BAB 3

1.2K 12 0
                                    

"Mana pulak majalah ni." Hana mengomel sendiri sambil memunggah keluar semua barang-barang yang terkandung di dalam kontainer plastik tempat dia menyimpan barang-barang sekolahnya. Hanya ada majalah sekolah semasa dia di tingkatan 2 hingga tingkatan 5.

"Ada sesiapa pinjam ke?" Hana garu kepala. Seingatnya semasa dia mengemas tiga bulan lepas majalah itu ada lagi.

Entah kenapa hatinya meronta-ronta hendak tahu bagaimana rupa Wazif ketua pengawas mereka semasa di tingkatan 1. Hana capai telefon bimbitnya. Terus dia dail nombor kawan baiknya, Tina."

"Hello babe." Hana memulakan bicara sebaik sahaja talian disambungkan.

"Tak reti bagi salam ke. Nak kata kau bercampur dengan mat salih kau belajar kat Jepun." Selamba sahaja Tina menyindir.

"Assalamualaikum." Hana tersengih. Teruja sangat sehingga dia terlupa memberi salam.

"Ha... Waalaikumsalam. Ada apa?" tanya Tina.

"Kau ada pinjam majalah Gemilang aku tak?"

"Majalah apa tu?"

"Majalah sekolah kita lah. Aku ada simpan semua tapi sekarang ni majalah masa kita form one takde. Kau ada pinjam ke? Bukan dulu kau kata nak pinjam ke?"

Suasana senyap seketika. Tiada jawapan dari Tina.

"Babe... kau ada kat situ lagi ke?" tanya Hana tidak sabar.

"Bila masa kau bagi aku pinjam. Kau kan kedekut punya manusia. Lagi-lagi majalah masa kita form one. Ada crush kau kan."

Sebut fasal crush, Hana terus tersenyum. Dia meniarap atas katil. Kepalanya cuba membayangkan jejaka berbaju biru yang sering menjadi mangsa matanya yang nakal.

"Majalah tu lah yang hilang. Aku lupa muka crush aku tu. Sebab tu aku cari majalah tu. Nak recall balik muka dia." Hana tukar posisi. Dia baring pula. Matanya menghala ke arah siling. Majalah itu satu-satunya yang dia ada untuk mengingat kembali bagaimana wajah Wazif.

"Apalah kau ni. Nama aje crush. Boleh lupa muka dia. Crush acah-acah ye. Atau kau dah ada crush lain. Mencurang lagi dengan mata sepet." Sindir Tina.

"Kau tak ada ke majalah tu?" Hana tidak perdulikan sindiran Tina. Memang dia ada ramai kawan mata sepet di universiti tetapi tiada satu pun yang jadi teman istimewa.

"Kau dah lupa ke rumah aku kebakaran dulu. Habis semua majalah aku terbakar. Kau ni banyak sangat makan semut ni. Semua lupa."

Hana ketawa. Memang dia terlupa tentang itu. Mungkin dia boleh tanyakan kepada kawan-kawan mereka yang lain tentang majalah itu. Tetapi siapa agaknya. Pasti timbul gosip kalau dia bertanya kepada kawan-kawan mereka yang lain.

"Kenapa kau tiba-tiba sebut fasal Wazif. Dah berbelas tahun kot. Mesti muka dia dah lain. Entah-entah dah ada pulau kat kepala dia. Ataupun perut dah ke depan."

Hana tergelak. Memang kalau difikirkan ada kebenarannya kata-kata Tina. Tetapi rasa tidak logik pun ada. Kalau ikutkan umur ketua pengawas mereka beza enam tahun bermakna baru berumur 31 tahun.

"Mama aku upah tukang kebun. Nama dia Wazif. Tiba-tiba aku teringat kat head prefect kita." Wajah tukang kebunnya bermain di fikiran. Kacak sungguh. Memang sah dia gila bayang saat ini.

"Cakap ajelah kau rindukan crush kau tu. Bukan aku tak tau kau tengok dia macam nak telan. Wait... kau cakap tadi tukang kebun."

"Ye... tukang kebun. Nama dia Wazif... eh apa nama head prefect kita tu?" Hana tanyakan soalan itu sebelum dia terlupa lagi untuk bertanya. Kenapa banyak sangat benda yang dia lupa sekarang ni.

Dia... Tukang Kebun - PUBLISHEDWhere stories live. Discover now