah." Hana bersilang lengan pula. Lelaki ini harap sahaja muka kacak tapi ayat tidak menyenangkan telinga langsung. Patut dia asidkan aje mulut lelaki itu. Tapi nanti hilang kacak pula.

"Kalau bukan gatal apa? Ada ayat lain ke?" Wazif dekatkan mukanya ke wajah Hana dengan senyuman mengejek. Sengaja membuat gadis itu sakit hati.

"Salah awaklah sebab kacak sangat sampai saya tak boleh kawal diri."

"Kalau macam tu Cik Hana nak salahkan Allah sebab anugerahkan saya rupa kacak. Macam tu."

"Taklah. Mana ada macam tu." Nada suara Hana mengendur.

"Cik Hana dengar sini." Wazif halakan mata ke arah Hana. Namun hanya seketika kerana dia alihkan pandangan. Tidak berani bertentang mata dengan gadis itu. Pandangan mata galak Hana membuatkan dia kelu.

"Saya tunggu ni Wazif. Awak nak cakap apa? Awak sudi sambut cinta saya ke?" Hana menunggu Wazif berbicara dengan penuh debaran.

Mata Wazif kembali melihat Hana. Kalau dia tidak berhati-hati, pasti dia akan jatuh ke dalam perangkap cinta acah-acah gadis ini. Dia memang tidak percaya pada cinta pandang pertama. Mengarut sahaja.

"Cik Hana fahamkan apa yang saya cakap ni. Saya cakap slow-slow supaya Cik Hana faham."

Hana angguk.

"Saya datang sini nak kerja. Nak cari rezeki yang halal. Bukan ambik kesempatan untuk meraih cinta anak tuan rumah. Cik Hana kena sedar taraf kita berbeza. Beza sangat macam langit dengan bumi."

"Awak ni kejam tau."

"Tolong jaga jarak kita. Dan tolong jaga kelakuan Cik Hana." Wazif rasakan dia sudak katakan semua yang terlintas di kepalanya. Dia tidak mahu niatnya terpesong.

"Terima kasih sebab ingatkan saya..." Hana ubah tempat duduknya. Selamba sahaja dia duduk di sebelah Wazif. "Jangan fikir awak cakap macam tu saya akan putus asa. Penolakan awak membuatkan saya lebih semangat."

"Cik Hana."

"Shyy." Hana letak jari telunjuknya di bibir Wazif. Mematahkan kata-kata lelaki itu. Sebelah tangan lagi mencengkam pergelangan tangan Wazif. "Satu hari nanti awak akan jadi milik saya. Awak tunggu aje."

Wazif menepis tangan Hana. Dia terus bangun dan berpindah tempat duduk. "Saya akan pastikan awak gagal Cik Hana."

"Saya tak akan gagal." Hana senyum yakin. Ini Hana Imelda anak Datuk Hasrul. Dia tidak pernah gagal mendapatkan apa yang dia mahu.

"Suka hati Cik Hana. Saya nak sambung kerja. Kalau saya kena marah dengan Datin semua sebab Cik Hana. Kalau saya kena buang kerja semua sebab Cik Hana." Wazif mengambil pencakar rumput untuk menyapu daun kering.

"Okey saya tak kacau awak. Itu pun sebab saya tak nak mama buang awak." Hana bangun. Ugutan Wazif betul-betul membuatkan dia kecut. Memang dia akan pastikan Wazif terus bekerja di situ sehingga jatuh ke tangannya. Atau dengan kata lain sehingga dia dapat jadikan Wazif suaminya.

"Kerja elok-elok tau. Saya tengok awak dari jauh. Babai bread butter puding." Dengan berat hati Hana melangkah masuk kembali ke dalam rumah.

"Kenapa muka monyok aje tu?"

Hana tidak perdulikan teguran orang gajinya. Dia terus panjat tangga untuk naik ke biliknya. Berada dekat dengan Wazif membuatkan ingatannya terbang melayang ke arah ketua pengawasnya semasa tingkatan satu.

Dia... Tukang Kebun - PUBLISHEDWhere stories live. Discover now